4 Harapan Tinggi Menggunung Orang Kita Bila Pergi Seminar Saham

Alhamdulillah, semakin ramai orang Melayu kita yang dah mulakan langkah untuk melabur dalam pasaran saham. Angka ini dilihat meningkat setiap tahun, dan sehingga hari ini kita boleh berbangga kerana 900 Ribu Bumiputera Yang Sudah Ada Akaun CDS.

Jika ini berterusan, sudah pastinya kita bakal menyaksikan angka ini meningkat kepada 1 juta orang Bumiputera pada tahun ini.

Dulu kalau sebut pasal saham je sah-sah bukan orang kita yang kuasai.

Di antara faktor semakin ramai orang yang terbuka minda untuk melabur dalam Bursa Malaysia, adalah disebabkan oleh seminar-seminar saham yang giat dijalankan oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini. Ada yang diadakan secara percuma, ada juga yang dikenakan yuran.

Pihak Bursa Malaysia-i sendiri sangat aktif menganjurkan seminar demi mendidik masyarakat tentang peluang pelaburan saham patuh syariah.

Tapi orang kita ni lain sikit peelnya, dia punya expectation lain macam.

Berikut merupakan 4 harapan tinggi menggunung orang kita bila pergi seminar saham (bukan semua, jadi mohon jangan terasa).

1. Kena Buat Makan-makan

Dah duduk dalam dewan dengar seminar 2-3 jam, kepala pun dah berasap sebab nak serap ilmu baru, mesti terasa lapar. Penganjur seminar mesti sediakan makan minum, sebaik-baiknya sebelum dan selepas seminar.

Baru ada semangat sikit nak pergi seminar kalau makan minum disediakan.

2. Speaker Beri ‘Buy Call’

Dah datang dari jauh, mesti nak dengar saham apa yang ‘cantik’ untuk dibeli. Lagi bagus kalau speaker bagi sampai 5 saham terus.

Buat penat speaker cerita berjam lamanya tapi tak beri perhatian, datang sebab nak dengar saham apa nak beli saja.

3. Masuk Kelas Advanced, Bayar Ribu-Ribu Harapkan Support Sampai Mati

Bila dah buka akaun CDS dan dah bayar ribu-ribu untuk datang ke kelas advanced, mereka berharap speaker dan team mereka perlulah sediakan support sampai bila-bila.

Dalam group support nanti, minta share pula ‘buy call’, sedangkan dah belajar pun cara nak mendapatkan saham mana yang berpotensi.

4. Lepas Kelas, Nak Terus Rasa Untung. Kalau Tak Untung Salahkan Sifu

Dan yang terakhir sekali, sebaik tamat kelas kena terus buat duit. Kalau boleh hari ni beli saham, esok untung terus jual.

Bila tak untung, mulalah nak salahkan sifu yang mengajar. Kata tak bagus lah, ‘buy call’ tak menjadi lah. Teknik tak menjadilah. Sifu lain ajar lagi banyak tekniklah…

Terus lupa bahawa pasaran saham ni sama macam berniaga. Kalau berniaga dan ditakdirkan rugi takkan nak salahkan orang yang ajar kita berniaga?

“Alaa, sifu saham tu bukan trade pun, pandai buat duit dengan kelas ajar saham je pon…”

Senang lah hidup kalau boleh dapat teknik ajaib yang menjanjikan untung sentiasa.

Saham Memang Lubuk Duit, Tapi Kena Banyak Praktis Dan Bersabar

Memang tak dinafikan, pasaran saham boleh memberi keuntungan yang tinggi – tapi ianya juga datang dengan risiko untuk rugi yang juga tinggi. Orang kata, ‘High Risk High Return’. Sebab itulah kita kena kenal siapa diri kita terlebih dahulu.

Ada yang mendakwa dirinya trader, tapi takde masa untuk tengok apa jadi dekat saham yang dah dibeli. Pada awalnya nak beli dan jual esok, tapi disebabkan kekangan masa dan tak ada masa nak monitor, terpaksa pula peram saham tadi. Nak jual, harga saham tak naik lagi.

Perasan tak yang kita sanggup habiskan duit dan masa untuk belajar di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti; tapi bila belajar saham ni semua nak cepat.

Dulu sebelum kenal dunia saham boleh gandakan duit, dapat dividen 7% ke 8% setahun pun dah cukup.

Tapi bila dah mula berjinak-jinak dengan pelaburan saham, lain pula halnya.

Hari ni pergi seminar, esok beli saham, lusa pula nak jual dengan untung sebab nak cover kos pergi seminar tadi.

Come on lah bro…

Harap kita semua realistik dan tidak meletakkan harapan tinggi menggunung. Istiqamah lah untuk belajar lagi. Ianya memerlukan praktis, boleh mula dulu dengan ‘paper trade’. Bila dah jumpa teknik yang sesuai dengan masa dan jiwa kita sebagai seorang pelabur atau pedagang, baru guna duit sebenar untuk melabur.

Awas Juga Seminar Saham Yang Tidak Bertauliah

Baru-baru ini, Suruhanjaya Sekuriti memberi amaran kepada orang ramai tentang kewujudan seminar saham yang tidak bertauliah. Boleh baca lebih lanjut mengenainya di Awas Dengan Akademi Saham dan Sekolah Saham – Suruhanjaya Sekuriti. Kami juga ada berkongsi cara-cara untuk mengelakkan orang ramai yang berminat menceburi bidang saham tersilap hadir kelas atau seminar saham.

Jemput baca juga 9 Tips Mencari Guru, Cikgu atau Sifu Pelaburan Saham. Kalau tak sempat nak pergi seminar saham, Jom Belajar Saham Online Dengan Video-Video Termantap.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend