10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Tahun 2017

Jangan ingat untung je dalam pelaburan saham ni, sebab setiap pelaburan ada risikonya tersendiri. Jom kita tengok sendiri senarai saham-saham yang rugi teruk sepanjang 2017.

Majoriti daripada syarikat yang tersenarai dalam top 10 saham paling rugi untuk tahun 2017 adalah daripada industri oil & gas.

Kenapa?

Sebab harga minyak yang jatuh teruk dan kos yang meningkat secara keseluruhannya. Banyak projek baru terpaksa diberhentikan, dan ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kerugian syarikat.

Kalau kita tengok kepada prestasi syarikat, ada yang rugi sampai ratusan juta ringgit, berbilion ringgit pun ada (UMW Oil & Gas). Sebab itu sebelum membuat pelaburan, kita kena kaji dan kaji dulu. Boleh baca Nak Beli Saham Syarikat Oil & Gas? Kenali Industri Ini Dengan Lebih Dekat, sebab ada juga syarikat yang sahamnya naik lebih daripada 200%, tetapi kenapa ada syarikat yang rugi banyak?

Malah, ada syarikat yang bermasalah sehingga diberikan status PN17 iaitu Bursa Malaysia akan mengkategorikan syarikat ini di bawah status pemerhatian. Syarikat boleh jadi bermasalah dari sudut kewangan, mempunyai laporan kewangan yang tidak tepat, pihak pengurusan yang bermasalah, dan indikator yang paling penting adalah syarikat tersebut mengalami kerugian yang teruk. Boleh juga tengok-tengok Kenali 21 Syarikat Bermasalah di Bursa Malaysia untuk tahu lebih lanjut.

Dalam Pelaburan Saham, Rugi Itu Pasti

Kalau nak tahu, pelaburan saham ini pasti rugi. Tetapi bila untung memang lumayan. Itu kalau kita tidak belajar mengenali syarikat-syarikat yang berpotensi berdasarkan Fundamental Analysis yang kuat, dan juga tidak melakukan Technical Analysis untuk tahu masa terbaik jual beli sesuatu saham. Insyaallah dengan melakukan kedua-dua perkara ini, kita dapat meminimakan kerugian.

  1. Goodway Integrated Industries
  2. Perisai Petroleum Teknologi
  3. UMW Oil & Gas Corporation
  4. Sapura Energy (Dulu dikenali sebagai SapuraKencana Petroleum)
  5. Barakah Offshore Petroleum
  6. Anzo Holdings
  7. Dolphin International
  8. Mycron Steel
  9. Karex
  10. Alam Maritim Resources

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend