4 Filem Wajib Tonton Bagi Para Pelabur

Anda seorang pelabur, pastinya dahagakan ilmu kan? Ada yang suka baca buku, ada yang suka hadir ke kelas, dan tidak kurang juga yang suka menonton TV. Daripada menonton perkara yang sia-sia, jom kita tengok 4 filem yang wajib ditonton oleh para pelabur seperti berikut.

1. ROGUE TRADER

Sumber: Netflix Movies

Rogue Trader merupakan filem adaptasi daripada kisah benar Nick Leeson yang bekerja dengan sebuah ‘Investment Bank’ terkemuka di London iaitu Barings Bank.

Beliau bermula sebagai seorang kerani tetapi mempunyai cita-cita yang besar. Nick membuktikan kredibilitinya apabila berjaya menguruskan kes tertunggak di Barings Bank cawangan Jakarta.

Pada 1992, Barrings Bank memulakan operasi ‘future options trading’ bagi rantau Asia dengan menubuhkan Barings Futures Singapore. Nick Leeson dipertanggungjawabkan untuk mengemudi syarikat baru ini

Setelah setahun, beliau berjaya mencatatkan keuntungan yang tinggi dan ia merupakan satu rekod kerana hasil trading beliau berjaya menyumbang keuntungan tertinggi keseluruhan syarikat.

Keuntungan yang beliau hasilkan sebenarnya adalah tidak beretika. Terdapat unsur penipuan dan pemalsuan dokumen. Tetapi akibat tamak beliau masih menjalankan aktiviti trade seperti biasa. Langit tak selalunya cerah, masalah semakin besar apabila kerugian demi kerugian dicatatkan dan beliau tidak lagi mampu menutup kerja-kerja kotor yang dilakukannya.

Akibat dari tindakan itu, Barrington Bank diisytiharkan bankrap dan Leeson dipenjarakan selama 6 tahun setengah di Penjara Changi, Singapura.

2. THE CROOKED E: THE UNSHREDDED TRUTH ABOUT ENRON

Sumber: Amazon

Filem The Crooked E ini mengisahkan tentang syarikat konglomerat terbesar dalam sektor tenaga di Amerika Syarikat. Walaupun syarikat ini secara keseluruhan pernah mencapai nilai USD 60 bilion, akhirnya syarikat ini gulung tikar akibat salah pengurusan oleh pengurusan tertinggi syarikat. Mereka menyalah gunakan wang kepunyaan syarikat dan berbelanja mewah.

Bagi menaikkan saham syarikat, akaun kewangan telah diubahsuai supaya angka-angka nampak cantik di atas kertas. Pada Ogos 2000, Enron mencatatkan harga saham tertinggi $90.56. Ketika ini, staff eksekutif yang mengetahui kisah sebenar telah menjual pegangan saham mereka secara senyap-senyap.

Pada masa yang sama orang awam, para pelabur dan staff mereka sendiri disarankan untuk membeli saham syarikat kerana ia boleh mencecah sehingga $130 ke $140 seunit.

Setahun kemudian pada Ogos 2001, saham syarikat telah menurun ke $42 tetapi CEO Kenneth Lay meyakinkan para pelabur bahawa ini hanya sementara dan menyarankan mereka agar mengambil peluang untuk membeli saham syarikat memandangkan ia semakin murah sekarang.

Setelah skandal penyelewangan ini diketahui umum, ia sudah terlambat dan harga saham menjunam kepada kurang satu dollar dan kemudian diisytiharkan bankrap.

3. MARGIN CALL

Sumber: Teaser Trailer

Ketika Amerika Syarikat mengalami krisis kewangan pada 2008 akibat ‘subprime mortgage’, pasaran saham mereka turut menerima tempias.

Filem Margin Call ini mengetengahkan mengenai bagaimana syarikat ‘hedge fund’ cuba mengurangkan risiko kerugian mereka setelah mereka melabur melebihi wang sedia ada dengan menggunakan fasiliti ‘margin trading’

4. BECOMING WARREN BUFFETT

Sumber: YouTube

Ia merupakan dokumentari mengenai pelabur tersohor di Amerika Syarikat, Warren Buffet. Dengan menonton filem Becoming Warren Buffett ini, anda dapat mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana Buffet mula mencari wang pada usia muda dengan bisnes kecil-kecilan.

Di pejabat bapanya terdapat banyak bahan bacaan ilmiah. Dari sini beliau mengasah minat membaca. Setelah melanjutkan pelajaran di universiti, beliau mula mengenali pensyarah bernama Benjamin Graham dan menjadikannya mentor dalam ‘value investing’.

Dalam pelaburan memerlukan kesabaran dan banyak membaca untuk menilai potensi sesebuah syarikat. Buffet adalah contoh pelabur yang anda boleh ikuti. Tahukah anda harga seunit saham milik syarikatnya, Berkshire Hathaway kini ialah USD 274,417?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend