11 Aplikasi Perlu Ada Dalam Telefon Seorang Pelabur Saham

Install apps ini

Jika anda bercadang melabur di pasaran saham untuk mendapat pulangan jangka masa pendek (2-3 hari – seminggu) atau jangka masa sederhana (6 bulan), artikel ini memang untuk anda.

“Adoi…tak boleh bergerak aku dari hadap laptop ni kalau nak buka dan baca banyak benda”

Kami tahu ramai pelabur saham yang masih bekerja dan dah tentu sibuk.

Bila masa nak buka trading platform?

Bila masa nak check harga saham?

Bila masa nak baca berita ekonomi, berita kewangan, maklumat harga turun naik minyak dunia dekat banyak tempat?

Bagaimana nak terima alert apabila harga dah cecah sesuatu paras untuk buy atau sell?

Senang cerita, anda pasti perlukan aplikasi di telefon pintar anda bagi memudahkan anda mendapat maklumat yang tepat dan real-time di hujung jari pada bila-bila masa.

Paling best aplikasi ini adalah percuma – gratis!

Update Pasaran Saham Seluruh Dunia

1. CNBC

Dengan aplikasi CNBC, anda boleh dapatkan berita mengenai pasaran kewangan dan data pasaran saham dengan cepat.

2. Investing.com

Sertai ratusan ribuan orang yang gunakan aplikasi INVESTING.com setiap hari untuk dapatkan berita mengenai pasaran kewangan dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Update Pasaran Saham Malaysia

3. StockHut

Apps pelabur saham

StockHut merupakan aplikasi tempatan yang mengambil berita kewangan serta analisis pakar tempatan daripada pelbagai sumber aliran perdana dan meletakkannya di satu tempat. Ini akan memberi anda akses yang cepat kepada berita-berita kewangan yang relevan sahaja.

Ia juga dilengkapi dengan kemudahan untuk menganalisa pergerakan harga saham di Bursa Malaysia.

4. KLSE Screener

Aplikasi KLSE Screener boleh membantu anda menganalisa pergerakan harga saham dengan cepat. Juga berguna untuk mengira berapa bilangan unit yang anda boleh beli dengan modal yang anda ada, dan pada paras harga manakah akan memberikan peratusan pulangan yang menguntungkan setelah ditolak dengan kos-kos lain (brokerage fee, clearing fee, duti setem).

Download di sini:

android_app_on_play_logo_small
android_app_on_play_logo_small

5. Bursa MKTPLC (Marketplace)

Apps pelabur saham

Bursa MKTPLC merupakan aplikasi rasmi daripada Bursa Malaysia bagi mendapatkan data pasaran saham terkini dan idea jual beli bagi pasaran saham di Malaysia.

Fungsi paling best adalah Alpha Factor yang memberi petunjuk dalam bentuk ranking sama ada saham tersebut “bagus” atau“tidak bagus”.

Jika bernasib baik saham tersebut akan mempunyai catatan dari “experts” yang memberi pandangan sama ada ianya sesuai untuk dibeli, dijual atau dipegang (hold).

Anda disarankan buat analisa tentang syarikat di sini kerana data di sini adalah yang terkini dan tepat. Namun aplikasi ini masih belum dapat menunjukkan pergerakan harga saham (chart) yang real time.

Download di sini:

android_app_on_play_logo_small
app_store

Paper Trade (Jual beli olok-olok)

6. Bursa V-Trade

Satu lagi aplikasi tempatan. Ingin praktis jual beli olok-olok di pasaran saham Malaysia terlebih dahulu sebelum guna duit betul-betul? Perdagangan virtual yang realistik dapat dilalui dengan aplikasi yang mudah ini.

7. TradeHero

Aplikasi kewangan ini mendapat rating tinggi di lebih daripada 90 buah negara! Anda akan diberi $100,000 sebagai duit olok-olok. Ia membolehkan anda berdagang saham secara virtual di hampir 35 pasaran saham seluruh dunia.

Yang menariknya anda boleh juga acah-acah lawan buat duit di pasaran saham dunia dengan rakan-rakan anda.

Download di sini:

android_app_on_play_logo_small
android_app_on_play_logo_small

Trading Platform (Bergantung kepada Broker anda)

8. RHB TradeSmart

Bagi mereka yang membuka akaun CDS dengan RHB Investment Bank. Jual beli saham menjadi sangat mudah menggunakan aplikasi ini.

Download di sini:

android_app_on_play_logo_small
app_store

Majoriti syarikat broker sudah menyediakan aplikasi trading platform mereka dalam Android & iOS bagi memudahkan pelanggan mereka.

Belajar Saham Online

9. LaburSaham

Belajar saham kini lebihi mudah dengan aplikasi terbaru daripada Asri Ahmad Academy.  Ada video tutorial, modul pembelajaran dan juga koleksi soalan yang dapat membantu para pelabur dalam pelaburan saham.

Nak tahu lebih lanjut mengenainya, boleh rujuk Belajar Saham Online Melalui Telefon Pintar Dengan Aplikasi LaburSaham.

Download di sini:

android_app_on_play_logo_small
app_store

Maklumat Berkenaan Akaun CDS

10. Bursa Anywhere

This image has an empty alt attribute; its file name is bursa-anywhere11.png

Aplikasi Bursa Anywhere ini terbahagi kepada dua fasa. Dalam fasa pertama ini, kita boleh tengok maklumat berkenaan semua akaun CDS yang kita ada. Boleh juga mengemaskini maklumat akaun CDS kita secara terus dengan Bursa Malaysia. Nak muat turun penyata akaun CDS pun boleh, dan boleh juga tahu nilai portfolio pegangan saham kita bagi setiap akaun CDS.

Nak tahu pasal fasa kedua? Jemput baca Aplikasi Bursa Anywhere – Semua Pelabur Wajib Download.

Download di sini:

android_app_on_play_logo_small
android_app_on_play_logo_small

Screener Short Term, Mid Term dan Long Term

11. SpeedSaham

This image has an empty alt attribute; its file name is Onpay-Prev-Banner-Home-700x350.jpg

SpeedSaham ni screener saham berasaskan web menggunakan algorithm untuk bantu tunjukkan saham-saham berpotensi Short-Term, Mid-Term dan Long-Term.

Dengan screener Short Term, ianya sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa sejam, 2 jam, 3 jam atau sehari dua.

Dengan screener Mid Term, ianya sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa seminggu dua.

Dengan screener Long Term pula, sangat sesuai untuk pelabur simpan dan peram, buat duit dalam masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Nak tahu lebih lanjut, ayuh ke SpeedSaham: Trade Bila Kita Free.

Akhir Kata

Kesemua aplikasi kewangan di atas dapat membantu anda mendapatkan berita dan segala maklumat yang penting di hujung jari anda. Lebih banyak sumber yang anda ada, sekurang-kurangnya anda boleh bandingkan dan membuat kesimpulan sendiri.

Jadi tak kiralah anda guna telefon Samsung atau iPhone, pastikan aplikasi-aplikasi ini ada dalam telefon anda!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend