PMB Investment Menangi Anugerah Dana Unit Amanah Syariah Terbaik Morningstar 2018

Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Ketua Pegawai Operasi Pelaburan MARA, Najmi Haji Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, PMB Investment Berhad (tengah) dan Datuk Nazim Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA semasa penerimaan anugerah Best Malaysia Large-Cap Equity (Shariah) Fund pada 2018 Morningstar Fund Awards.

PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, melalui salah satu dana di bawah pengurusannya, PMB Shariah Premier Fund (PMB SPF), telah berjaya memenangi Best Malaysia Large-Cap Equity (Shariah) pada Majlis Penganugerahan Morningstar 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Datuk Nazim Rahman berkata, “kami amat gembira dengan penerimaan anugerah berprestij ini. Hanya lima anugerah yang disampaikan dan PMB SPF merupakan salah satu penerimanya. Anugerah ini membuktikan kami sangat komited dalam mengurus dana-dana dan rekod prestasi yang konsisten selain strategi pelaburan yang berkesan bagi memastikan PMB Investment terus menawarkan dana unit amanah yang berkualiti di pasaran”.

Najmi Haji Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, PMB Investment Berhad (tengah), Kamarudin Hashim, Pengarah Eksekutif, Pengawasan Pasaran & Korporat, Suruhanjaya Sekuriti (kiri) dan Anthony Serhan, Pengarah Urusan, Strategi Penyelidikan, Asia Pasifik, Morningstar (kanan) semasa penerimaan anugerah Best Malaysia Large-Cap Equity (Shariah) Fund pada 2018 Morningstar Fund Awards.

Berdasarkan Lipper Reader Rating” bagi kategori saham amanah Ekuiti Malaysia, PMB Shariah Premier Fund mencatatkan prestasi yang memberangsangkan apabila memberi pulangan sebanyak 29% bagi tempoh setahun, 38% pulangan bagi tempoh tiga tahun dan 45% bagi tempoh 5 tahun berakhir 31 Disember 2017.

PMB SPF menawarkan peluang kepada pelabur untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan dalam mana-mana 50 saham patuh syariah terbesar dari segi modal pasaran (pada masa pembelian) yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Najmi Mohamed, anugerah yang diterima pada hari ini adalah penghargaan buat para pelabur PMB Investment yang sentiasa menyokong dan mempercayai syarikat sejak 1967 lagi.

“Anugerah ini merupakan permulaan yang baik buat syarikat, saya yakin lebih banyak pencapaian dan pengiktirafan yang bakal diterima pada tahun ini dan kami mensasarkan akan dapat menarik perhatian lebih ramai pelabur,” katanya lagi.

Antara penerima bagi 2018 Morningstar Fund Awards bagi kategori Best Asia-Pacific Equity Fund, Best Malaysia Bond (Shariah) Fund, Best Malaysia Bond Fund, Best Malaysia Large-Cap Equity (Shariah) Fund dan Best Malaysia Large-Cap Fund

Ujar Najmi lagi, Asset Under Management (AUM) adalah sebanyak RM1.04 billion setakat 28 Februari 2018. PMB SPF mengalami pertumbuhan saiz dana sebanyak 32.5 peratus kepada RM62.0 juta pada Disember 2017 berbanding RM46.8 juta pada Disember 2016.

PMB Investment sebuah syarikat milik penuh Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, adalah sebuah Syarikat Pengurusan Pelaburan Islam (Islamic Fund Management Company, IFMC), menguruskan 14 dana unit amanah, dua dana borong dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas-kelas aset ekuiti dan sukuk.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend