3 Syarikat Malaysia Tersenarai Dalam Forbes Asia’s 200 Best Under a Billion

KUALA LUMPUR: Tiga syarikat Malaysia disenarai dalam “Forbes’ Asia’s 200 Best Under a Billion”, pengiktirafan yang dikuasai oleh firma dari China, Jepun, Korea Selatan, dan Australia.

Tiga syarikat berkenaan iaitu Elsoft Research Bhd (Elsoft), Pentamaster Corporation Bhd (Pentamaster) dan Vitrox Corporation Bhd (Vitrox), memiliki nilai pasaran keseluruhan hampir RM5.53 billion dan pendapatan bersih berjumlah AS$59 juta (RM259.6 juta).

Elsoft yang diasaskan pada 2003, adalah pengeluar semikonduktor dan ujian LED dan sistem nyalaan myang emiliki pemodalan pasaran mencecah AS$132 juta (RM546 juta).

Pentamaster yang ditubuhkan pada 1995 pula, menjadi syarikat pegangan pelaburan menerusi anak syarikatnya yang terbabit dalam pembuatan mesin separa automatik dan automatik serta peralatan dan menghasilkan komponen mesin ketepatan.

Setakat Julai, Pentamaster memiliki pemodalan pasaran berjumlah AS$329 juta (RM1.36 bilion) menggajikan lebih 200 pekerja dan merekodkan jualan mencecah AS$105 juta (RM434 juta).

Dalam senarai sama, Vitrox iaitu pembangun dan pengeluar sistem pemeriksaan visi automatik melalui anak syarikatnya memiliki nilai pasaran tertinggi iaitu AS$796 juta (RM3.29 bilion).

Penyedia penyelesaian mesin visi dan pemeriksaan litar semikonduktor bersepadu itu adalah syarikat tertua dalam kalangan tiga syarikat Malaysia yang disenaraikan dalam “Forbes’ Asia’s 200 Best Under a Billion” apabila ditubuhkan pada 1994.

Pencapaian tiga syarikat tempatan menjadi kebanggaan apabila mengatasi Singapura yang hanya memiliki dua syarikat berada dalam senarai berkenaan.

Dua syarikat dari Singapura ialah AEM Holdings dan IGG, yang masing-masing memiliki nilai pemodalan pasaran AS$190 juta (RM794 juta) dan AS$1.5 bilion (RM6.2 bilion).

Jika digabungkan pendapatan bersih kedua-dua syarikat Singapura itu, ia mencecah AS$214 juta atau hampir satu bilion ringgit tahun lalu.

Thailand pula memiliki lima syarikat dalam senarai berkenaan dengan gabungan nilai pemodalan pasaran AS$851 juta (RM3.5 bilion).

Lima syarikat berkenaan ialah Exotic Food, Pylon, Seafco, Siam Wellness Group dan United Paper.

Sumber: BH Online

Sumber: Forbes

Kalau ikut ranking Market Value, syarikat Vitrox berada di tempat pertama diikuti Pentamaster dan Elsoft Research.

1. Vitrox

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham baru lepas turun naik pada skala yang agak besar, dan kini sedang membuat sideways selama beberapa bulan lamanya.

Sumber: Bursa Marketplace

Lebih daripada separuh saham syarikat Vitrox adalah dimiliki oleh individu yang mempunyai kaitan dengan syarikat.

2. Pentamaster

Sumber: Bursa Marketplace

Saham Pentamaster ni memang terbaik. Setelah beberapa kali harga saham ‘diadjust’, harga saham terus-menerus naik.

Sumber: Bursa Marketplace

Selain daripada dua individu yang merupakan shareholder terbesar, selebihnya dimiliki oleh jerung-jerung terkenal dalam dan luar negara.

3. Elsoft Research

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau dilihat kepada harga saham, nampaknya seperti sudah Break Downtrend Line. Adakah ianya menandakan reversal telah berlaku dan merupakan permulaan bagi pergerakan naik harga saham?

Sumber: Bursa Marketplace

Majoriti pemegang saham adalah individu yang mempunyai perkaitan dengan syarikat Elsoft ni.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA