Perhatian Kepada Pelabur Unit Trust Yang Guna Duit KWSP

Kaji & Banding Prestasi Dana-Dana Unit Trust Sebelum Melabur

* Artikel ini adalah olahan Majalah Labur berdasarkan posting dari Facebook Neraka Wang. Khabarnya admin page itu merupakan seorang Financial Planner yang berautoriti.

Adakah anda melabur dalam Unit Trust menggunakan duit Akaun I KWSP? Kepada yang belum tahu kita boleh keluarkan duit dalam KWSP untuk melabur, sila baca artikel ini dulu.

Rupa-rupanya KWSP sudah sediakan platform untuk kita menilai prestasi dana-dana Unit Trust di Malaysia. Pernah tak ejen Unit Trust anda beritahu tentang kewujuan portal ini? Kalau tak ada, biar kami tunjukkan.

Syaratnya kena log masuk ke i-Akaun KWSP jika nak semak prestasi Unit Trust ni. Berikut merupakan data tersebut.

unit trust performance unit trust performance

Yang kami sertakan ialah performance dana mengikut annualize return untuk tempoh 5 tahun.

Sebab apa kami pilih 5 tahun? Sebab ada ejen kata long-term adalah 5 tahun.

Yang disertakan ialah untuk kategori yang paling banyak dana patuh syariah iaitu kategori Islamic Equity.

Ada 45 dana keseluruhannya. Daripada 45 dana tersebut, untuk tempoh 5 tahun
(Semakan dibuat pada 6 Jun 2017);

  • 3 sahaja dana yang melebihi 10% annualize return

  • 10 dana yang melebihi 7% – 9.9% annualize return

  • 17 dana yang memberi pulangan di antara 5% ke 6.9%

  • 12 dana memberi pulangan bawah 4.9% (lebih rendah dari dividen KWSP)

  • 3 dana tak sampai usia 3 tahun

Nombor Tidak Pernah Menipu.

Ada ejen Unit Trust yang mencanang pulangan 15% ke 20%. Malah ada yang kata sehingga 20% ke 30%. Prospek sudah pasti mencari dana yang memberi pulangan lebih tinggi daripada dividen KWSP. Berbaloi atau tidak adalah penilaian individu.

Tulisan kami tentang Unit Trust bukan berniat menghalang anda daripada melabur ke dalam Unit Trust. Ia adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kepada pembaca sebelum melabur. Oleh itu, jangan sekadar ikut-ikut orang atau terpengaruh dengan ejen/consultant Unit Trust tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu.

Kita kena faham yang ejen ni tugas mereka mencari prospek. Fund Manager yang menguruskan dana.

Ejen bertanggungjawab mencadangkan dana yang sesuai dengan tahap risiko yang sanggup diambil oleh klien mereka. Pendek kata mereka bertindak sebagai pemudah cara. Kita yang melabur ni perlulah mengambil tahu duit kita dilaburkan ke mana.

Macam kita melabur dalam hartanah, ejen bertindak sebagai pemudah cara. Lepas dah beli, kita yang perlu uruskan pelaburan tadi, bukan ejen. Sama juga halnya dengan pelaburan saham. Kita kenalah uruskan sendiri. Pelaburan kita adalah tanggungjawab kita.

Bagaimana Melihat Prestasi Unit Trust Menggunakan i-Akaun KWSP

Kami tahu, majoriti pelabur Unit Trust yg melabur melalui akaun 1 KWSP tidak pernah tahu kewujudan portal ini di dalam i-Akaun KWSP (tools Novagni). Jika nak tonton tutorial berbentuk video, dapatkan di sini atau ikuti saja langkah mudah di bawah:

#1. Log masuk ke i-Akaun KWSP anda

#2. Klik Informasi Skim Pelaburan Ahli

#3. Setuju dengan terma penggunaan

#4. Pilih dana (Jika nak lihat senarai dana paling banyak patuh syariah, pilih Islamic Equity)

#5. Boleh sort untuk lebih mudah menilai

Semoga bermanfaat. Jika tak faham juga boleh bertanya dekat ejen / consultant Unit Trust.

9 Panduan Asas Sebelum Memulakan Pelaburan Unit Trust

Komen

komen