3 mitos pasal pelaburan saham. Ada lagi rupanya yang masih percaya

  1. “Takut lah aku nak melabur dalam saham, tu kan game orang kaya je.”

  2. “Susah kot pelaburan saham ni, aku bukan belajar tinggi-tinggi pun.”

  3. “Satgi bankrap pulak aku, simpan kat tempat lain lah.”

Di atas ni adalah beberapa dialog yang biasa kita dengar tatkala orang ramai berbicara pasal pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Tapi apakah kebenarannya?

Pelaburan saham bukan lagi game orang kaya sebab sekarang minima perlu beli 100 unit sahaja berbanding dulu 1000 unit. Kalau harga saham tu RM1, modal permulaan cuma RM100 (tidak termasuk kos-kos lain yang sangat kecil)

Melabur saham ni memang susah kalau kita buta huruf sebab tak boleh membaca.

Anda tak boleh bankrap jika terlibat dalam pelaburan saham. Senang cerita, kalau harga saham jatuh dan kita rugi 100% sekalipun kita tidak jatuh miskin sebab dari awal kita melabur menggunakan duit lebihan dan bukan pinjam duit orang lain.

Duit yang kita nak laburkan adalah duit kita, jadi kenalah bertanggungjawab sepenuhnya. Janganlah main ikut orang, kena study betul-betul dulu, :

  1. Saham syarikat mana kita nak beli?
  2. Apa perniagaan syarikat tersebut?
  3. Siapa yang menerajui syarikat tersebut?
  4. Pada harga apa kita patut beli?; dan bermacam-macam lagi.

Sama je macam kita nak buat keputusan beli rumah; mesti nak pastikan lokasi tu ok, atau tempat mana kita nak melancong, kereta apa kita nak beli.

Dengan adanya ilmu, barulah kita boleh buat keputusan yang cepat dan tepat.

Ilmu tu pulak, anda boleh baca dari buku, tapi jangan terkejut kalau kajian mengatakan rakyat Malaysia ni hanya membaca dua helaian kertas je setiap tahun.

So nak tak tau cara ‘short-cut’ untuk belajar pasal pelaburan saham ni? Kuncinya belajarlah dari kesilapan mereka yang telah berjaya.

Ramai sifu-sifu di luar sana tu. Tapi kalau betul-betul “ZERO” tentang saham ni, apa kata anda belajar dari mentor saham ni. Pasti anda nak belajar dari seseorang yang berpengalaman luas dalam industri pelaburan? atau seseorang yang diangkat sebagai ikon oleh Bursa Malaysia dan telah melahirkan ribuan pelabur saham berjaya?

Kalau anda nak tahu lebih lanjut, boleh belajar dengan mentor saham ni yang juga merupakan ikon BursaMktPlc, Tuan Hj Mohd Asri

Ia bakal mengubah hidup anda kepada yang lebih baik, dengan izin Allah.

Previous ArticleNext Article

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mac 2024

Artikel ini bertujuan untuk berkongsi dengan anda senarai saham patuh syariah paling rugi bagi bulan Mac 2024. Sebelum itu, mari lihat apa yang telah berlaku pada indeks sepanjang tempoh tersebut.

Prestasi FBM KLCI

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI merosot sedikit pada bulan Mac 2024. Pada awal bulan Mac 2024, indeks dibuka pada 1,553.16 mata manakala ia ditutup pada 1,536.07 mata di penghujung bulan.

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mac 2024

Mari kita lihat saham patuh syariah yang paling rugi untuk Mac 2024 ini. Antara senarai saham patuh syariah paling untung bulan Mac tahun 2024 adalah seperti berikut:

1. Microlink Solutions Berhad

Sumber: TradingView

Saham ini berada pada harga RM0.870 pada awal bulan dan ditutup pada harga serendah RM0.340 pada hujung bulan Mac 2024. Ia memberikan kejatuhan sebanyak 60.92% kepada Microlink.

2. Destini Berhad

Sumber: TradingView

Nasib Destini agak berbeza dengan syarikat minyak & gas yang lain di Bursa Malaysia. Di kala syarikat dari sektor yang sama membuat kenaikan, Destini Berhad telah susut sebanyak RM0.02 dan ditutup pada harga RM0.030 pada 29 Mac 2024.

3. Omesti Berhad

Sumber: TradingView

Omesti Berhad pula mengalami kejatuhan RM0.105 pada harga sahamnya sehingga menyebabkannya susut 38.89%.

4. Toyo Ventures Holdings Berhad

Sumber: TradingView

Di tempat keempat, Toyo Ventures Holdings Berhad juga turun dengan agak banyak iaitu sebanyak RM0.470. Dari sudut peratusan, Toyo telah jatuh 33.57% dari harga awal bulannya. 

5. Meridian Berhad

Sumber: TradingView

Di kedudukan kelima, Meridian Berhad telah susut RM0.025 atau 31.25%. 

6. Widad Group Berhad

Sumber: TradingView

Sejak kejatuhan mendadak pada bulan Januari, Widad Group Berhad belum lagi berjaya pulih dari kejatuhan besar tersebut. Malah harganya terus jatuh dan kini hanya bernilai RM0.085 seunit. 

7. Kumpulan Jetson Berhad

Sumber: TradingView

Di kedudukan ketujuh, Kumpulan Jetson Berhad telah susut sebanyak RM0.08 dan 23.88% sepanjang bulan Mac 2024.

8. Air Asia X Berhad

Sumber: TradingView

Air Asia X Berhad dibuka pada harga RM1.64 pada 1 Mac 2024 dan ditutup pada RM1.33 pada 29 Mac 2024. Ia telah jatuh sebanyak 18.90% dalam tempoh sebulan.

9. Harn Len Corporation Berhad

Sumber: TradingView

Di kedudukan kedua terakhir, Harn Len Corporation Berhad jatuh sebanyak RM0.075 atau 16.85%. 

10. Tan Chong Motor Holdings Berhad

Sumber: TradingView

Melengkapi senarai ini, Tan Chong Motor Holdings Berhad telah kehilangan RM0.120 dari harga saham dan ia menyebabkannya jatuh sebanyak 12.24%.

Kesimpulan

Kami berharap anda tidak perlu panik dan gusar. Rugi sekali bukan bermakna anda akan rugi selama-lamanya. Sebaliknya, kaji kenapa anda mengalami kerugian dan perbaiki kesilapan tersebut dalam pelaburan anda yang seterusnya. Semoga saham yang anda beli akan datang tidak masuk dalam senarai saham paling rugi pada bulan hadapan.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

InshaAllah berbaloi……

>> Pradaftar Sekarang & Dapatkan Akses Terawal!