10 Sebab Kenapa Perlu Simpan Saham Syarikat Amazon

Amazon merupakan sebuah syarikat konglomerat gergasi yang sangat bernilai di dunia dari segi market capitalization selepas Apple dan Microsoft. Syarikat ini yang diasaskan pada tahun 1994 oleh Jeff Bezos yang bermula sebagai sebuah syarikat yang menjual buku secara dalam talian.

Kini syarikat tersebut telah menjadi gergasi dan mempunyai pelbagai cabang perniagaan.

Di antara sebab kenapa Amazon menjadi gergasi dalam dunia perniagaan adalah disebabkan mempunyai pelbagai  perniagaan seperti perkhidmatan simpanan awan, perniagaan runcit online, hiburan, kasut dan juga barangan farmasi.

Berikut merupakan 10 sebab kenapa kita perlu memiliki saham syarikat Amazon dan tidak perlu menjualnya dalam tempoh yang terdekat.

1. Diketuai Oleh Pengasas Syarikat Sendiri

Pertama, syarikat Amazon diuruskan oleh pengasas syarikat itu sendiri iaitu Jeff Bezos. Seperti yang kita tahu, Jeff Bezos adalah seorang yang mempunyai visi yang sangat tinggi dalam menyediakan pekara yang terbaik untuk syarikatnya sendiri.

Beliau juga mengetahui selok-belok apa yang berlaku pada syarikat Amazon. Ini kerana beliau bermula dari bawah dan tahu liku-liku perjalanan sehingga menjadikan Amazon sangat berjaya.

Hal ini terbukti apabila ada kajian yang dilakukan oleh Bain & Company yang mengatakan bahawa syarikat yang diasaskan oleh pengasasnya sendiri dan mengetuai syarikat tersebut, lebih banyak memberi pulangan yang memberangsangkan kepada pelabur.

Kajian tersebut mendapati ianya mendatangkan sebanyak 3.1 kali pulangan berbanding dengan syarikat yang tidak diketuai oleh pengasasnya sendiri. Data kajian iin diambil dari tahun 1990 hingga tahun 2014.

2.CEO Tahu Selok-Belok Perjalanan Syarikat

Jeff Bezos sendiri memiliki sebanyak 11.7% saham Amazon yang bernilai sebanyak $102.6 billion. Ini bererti setiap keputusan yang dilakukan oleh Jeff Bezos adalah yang terbaik untuk syarikat itu bagi menjaga harga saham Amazon dan untuk menarik pelabur serta menyakinkan pelabur untuk terus melabur di syarikat beliau untuk tempoh jangka masa yang panjang.

Beliau juga akan memastikan harga saham syarikat sentiasa berada dalam keadaan yang optimum, bagi menjaga status beliau yang merupakan lelaki terkaya di dunia buat masa sekarang.

3. Syarikat Yang Memgambil Berat Tentang Kepuasan Pelanggan

Amazon merupakan sebuah syarikat yang sangat menjaga kepentingan dan keselesaan pelanggan mereka. Jeff Bezos juga mendakwa Amazon adalah sebuah syarikat yang sangat menjaga kepentingan pelanggan mereka.

4. Mempunyai Gedung Transit Barang Yang Semakin Berkembang

Untuk bersaing hebat dengan syarikat lain, Amazon telah membuka banyak pusat pengumpulan barang bagi mempercepatkan proses penghantaran. Syarikat telah membuka gedung yang bernama Amazon fulfillment sebanyak 159 buah di seluruh Amerika Syarikat.

Dengan adanya gedung-gedung ini, Amazon dapat menghantar barangan kepada pelanggan mereka dengan lebih cepat.

Mereka juga turut membina gedung ini di beberapa buah negara seperti di India sebanyak 51 gedung, United Kingdom sebanyak 30 gedung, dan di Jerman sebanyak 25 gedung. Gedung-gedung ini akan memberi kelebihan kepada Amazon berbanding pesaing mereka untuk menjaga kepuasan hati pelanggan mereka dan juga mempercepatkan proses penghantaran barang.

Amazon juga tidak ketinggalan menggunakan robot dalam menguruskan gedung-gedung tersebut bagi melicinkan proses.

5. Mempunyai Kaedah Untuk Mengembangkan Portfolio Syarikat

Amazon mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan tidak bergantung kepada satu pendapatan sahaja. Amazon mempunyai pelbagai cabang perniagaan dan di antara yang paling popular adalah perkhidmatan simpanan awan AWS.

Sistem ini merupakan perintis kepada simpanan awan yang ada sekarang. Amazon merupakan syarikat yang pertama memperkenalkan simpanan awan berbanding dengan syarikat-syarikat teknologi yang lain. Kerana itulah syarikat ini mempunyai pelanggan yang lebih ramai berbanding dengan syarikat lain dan menguasai sebanyak 32% pasaran dunia dengan nilai sebanyak $80 bilion dolar.

Dan pada tahun lepas, ianya berkembang lagi sebanyak 46%.

6. Mempunyai Senarai Pelanggan Setia Melebihi 100 Juta Orang

Amazon telah memperkenalkan model perniagaan yang mana memberi peluang kepada syarikat mereka untuk menjaga pelanggan mereka dengan lebih terperinci melalui Prime Membership. Melalui program ini, Amazon menjual perkhidmatan dan barangan kepada pelanggan dengan harga istimewa melalui keahlian ini.

Amazon empunyai seramai 101 juta ahli melalui program ini. Program ini telah memberi pulangan yang sangat lumayan kepada Amazon, di mana setiap ahli perlu membayar sebanyak $119 setahun kepada Amazon.

Secara purata mengikut kajian dilakukan oleh syarikat itu sendiri, Prime Membership berbelanja sebanyak $1,400 dolar di Amazon berbanding dengan ahli yang tidak mendaftar iaitu sebanyak $600 dolar setahun.

Program ini juga membuktikan betapa ramai pelanggan Amazon yang setia dengan produk yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

7. Pembelian Yang Semakin Berkembang Di Amerika Syarikat

Fakta ketujuh adalah perkembangan pembelian secara dalam talian yang meningkat dari setahun ke setahun dalam pasaran Amerika Syarikat. Nilai  untuk pembelian online adalah sebanyak $554 bilion pada suku tahun kedua tahun ini.

Seperti yang kita tahu, Amazon adalah syarikat e-commerce yang paling besar yang memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada Amazon.

8. Pasaran E-Commerce Masih Boleh Berkembang Di Peringkat Antarabangsa

Seterusnya, pasaran e-commerce sedunia juga turut berkembang. Pada tahun lepas sahaja, jumlah jualan untuk barangan runcit melalui dalam talian adalah sebanyak 12 .2%. Dijangka pertumbuhan meningkat sebanyak 14.1% pada tahun ini dan pada tahun 2023 ia dijangka meningkat sebanyak 22%.

Nilai pasaran untuk barangan ekonomi telah mencecah sebanyak $3.5 trilion pada tahun ini dan naik sebanyak 8% pada tahun 4 tahun kebelakangan ini. Dengan ekonomi negara Asia yang semakin berkembang dan makmur, pembelian di dalam talian menjadi semakin menarik.

Negara India mendahului dan diikuti oleh Negara China. Amazon yang sememangnya mempunyai prasarana yang terdapat di Negara India dan juga China, dan ia merupakan salah satu peluang perniagaan untuk Amazon bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka di Asia.

9. Kembangkan Perniagaan Melalui Pelbagai Cabang Baru

Amazon telah mengembangkan perniagaan mereka dengan menghasilkan makanan organik. Syarikat ini telah membeli syarikat Whole Food yang merupakan syarikat yang menjual barangan organik.

Pasaran barangan organik menjadi pilihan masyarakat pada masa kini kerana kesedaran tentang betapa pentingnya kesihatan. Ia merupakan peluang perniagaan yang baru dan bakal berkembang maju pada masa hadapan.

10. Pengurusan Semakin Cekap Dibantu Oleh Robot dan AI

Amazon telah membangunkan kenderaan yang menggunakan kawalan sepenuhnya oleh Artificial Intelligence (AI) yang akan digunakan untuk menghantar barang pada pelanggan mereka. Teknologi ini juga sedang rancak diusahakan oleh pengeluar kenderaan yang lain.

Amazon juga tidak ketinggalan membangunkan teknologi ini dan telah membangunkan teknologi dron bagi menghantar barangan dengan lebih cepat kepada pelanggan mereka

Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Panjang, Namun Saham Amazon Tak Patuh Syariah

Sebagai kesimpulannya amat berbaloi untuk kita memegang saham Amazon bagi tempoh jangka masa yang panjang kerana kita tahu Jeff Bezos merupakan seorang yang berfikiran long term investor.

PERINGATAN : Saham syarikat Amazon sehingga hari ini adalah Tidak Patuh Syariah

Sumber Rujukan: 10 Reasons to Buy Amazon Stock — and Consider Never Selling

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend