3 Syarikat Malaysia Tersenarai Dalam ‘Forbes Asia’s 200 Best Under A Billion 2018’

Baru-baru ini, Forbes telah mengeluarkan senarai Asia’s 200 Best Under A Billion 2018. Ia bagi mengiktiraf 200 syarikat kecil dan sederhana di rantau Asia Pasifik dengan jualan bawah USD $1 bilion dan dengan pertumbuhan yang mengagumkan.

Senarai tahun ini menyaksikan peningkatan 62% jualan tahunan dengan jumlah jualan sebanyak USD $45 bilion, dengan USD $9 bilion keuntungan.

Nilai pasaran mereka juga meningkat sebanyak 22% kepada USD $254 bilion tahun ini, dengan peningkatan harga saham sebanyak 27% secara purata.

Syarikat-syarikat dari China, Hong Kong dan Taiwan mendominasi senarai dengan 108 buah syarikat.

Tetapi ini tidak bermakna Malaysia tidak dapat bersaing dengan syarikat-syarikat terbaik lain Asia.

Jom kita berkenalan serba sedikit dengan ketiga-tiga syarikat yang telah mengharumkan Malaysia pula.

1. Serba Dinamik Holdings

Sumber: Forbes

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau tengok kepada carta, saham Serba Dinamik ni sedang membuat uptrend. Dari RM3 setahun yang lalu, kini berada pada paras RM3.86.

Tengok kepada top 3 pemegang saham syarikat, semuanya adalah Bumiputera dengan lebih daripada 53% pegangan.

Sumber: Serba Dinamik

Kalau dikira dari segi nilai pula, di tempat pertama iaitu Dato’ Dr. Ir. Mohd Abdul Karim:

Pegangan Saham: 346.21 juta

Nilai Semasa Saham: RM3.86

Nilai Pegangan Saham: RM1.33 bilion

Terus jadi bilionair di Malaysia.

2. My E.G. Services

Sumber: Forbes

Sumber: Bursa Marketplace

Sejak kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Ke-14 yang lalu, serba tak kena dengan harga saham MyEG ni. Dua hari harga saham syarikat jatuh teruk sehingga 30% sehari, sehingga menyebabkan Bursa Bekukan Had Bawah MYEG dan George Kent.

Tidak cukup dengan itu, saham MyEG sekali lagi kena ‘jualan panik’ akibat daripada timbulnya isu rasuah dalam perolehan projek daripada kerajaan terdahulu. Boleh baca lebih lanjut mengenainya di Saham MYEG Dan DSONIC Jatuh Teruk Susulan Pendakwaan Terhadap Zahid Hamidi.

Daripada harga saham hampir RM3 seunit, sekarang hanya RM1.11 seunit.

Siapa agaknya syarikat Asia Internet Holdings Sdn Bhd yang memegang lebih daripada 27% pegangan saham dalam MyEG? Kalau nak tahu owner syarikat tersebut adalah Pengerusi Eksekutif MyEG itu sendiri iaitu Dato’ Dr Norraesah Binti Haji Mohamad.

Sumber: YouTube

Beliau juga merupakan pengerusi World Islamic Businesswomen Network of the World Islamic Economic Forum (“WIEF”).

Pemegang saham kedua terbesar MyEG pula adalah Wong Thean Soon atau lebih dikenali sebagai TS Wong. Beliau pula adalah Co-Founder dan sekarang merupakan Pengarah Urusan bagi MyEG.

Sumber: YouTube

Kalau dulu beliau seorang bilionair apabila harga saham MyEG mencanak naik, kini dengan pegangan yang beliau ada:

Pegangan Saham: 309.01 juta

Nilai Semasa Saham: RM1.11

Nilai Pegangan Saham: RM343 juta

3. Pentamaster Corporation

Sumber: Forbes

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham Penta ni steady je naik dalam masa setahun kebelakangan ni.

Boleh sekiranya dikatakan Penta merupakan syarikat saudara-mara, dengan Chuah Choon Bin merupakan pemegang saham terbesar syarikat.

Sumber: Pentamaster

Pegangan Saham: 62.19 juta

Nilai Semasa Saham: RM3.25

Nilai Pegangan Saham: RM202.12 juta

Tahniah Serba Dinamik, MyEG dan Pentamaster

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada ketiga-tiga syarikat yang mengharumkan nama negara di persada dunia. Ini adalah bukti syarikat Malaysia mampu berdaya saing dengan syarikat-syarikat lain di luar sana.

Nak lagi inspirasi? Jemput baca 11 Rakyat Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia. Jual tudung pun boleh masuk dalam senarai Forbes tau.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend