Saham Amanah PNB Sudah Jatuh Hukum Harus Di Seluruh Negara

ASB

Khabar berita ini seharusnya menggembirakan seluruh rakyat Islam di Malaysia dengan pengumuman terkini daripada Pengurusi Kumpulan PNB Tan Sri Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar.

Ini merupakan susulan daripada fatwa Harus yang diumumkan oleh negeri Selangor (April) dan Pulau Pinang (Ogos). Negeri-negeri lain yang turut mengharuskan pelaburan ASNB meliputi Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak.

Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata hukum pelaburan itu adalah harus kerana peratusan pelaburan dalam syarikat patuh syaraknya telah melepasi 66% mengikut piawaian Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga telah meminta PNB untuk meneruskan usaha-usaha penambahbaikan bagi memastikan pelaburan tersebut menepati syarak sepenuhnya. Keharusan hukum pelaburan ini akan dikaji semula selepas 3 tahun dengan sekurang-kurangnya peratusan pelaburan patuh syarak melebihi 75%.

Sumber : JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR BERI STATUS HARUS UNTUK PELABURAN PNB DAN ASNB BERDASARKAN MAQASID SYARIAH

Tiada Lagi Keraguan Untuk Melabur di PNB

Selepas ini, tiada lagi keraguan untuk melabur di mana-mana saham amanah yang ditawarkan oleh PNB. Di antara saham amanah yang terkenal adalah Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

ASB merupakan di antara tumpuan pelabur di kalangan golongan bumiputera di Malaysia. Jika sebelum ini, ada yang berasa was-was mengenai pelaburan di dalam ASB – kini anda boleh menarik nafas lega.

Kerjasama Berterusan Ke Arah Lebih Banyak Pilihan Pelaburan Patuh Syariah

Kerjasama yang lebih erat dapat dilihat di antara pihak industri dan pihak pematuhan Syariah, bagi memastikan lebih banyak peluang pelaburan untuk orang Islam di Malaysia.

Lebihkan Pelaburan Dalam Saham Perkhidmatan Kewangan

Menurut Tan Sri Wahid juga, PNB akan menumpukan perhatian terhadap pelaburan di dalam saham-saham perkhidmatan kewangan dan memberi jaminan kepada pelabur yang PNB tidak akan melabur dalam saham perjudian, alkohol dan tembakau.

Setakat ini, hanya BIMB Holdings (Bank Islam) dan Syarikat Takaful Malaysia sahaja yang patuh Syariah di dalam industri kewangan di Malaysia. Dan dua kaunter saham ini merupakan hanya 2% daripada keseluruhan pasaran saham di Bursa Malaysia.

Dan sebelum ini, kami ada menyiarkan artikel Melabur Dalam Maybank Bakal Jadi Halal Dengan Terbentuknya Entiti Bernilai RM20 Bilion Yang Patuh Syariah. Ini bakal menyaksikan industri pelaburan terbuka seluas-luasnya untuk orang Islam.

Eh, PNB Pun Melabur Di Bursa Malaysia?

Ya, kalau nak tahu – PNB merupakan di antara pelabur terbesar di Bursa Malaysia dengan dana bernilai RM186.3 billion. Dan kita pun tahu sumber kewangan PNB adalah daripada saham amanah seperti ASB dan ASN yang dibeli orang ramai.

Dan berikut merupakan saham-saham yang dilabur PNB:

Dengan keuntungan daripada melabur di syarikat di atas inilah, PNB dapat membayar dividen kepada mereka yang melabur. Dividen ASB pula dilihat merosot (tetapi masih untung) sejak kebelakangan ini.

dividen ASB

Kredit: www.astroawani.com

Nak Melabur di Pasaran Saham Atau ASB?

Anda sebenarnya mempunyai pilihan samada untuk mengurus pelaburan anda sendiri dengan melabur di Bursa Malaysia, atau membiarkan PNB menguruskannya bagi pihak anda.

Kalau selesa dengan pulangan 6-8% setahun, ASB merupakan pilihan terbaik.

Rajin-rajinlah baca artikel tersebut untuk membuka minda anda tentang pelaburan saham:

Sumber Rujukan: NST Online

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend