TERKINI : 33 Bilionair di Malaysia Untuk Tahun 2017 Termasuk 8 Muka Baru

Alhamdulillah, Malaysia kini sudah ada 33 orang bilionair. Keseluruhannya, ada 8 bilionair baru untuk tahun 2017 ini.

Apa Yang Membuatkan Mereka Super Kaya?

Kekayaan mereka bukan dikira berapa banyak duit dalam bank. Maklumat tu bank je tahu. Jutawan kosmetik atau jutawan MLM tidak termasuk dalam senarai ini jika syarikat mereka tidak tersenarai di Bursa Malaysia.

Kalau nak tahu mereka semua merupakan pemilik syarikat masing-masing dan disenaraikan di pasaran saham Bursa Malaysia. Apabila harga saham syarikat milik mereka naik, maka nilai mereka turut naik bersama.

Konsep yang sama ketika mengukur kekayaan milik Bill Gates, Jack Ma dan Mark Zuckerberg.

Contoh:
Ranking #1 adalah Tan Sri Teh Hong Piow. Pemegang saham terbesar Public Bank adalah Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd sebanyak 21.48% bersamaan dengan 840,000,000 unit saham. Syarikat ini adalah milik penuh Tan Sri Teh Hong Piow.

Harga saham Public Bank sekarang adalah RM20.48. Maka 840,000,000 x RM20.48 = RM17,505,600,000. Kalau campur nilai saham-saham beliau dalam syarikat lain maka jumlah besarnya adalah RM21,484,000,000.

Jadi kalau korang ada 500 unit saham Public Bank (*saham ini tidak patuh syariah, ini hanya sekadar contoh);

500 unit x RM20.48 = RM10,249

Kalau beli saham ini masa 2010 pada harga RM11;

500 unit x RM11 = RM5,500

RM10,249 – RM5,500 = RM4,749

ROI = 4,749 / 5,500 x 100% = 86.34% selama 7 tahun.
Purata pulangan setahun 12%.

Ini contoh saja, ada banyak saham lain yang patuh syariah, lebih murah serta memberi pulangan yang lebih baik (serta lebih teruk).

Sumber: Focus Malaysia

Yang kaya bertambah kaya. Kita dapat lihat top 3 dalam senarai ini mengukuhkan lagi kedudukan mereka dan jarak di antara mereka bertiga dengan yang lain, semakin meluas. Ini disebabkan pasaran saham Bursa Malaysia yang meningkat pada tahun 2017 ini. Ia juga dikenali sebagai pasaran bullish di kalangan pelabur.

Dalam suasana ekonomi yang dikatakan ‘suram’, banyak saham yang telah melonjak naik, tak percaya sila baca:

Mereka yang sudah terlibat dalam pelaburan saham dan merebut peluang di sebalik kemelut yang melanda ini pastinya dah berjaya buat duit yang banyak!

Kekayaan Terkumpul Naik Sebanyak 13.4%

Mengikut kajian yang dilakukan, kekayaan terkumpul kesemua billionair ini meningkat sebanyak 13.4%, iaitu daripada RM131.7 bilion tahun lepas meningkat kepada RM149.3 bilion pada tahun ini.

Ini disebabkan prestasi Bursa Malaysia atau indeks FBM KLCI yang meningkat 4.5% peratus untuk setahun, daripada 1,668.27 mata pada setahun yang lalu kepada 1,743.99 mata.

8 Bilionair Baru Tersenarai

Pastinya ada yang mengenali mereka, tapi ada juga yang low profile. Tengok saja bilionair tersebut bersama harga saham syarikat mereka:

1. Datuk Koon Poh Yeong, 56 tahun, CEO Kumpulan, Press Metal Aluminium Holdings Berhad, RM6.407 bilion

Sumber: Bursa Marketplace

2. Wong Thean Soon, 46 tahun, Pengarah Urusan, My EG Services Berhad, RM2.854 bilion

Sumber: Bursa Marketplace

3. Tan Sri Tony Fernandes, 54 tahun, Pengasas Bersama dan CEO Kumpulan, AirAsia Berhad, RM2.058 bilion

Sumber: Bursa Marketplace

4. Datuk Kamarudin Meranun, 56 tahun, Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif, AirAsia Berhad, RM2.005 bilion

Sumber: Bursa Marketplace

5. Teong Teck Lean, 57 tahun, Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan, GD Express Carrier Berhad, RM1.35 bilion

Sumber: Bursa Marketplace

6. Lim Peng Jin, 50 tahun, Pengarah Urusan, Scientex Berhad, RM1.253 bilion

Sumber: Bursa Marketplace

7. Lim Han Weng, 65 tahun, Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Yinson Holdings Berhad, RM1.226 bilion

Sumber: Bursa Marketplace

8. Tan Sri Ngau Boon Keat, 69 tahun, Pengerusi Eksekutif, Dialog Group Berhad, RM1.156 bilion

Sumber: Bursa Marketplace

Prestasi Syarikat Meningkat, Harga Saham Meningkat, Pemilik/Pemegang Saham Makin Kaya

  • Biasa guna perkhidmatan My EG untuk renew roadtax?
  • Pernah naik kapal terbang AirAsia yang menyediakan tambang murah?
  • Pernah hantar barang guna kurier GDEX?

Nampak tak graf harga saham syarikat-syarikat ini yang semakin meningkat? Lagi tinggi harga saham tu, makin kayalah mereka.

Tapi takkan nak tengok saja mereka ni semakin kaya? Korang tak mahu tumpang kekayaan mereka ke?

Bagaimana caranya? Ada 676 saham patuh syariah yang tersenarai. Jadilah salah satu pemegang saham syarikat-syarikat tu. Kita orang biasa pun boleh, janji dah buka akaun saham (CDS) yang kosnya RM10.60 sahaja.

Berhati-hati, pilihlah yang bagus untuk pelaburan jangka panjang atau pendek. Saham ni ada turun naiknya, bukan macam skim cepat kaya yang bulan-bulan menjanjikan pulangan.

Jom Kita Belajar!

Berjinak-jinaklah dengan pelaburan saham di Bursa Malaysia, kerana ianya lubuk emas yang tidak diketahui ramai terutamanya Bumiputera Melayu. Carilah ilmu tersebut, insyaAllah ada rezeki di dalam Bursa Malaysia.

Berita tentang saham ni hari-hari keluar TV, suratkhabar dan radio. Mesti pernah dengar tentang saham FGV kan? Tahniah, itu baru satu. Ada 900 lebih lagi syarikat dan 676 darinya adalah patuh syariah.

Semakin banyak seminar yang bertujuan mendidik di luar sana. Pihak berautoriti seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melalui Invest Smart pun selalu anjurkan seminar pelaburan saham di seluruh Malaysia.

Kalau nak belajar 18 November 2017 ini ada satu seminar sehari anjuran Asri Ahmad Academy bersama Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) & BursaMarketPlace (sebahagian Bursa Malaysia).

Kalau selalu dengar part negatif pasal saham ni, atau kalau yang tak tahu apa-apa memang sesuai sangat datang, barulah terbuka mata dengan dunia pelaburan saham yang SAH & PATUH SYARIAH di Bursa Malaysia.

Baca juga Siapa Kata Melabur Saham Kena Modal Besar?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend