Ada 2 jenis saham – Income Stock vs Growth Stock

Apabila dah ada akaun CDS dan trading platform Bursa Malaysia, maka tibalah masanya untuk anda membeli saham.

Sebelum tu, apa kata Pak Teh senaraikan 2 jenis saham yang ada di Bursa Malaysia dan anda buat pilihan berdasarkan pemahaman anda tentang saham tersebut, matlamat kewangan serta kemampuan anda menempuh risiko. Boleh? Jom kita lihat perbandingannya.

No. Saham Jangka Masa Panjang Saham Jangka Masa Pendek
1 Juga dikenali sebagai Saham Pendapatan (Income Stock)

 

Juga dikenali sebagai Saham Pertumbuhan (Growth Stock)
2 Perolehan pendapatan adalah daripada dividen yang konsisten, bukan daripada kenaikan harga unit saham tersebut.

 

Perolehan pendapatan adalah daripada kenaikan harga unit saham tersebut. Dividen mungkin ada dan mungkin juga tiada.
3 Tahap volatile (kestabilan harga) adalah rendah & tak mudah berubah secara mendadak.

 

Sangat volatile kerana harga sangat mudah berubah-ubah.
4 Saham yang berisiko rendah kerana para pelabur tidak mudah melepaskan unit mereka disebabkan mereka mendapat dividen dan harganya yang stabil.

 

Saham ini berisiko tinggi disebabkan bersifat volatile dan tahap potensi syarikat yang tidak menentu.
5 Saham diniagakan oleh syarikat yang menawarkan servis dan produk yang sentiasa diperlukan pengguna dalam apa juga keadaaan walaupun pada ekonomi menurun. Saham diniagakan di syarikat yang terlibat dalam teknologi yang berkembang pesat. Ia melibatkan perniagaan yang mudah dipengaruhi oleh peredaran zaman dan ekonomi semasa.
Contoh saham : Ajinomoto, Nestle, F&N, Sasbadi

 

Contoh saham : MyEG

 

6 Apabila kadar faedah dan inflasi meningkat, maka harga saham ini boleh menurun walaupun nilai dividen yang diberi adalah kekal. Harga saham adalah bergantung kepada prestasi pertumbuhan syarikat tersebut. Kecekapan dari segi pemantauan harganya adalah perlu kerana servis dan produknya sangat dipengaruhi oleh kehendak semasa.
7 Disebabkan risikonya rendah dan dividen yang konsisten, maka ia adalah sesuai bagi mereka yang mahukan pendapatan yang konsisten.

 

Sesuai bagi mereka yang mahu mengumpul kenaikan modal yang segera.
8 Juga sesuai bagi mereka yang baru berkecimpung dalam saham dan mereka yang hampir bersara.

 

Juga sesuai bagi mereka yang telah berpengalaman dalam saham, mempunyai ekstra modal dan mahu mempelbagaikan portfolio saham.

 

Bila dah tahu jenis-jenis saham yang ada, lebih mudah untuk pilih saham syarikat mana yang sesuai untuk dibeli.

Jadilah pelabur yang bijak!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend