10 Saham Syarikat Patuh Syariah Paling Untung Suku Pertama 2017

Jangan terkejut. Rileks.

Anda akan terkejut membaca sinopsis laporan prestasi saham syarikat patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia ini sebab dah terbiasa dengan dividen 6-8% setahun dari ASB & TH. Semoga ini dapat membuka mata anda tentang peluang pelaburan yang anda telah terlepas.

Siapa kata saham-saham Genting ataupun Magnum saja yang boleh beri pulangan baik? Saham patuh syariah tidak kurang hebatnya.

Pulangan dikira bagi suku pertama 2017 (Jan-Mac), iaitu setakat 30 Mac 2017 dan sebagai bonus kami sertakan juga pulangan untuk setahun yang lalu. Setahun maknanya jika beli saham-saham ni pada April 2016 dan jual pada Mac 2017.

1. Iskandar Waterfront City Berhad (IWCITY)

Pulangan:
225.5% untuk 3 bulan
227.5% untuk setahun

G08, Block 8, Danga Bay, Jalan Skudai, JOHOR BAHRU, 80200, Malaysia
http://www.iwcity.com.my
Carta dari www.bursamarketplace.com. Lihat lebih banyak lagi info di sini
Petikan berita dari The Star Online:

Kalau anda orang Johor tentu kenal dengan syarikat ini. Di antara projek terkenal yang mereka telah bangunkan adalah Danga View Apartment, Danga Walk, Danga Utama, Casa Almyra, Tropez Residences dan Oasis 1 @ Tropicana Danga Cove.

2. Notion Vtec Berhad (NOTION)

Pulangan:
168.1% untuk 3 bulan
216.3% untuk setahun

Lot 6123 Jalan Haji Salleh, Batu 5 1/2, Jalan Meru, Klang
http://www.notionvtec.com
Carta dari www.bursamarketplace.com. Lihat lebih banyak lagi info di sini

Syarikat ini mempunyai dua segmen utama iaitu pembuatan dan pelaburan. Di dalam segmen pembuatan, mereka terlibat di dalam pengeluaran komponen dan peralatan berketepatan tinggi. Manakala bagi segmen pelaburan pula mereka terlibat di dalam perkhidmatan pengurusan dan pegangan pelaburan.

3. Malton Berhad (MALTON)

Pulangan:
88.0% untuk 3 bulan
75.0% untuk setahun

Level 18 & 19, Pavilion Tower,, 75, Jalan Raja Chulan,, KUALA LUMPUR
http://www.malton.com.my
Carta dari www.bursamarketplace.com. Lihat lebih banyak lagi info di sini

Sebuah syarikat pemaju hartanah yang dikenali ramai, di antara projek pembangunan mereka termasuklah THE CANTONMENT, Nova Saujana, SK One Residence, Bukit Jalil City, Rapid City Centre, Wangsa 118 project, Da:Men project, Galleria, Villa Heights dan Royale Pavilion Hotel.

4. Pentamaster Corporation Berhad (PENTA)

Pulangan:
85.9% untuk 3 bulan
367.9% untuk setahun

Phase IV, Plot 18 & 19, Technoplex, Medan Bayan Lepas, Taman Perindustrian Bayan Lepas
http://www.pentamaster.com.my
Carta dari www.bursamarketplace.com. Lihat lebih banyak lagi info di sini

Syarikat ini melibatkan diri di dalam pembuatan teknologi tinggi. Di antara segmen yang diceburi adalah Peralatan Berautomasi, Penyelesaian Pengeluaran Berautomasi dan Sistem Penyelesaian Kawalan Pintar.

5. Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM)

Pulangan: 
71.6% untuk 3 bulan
63.5% untuk setahun

13th Floor, Menara PNB, 201-A, Jalan Tun Razak, KUALA LUMPUR
http://www.ccm.com.my

Syarikat ini pula terlibat di dalam pengeluaran dan pemasaran baja, bahan kimia dan produk farmaseutikal. Mengeluarkan hampir 200 produk generik termasuklah perubatan dan terkenal dengan jenama Omesec dan Vascor. Juga menghasilkan jenama-jenama terkemuka seperti Champs, Proviton, Flavettes, Donna dan Diamelon.

6. Atta Global Group Berhad (ATTA)

Pulangan:
66.2% untuk 3 bulan
149.8% untuk setahun

2521, Tingkat Perusahaan 6, Prai Industrial Estate, PRAI
http://www.attaglobalgroup.com

Sebelum ini dikenali sebagai SMPC Corporation Bhd., syarikat ini terlibat di dalam pegangan pelaburan, penyewaan aset-asek komersial dan perindustrian, dan perunding pengurusan. Beroperasi menerusi segmen pengeluaran, perdagangan dan lain-lain.

7. Press Metal Berhad (PMETAL)

Pulangan:
65.1% untuk 3 bulan
184.9% untuk setahun

Lot 6464, Batu 5 3/4,Jalan Kapar, Sementa, SHAH ALAM
http://www.pressmetal.com

Nama pun besi, syarikat ini terlibat di dalam industri besi tanahair. Terlibat di dalam segmen melebur dan menonjolkan besi, termasuklah pengeluaran dan perdagangan produk peleburan dan penonjolan besi dan pemasaran produk aluminum.

8. Ekovest Berhad (EKOVEST)

Pulangan: 
65.1% untuk 3 bulan
267.1% untuk setahun

Ground Floor, Wisma Ekovest, No. 118 Jalan Gombak, KUALA LUMPUR
http://www.ekovest.com.my

Petikan berita dari The Star Online:

Sebuah syarikat pembinaan terkemuka Malaysia, di antara projek terkemuka mereka adalah Danga Bay, Kuala Lumpur Central Commuter Station, Labuan Financial Park, Office Building Petronas Carigali, Petronas Twin Towers, Putrajaya dan Universiti Malaysia Sabah. Manakala bagi projek pembangunan hartanah pula termasuklah EkoTitiwangsa, EkoCheras dan Oasis Kajang. Turut terlibat di dalam projek konsesi infrastruktur seperti Lebuhraya DUKE dan Panel Solar di Plaza Tol Batu.

9. Dufu Technology Corporation Berhad (DUFU)

Pulangan:
60.6% untuk 3 bulan
137.6% untuk setahun

19 Hilir Sungai Keluang 2, Fasa IV Taman Perindustrian Bayan Lepas
http://dufutechnology.com

Satu-satunya syarikat teknologi yang tersenarai, mereka terlibat di dalam membangun dan mengeluarkan komponen-komponen untuk industri cakera keras (hard disk drive), keselamatan perindustrian dan industri sensor, telekomunikasi dan elektronik pengguna.

10. Malaysian Pacific Industries Berhad (MPI)

Pulangan: 
59.2% untuk 3 bulan
61.9% untuk setahun

Level 9, Wisma Hong Leong, 18 Jalan Perak, KUALA LUMPUR
http://www.mpind.my

Merupakan sebahagian daripada Kumpulan Hong Leong, syarikat ini terlibat di dalam pengeluaran, pemasangan, pengujian dan penjualan litar bersepadu, alat-alat semikonduktor dan komponen-komponen elektronik ke seluruh dunia.

Peluang Untuk Untung Besar Dalam Pelaburan Saham

Amacam? Rasa macam tak percaya, tetapi syarikat-syarikat di atas telah membuktikan bahawa kita boleh untung besar dengan melabur dalam syarikat patuh syariah di Bursa Malaysia.

Masih nak tengok saja? Modal kecil? Saham bawah RM1 masih banyak lagi.
Orang kata saham ni susah? Amboi amboi…manjanya bangsaku.

Ingat, melabur dalam pasaran saham boleh UNTUNG 100% tapi boleh juga RUGI 100%. Semua ini adat pelaburan. Dapatkanlah ilmu ini secepat mungkin. Jika “ZERO” dalam pelaburan saham boleh hadir belajar di Seminar Pelaburan Mega 2017 @Putrajaya pada 6 Mei nanti. Seminar ini adalah kerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Baik daftar cepat sebelum fullhouse!

Rezeki itu datangnya daripada Allah. Maka rebutlah peluang di dalam pelaburan saham patuh syariah ini seterusnya menjadi penyumbang ekonomi ummah di Malaysia melalui pembayaran zakat saham.

Errr….Dah buka akaun saham (CDS) belum?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend