10 nasihat pelaburan saham dari pengasas IJM Corporation

Apabila seorang ‘otai’ berkongsi sesuatu, kita seharusnya membuka mata dan telinga kerana ilmu yang mereka miliki sudah tentu sangat berharga.

Salah seorang daripada pengasas IJM Corporation Bhd pada 30 tahun dahulu; Mr Koon Yew Yin (83 tahun) banyak melabur di pasaran saham tempatan dan Hong Kong. Beliau banyak belajar kaedah-kaedah yang digunakan oleh pakar-pakar pelaburan saham seperti Peter Lynch, Benjamin Graham dan ramai lagi.

Dan sepertimana manusia lain, beliau juga telah banyak melakukan kesilapan pada awalnya. Tetapi apa yang penting beliau telah belajar daripada kesilapan tersebut.

Menurut beliau, kita tidak memerlukan taraf pendidikan yang tinggi untuk membuat duit dengan pelaburan saham.

Dengan berbesar hatinya, beliau telah berkongsi 10 nasihat ini:

1. Peraturan penting untuk pemilihan saham

Sebelum anda membeli sebarang saham, pastikan syarikat tersebut telah membuat keuntungan pada tahun semasa lebih dari tahun lepas. Juga pastikan nisbah P/E adalah kurang dari 10. Tetapi jika syarikat tersebut mempunyai prospek pertumbuhan keuntungan yang sangat baik, anda boleh beli sekiranyan nisbah P/E nya lebih besar.

2. Kenal carta menaik dan menurun

Anda tidak perlu menjadi pakar di dalam carta, tetapi perlu tahu apa itu uptrend dan downtrend. Jangan sesekali beli saham yang menurun kerana anda tidak akan tahu bila saham tersebut akan menaik lebih daripada harga belian tadi.

Sebagai contoh, banyak syarikat hartanah berada di bawah nilai dan terdapat banyak lebihan hartanah di setiap bandar di seluruh Malaysia. Jika anda membeli saham syarikat hartanah, anda perlu tunggu beberapa tahun sebelum pasaran hartanah tersebut akan menaik.

3. Beli saham yang sedang menaik yang mempunyai pertumbuhan keuntungan yang baik dan jual pada nisbah P/E yang rendah

Kelebihannya adalah selepas pembelian anda, harga akan terus meningkat. Tetapi ingat, tiada saham yang akan berterusan menaik untuk apa jua sebab. Anda perlu jual juga untuk mengambil keuntungan.

4. Stop loss akan hadkan kerugian anda

Selepas anda membeli sesuatu saham, dan ia tidak menaik seperti yang dijangka, anda mesti hentikan kerugian apabila harga saham turun 10% daripada harga belian.

5. Kawal emosi untuk berfikir secara logik merupakan kunci kepada pelaburan yang berjaya

Ramai orang tidak boleh mengawal emosi mereka untuk berfikir secara logik. Jika semua orang boleh berfikir secara logik, semua saham akan berada pada paras nilai sebenarnya dan tidak akan ada saham yang berada di bawah nilai.

Jika anda berjaya mengawal emosi, anda akan tahu bila hendak beli dan bila hendak jual untuk membuat keuntungan.

6. Anda perlu miliki minda seorang bisnesman

Seringkali kita lihat harga saham syarikat yang sangat bagus mendatar atau menurun tanpa sebarang sebab. Jika anda mempunyai minda seorang ahli perniagaan, anda pasti berani untuk membeli shaam tersebut. Tetapi jika anda tidak faham tentang perniagaan, anda akan terlepas peluang untuk membuat keuntungan.

7. Untuk memaksimakan keuntungan, anda perlu bersabar

Setiap hari anda dapat lihat bagaimana harga saham turun dan naik. Harga paling tinggi dan harga paling rendah sangat jauh jurangnya. Jika anda boleh bersabar, anda pasti boleh membeli pada harga terendah dan menjualnya pada harga paling tinggi pada hari tersebut.

8. Maksimum 8 saham untuk pantau perkembangan syarikat

Semua perniagaan mempunyai cabaran dan rintangan yang berbeza. Jika anda boleh memantau setiap darinya, anda akan tahu bila hendak beli dan jual untuk membuat keuntungan.

9. Gunakan pinjaman margin untuk tingkatkan keuntungan

Tetapi hanya jika anda betul-betul faham semua di atas. Kadar faedah semasa adalah 4.8% setahun. Anda boleh dengan buat keuntungan lebih dari kadar pinjaman dengan mudah untuk tingkatkan keuntungan anda.

10. Pelaburan saham bukan mudah

Jika anda tidak sanggup rugi, jangan cuba-cuba.

Lebih ramai orang yang rugi daripada orang yang untung di pasaran saham. Jika selepas beberapa tahun anda tidak berjaya, anda mesti berhenti. Jika tidak, anda dan keluarga anda akan merana.

Kredit kepada http://koonyewyin.com/

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend