Tutorial Bergambar: Cara Mudah Simpan Duit ASB melalui MyASNB

Ingat lagi tak sebelum ini kami ada berkongsikan cara nak update ASB anda secara online? Boleh rujuk balik artikel Elakkan Beratur Panjang Di Kaunter Dengan myASNB – Update Buku Biru Anda Secara Online.

Tapi itu baru nak update terutamanya awal tahun setelah dividen & bonus diumumkan. Tapi bagaimana pula nak simpan atau tambah duit dalam ASB dengan MyASNB ni?

Disebabkan portal ini baru saja dilancarkan, mungkin ramai lagi yang tak tahu mengenainya. Bagi pengguna Maybank2u dan Cimbclicks memang dah ada kemudahan simpanan online, cuma pengguna akan dikenakan caj RM 1.06 untuk setiap transaksi.

Dah Buka Akaun MyASNB? Jom Ikuti Langkah Berikut

Bagi yang dah ada akaun, anda boleh log in di laman web MyASNB seperti biasa dan ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Pilih Pelaburan TambahanTerdapat lebih 40 buah bank tempatan dan antarabangsa yang anda boleh pilih untuk tujuan pemindahan wang
    • Affin Bank Berhad
    • Affin Islamic Bank Berhad
    • Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
    • Alliance Bank Malaysia Berhad
    • Alliance Islamic Bank Berhad
    • AmBank Islamic Berhad
    • AmBank (M) Berhad
    • Asian Finance Bank Berhad
    • Bangkok Bank Berhad
    • Bank Islam Malaysia Berhad
    • Bank Muamalat Malaysia Berhad
    • Bank of America Malaysia Berhad
    • Bank of China (Malaysia) Berhad
    • Bank of Tokyo – Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad
    • Bank Pertanian Malaysia Berhad – AGROBANK
    • Bank Rakyat Malaysia
    • Bank Simpanan Nasional
    • BNP Paribas Malaysia Berhad
    • CIMB Berhad
    • CIMB Islamic Bank Berhad
    • Citibank Berhad
    • Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
    • Hong Leong Bank Berhad
    • Hong Leong Islamic Bank Berhad
    • HSBC Amanah Malaysia Berhad
    • HSBC Bank Malaysia Berhad
    • India International Bank (Malaysia) Berhad
    • Industrial & Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad
    • J.P. Morgan Chase Bank Berhad
    • Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
    • Malayan Banking Berhad
    • Maybank Islamic Berhad
    • Mizuho Bank (Malaysia) Berhad
    • National Bank of Abu Dhabi Malaysia Berhad
    • OCBC Al-Amin Bank Berhad
    • OCBC Bank (Malaysia) Berhad
    • Public Bank Berhad
    • Public Islamic Bank Berhad
    • RHB Bank Berhad
    • RHB Islamic Bank Berhad
    • SME Bank Berhad
    • Standard Charted Bank Malaysia Berhad
    • Standard Charted Saadiq Berhad
    • Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad
    • The Bank of Nova Scotia Berhad
    • The Royal Bank of Scotland Berhad
    • United Overseas Bank (Malaysia) Bhd
  2. Baca & Fahami Terma Syarat Pelaburan Tambahan
  3. Masukkan Jumlah Pelaburan (Minima RM100)
  4. Masukkan Karakter ‘Captcha’ Untuk Pengesahan

    “Maklumat Ahli’ akan dipaparkan untuk pengesahan, klik seterusnya.
  5. Pilih Retail banking Yang Anda Akan Guna Untuk Buat Bayaran Dan Masukkan E-mel
  6. Masukkan Username Dan Password Perbankan Internet Anda
  7. Skrin Menunjukkan Paparan FPX Payment, Klik Continue
  8. Sahkan Transaksi Pemindahan Dengan TAC, Klik Confirm
  9. Setelah Pemindahan Berjaya, Klik ‘Continue with Transaction’
  10. Tekan ‘Click Here To Complete Your Transaction’
  11. Akhir Sekali, Anda Dapat Resit Transaksi

Online Saja, Mudah Bukan?

Senang, cepat dan menjimatkan. Dengan menggunakan portal baru MyASNB ini, anda tidak perlu lagi ambil masa untuk beratur di kaunter bagi menjalankan transaksi pembelian unit tambahan amanah saham ini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend