4 Salah Faham Mengenai Pelaburan Saham

Pemilikan saham dalam kalangan Bumiputera masih lagi rendah walaupun terdapat banyak kempen yang dilakukan bagi menarik minat mereka untuk melabur. Diharapkan perkongsian kali ini dapat membetulkan salah faham yang ada dan membuatkan anda terbuka hati untuk meneroka pelaburan saham.

1. ‘Main’ Saham = Main Judi

Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat. Membeli saham atau stok mewakili pemilikan dalam sesuatu syarikat dan memberikan hak kepada pembeli untuk menuntut hak terhadap aset syarikat dan berkongsi keuntungan syarikat.

Selalunya, ramai sangka jual beli saham merupakan cara untuk ‘mencuba nasib’ dan mendapat keuntungan dengan cepat.

Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut

  1. Berbentuk dokumen atau sijil.
  2. Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.
  3. Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.

Sebelum membuat keputusan membeli mana-mana saham, pelabur yang bijak akan membuat kajian terlebih dahulu. Kajian yang dibuat sama ada melalui kaedah fundamental analysis atau technical analysis.

2. Saham Hanya Untuk Orang Kaya

Tanggapan ini tidak tepat. Sebenarnya sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan pelaburan yang baik dan lebihan wang simpanan boleh melabur dalam pasaran saham.

Modal besar bukan syarat untuk untung besar.

Pelabur berjaya bukan mereka yang kaya bermodal besar tetapi mereka yang bijak menggunakan maklumat dengan berkesan dan mendapatkan bantuan daripada golongan profesional berlesen untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat kajian.

Bagi menggalakkan penyertaan pelabur yang mempunyai modal yang kecil, Bursa Malaysia telah mengubah nilai minimum belian 1 lot saham.

Sebelum ini (zaman mak ayah kita), 1 lot saham bersamaan dengan 1000 unit. Tetapi bermula tahun 1 lot saham bersamaan dengan 100 unit. Sebagai contoh, jika seunit saham bernilai 50 sen, maka dengan RM 50 anda sudah boleh mula membeli saham. (0.5 x 100 = 50).

3. Pelaburan Saham = Haram

Mungkin itu tanggapan orang dulu-dulu. Kini hampir 74% saham yang tersenarai di Bursa Malaysia merupakan patuh Syariah. Justeru, pelabur Muslim tidak perlu khuatir tentang halal dan haram.

Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menyemak status saham sesebuah syarikat 2 kali setahun dan senarai saham patuh Syariah akan sentiasa dikemaskini pada bulan Mei dan November setiap tahun.

Jangan risau, Islam itu mudah. Nak tahu lebih lanjut berkenaan pelaburan saham patuh syariah, sila rujuk Kenali Produk Patuh Syariah Dalam Bursa Malaysia. Bukan setakat saham saja, ada banyak lagi produk pelaburan patuh syariah.

Sekiranya saham syarikat yang anda telah beli bertukar status kepada tidak Syariah, MPS telah mengeluarkan garis panduan bagaimana untuk menangani permasalahan berikut. Untuk info lanjut, rujuk Saham Patuh Syariah Bertukar Status Jadi Tidak Patuh Syariah, Apa Nak Buat?

4. Pelaburan Saham Boleh Buat Kita Rugi

Benar, pelaburan saham tidak mempunyai jaminan pulangan seperti ASB atau Tabung Haji. Harga saham mungkin setiap hari boleh berubah. Anda akan terdedah dengan risiko kehilangan wang pelaburan terutama sekali jika mula melabur tanpa sebarang ilmu. Tapi confirm tak boleh jatuh miskin sebab prinsipnya melabur ni perlu menggunakan duit lebihan, bukan duit beli susu anak.

Disebabkan itu, sebelum mulakan sebarang pelaburan baik dalam saham, hartanah atau emas, cari ilmunya dahulu. Laburkan sedikit wang dan masa untuk pergi ke mana-mana kelas atau mula membaca buku berkaitan saham. Tapi jangan pergi sebarang kelas ya, Awas Kelas Atau Seminar Saham Yang Tidak Bertauliah. Bagi yang minat baca buku, boleh tengok Senarai Buku-Buku Kalau Nak Belajar Pasal Pelaburan Saham.

Setiap pelaburan yang ada didunia ini tidak boleh lari dari risiko. Risiko itu boleh dikurangkan sekiranya anda tahu apa yang anda lakukan. Pelabur tersohor Warren Buffet sendiri mengatakan bahawa ‘risk comes from not knowing what you’re doing’. Jadi jika anda benar-benar ingin berjaya dalam bidang pelaburan saham ini, perlu sentiasa menambah ilmu dan rajin buat kajian saham supaya dapat menggandakan keuntungan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend