3 Strategi Pengurusan Risiko Dalam Pelaburan Saham Yang Perlu Kita Amalkan

Dalam pelaburan saham, amat penting untuk kita fahamkan risiko-risiko yang terlibat dan ketahui cara mengurangkan pendedahan terhadap risiko-risiko ini! Proses ini dinamakan Pengurusan Risiko. Jom kita tengok 3 elemen pengurusan risiko yang perlu kita tahu dan amalkan.

1. PELBAGAIKAN PEGANGAN SAHAM

Kita perlu mempelbagaikan pegangan saham kita untuk mengurangkan pendedahan risiko dalam sesuatu saham. Di antara caranya adalah dengan memecahkan modal kita supaya pegangan dalam sesuatu saham tidak melebihi 20% daripada modal tersebut. Tetapi kalau modal tersebut terlalu kecil, tidak perlu lah gunakan strategi ini, kerana khuatir akan memerlukan kenaikan harga yang tinggi untuk pulang modal disebabkan kuantiti yang sedikit.

Jangan pula sampai mempelbagaikan terlalu banyak saham dalam satu masa. Secara amnya, hadkan pegangan maksima saham anda kepada 5 – 10 saham dalam satu-satu masa.

2. WUJUDKAN SISTEM CUTLOSS

Apabila pedagang amatur membeli saham, mereka hanya fokus kepada kenaikan harga. Jika harga saham jatuh, mereka akan peram dan mengharapkan harga akan pulih semula.

Berlainan pula dengan pedagang pro, mereka faham bahawa kenaikan harga saham adalah satu kebarangkalian, bukannya satu kepastian. Apabila mereka membeli, mereka sudah pun mempunyai harga stoploss, di mana apabila harga jatuh pada harga stoploss tersebut mereka akan terus jual dengan cepat bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Ini kerana mengekalkan modal adalah amat penting untuk berjaya dalam pelaburan. Sekiranya anda melabur saham dan mendapat kerugian besar, amat susah untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten dalam pelaburan.

Dengan adanya kerugian yang besar, anda kena mendapatkan keuntungan yang besar juga bagi mendapatkan modal kembali. Jadi, kunci kejayaan dalam pelaburan adalah dengan meminimumkan kerugian.

3. WUJUDKAN SASARAN HARGA UNTUK KELUAR

Pedagang pro juga tahu bila mereka perlu menjual untuk mendapatkan keuntungan. Terdapat beberapa strategi boleh digunakan. Di antaranya adalah dengan menganjakkan stoploss. Jika harga saham meningkat, mereka juga akan turut menaikkan stoploss. Ini juga dikenali sebagai trailing stoploss.

Bergantung kepada cara pelaburan anda, ada yang menggunakan 10% stoploss. Ini bermaksud apabila harga baru saham jatuh 10% dari harga tertinggi terbarunya, maka pelabur akan menjual saham demi memelihara keuntungannya.

Tapi kena ingat, jika stoploss terlalu kecil, anda mungkin akan menjual terlalu awal. Jika stoploss terlalu besar pula, anda mungkin akan mengorbankan terlalu banyak keuntungan sebelum menjual. Jadi seeloknya, mulakan dengan 10%.

Jom Belajar Face-to-Face Dengan Saya

Ini adalah merupakan di antara isi kandungan yang akan diajar di setiap kelas saham saya. Kelas saya seterusnya akan diadakan di Hotel Imperial, Ipoh pada 23 Mac 2019 dan 30 Mac 2019 bertempat di Dataran Maybank.

Boleh follow saya di FB Azmi Mohd Amin Stockbroker atau hubungi saya di 016-4469288 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kelas tersebut!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend