40 Saham Di Bawah Nilai

Untuk perkongsian kali ini, jom kita tengok 40 saham di bawah nilai. Tapi sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan di bawah nilai? Dan bagaimana untuk menilai sesuatu saham?

Bagaimana Nak Menilai Sesuatu Saham?

Cara paling baik secara teori untuk menilai sesuatu saham yang dikongsikan dalam Wikipedia, dikenali sebagai penilaian pendapatan atau kaedah aliran tunai setelah didiskaun, yang melibatkan pemberian diskaun terhadap keuntungan (dividen, perolehan, atau aliran tunai) yang dapat kepada seseorang pemegang saham dalam masa terdekat, dan nilai akhir sewaktu ianya dijual.

*Ini merupakan definisi teknikal, kalau tak faham tak mengapa.

Di antara indikator yang digunakan adalah:

  • Earnings per share (EPS)
  • Price to Earnings (P/E)
  • Growth rate
  • Capital structure substitution – asset pricing formula
  • Price earnings to growth (PEG) ratio
  • Sum of perpetuities method
  • Return on Invested Capital (ROIC)
  • Return on Assets (ROA)
  • Price to Sales (P/S)
  • Market Cap
  • Enterprise Value (EV)
  • EV to Sales
  • EBITDA
  • EV to EBITDA

Banyak kan? Tapi kami biasanya menggunakan Earnings Per Share (EPS), Price to Earnings (P/E) ratio dan Market Capitalization untuk menilai sesuatu saham.

Earnings Per Share (EPS) –> Nilai perolehan bagi setiap saham, contohnya dengan setiap unit saham berapa perolehan yang syarikat dapat. Pastikan syarikat tersebut mempunyai EPS yang positif sahaja, anda tidak mahu melabur ke dalam syarikat yang rugi

Price Earnings Ratio (P/E Ratio) –> Untuk ini, kita kena tengok berapa harga saham semasa syarikat dan nilai EPS. Jika saham sekarang didagangkan pada harga RM10, dan nilai EPS adalah RM1, maka P/E ratio syarikat adalah 10. Lagi rendah nilai ini, lagi bagus syarikat tersebut.

Market Capitalization –> Harga Saham didarab dengan Jumlah Volume Saham yang berada di pasaran.

Dengan erti kata lain, ianya sama seperti Fundamental Analysis. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Apa Itu Fundamental Analysis Yang Selalu Sifu Saham Sebut Tu?

Kenapa Perlu Tengok Saham Di Bawah Nilai?

Sebab utamanya adalah saham di bawah nilai ini berpotensi untuk naik bagi memenuhi potensi saham tersebut. Cuba bayangkan seorang pemain bola muda yang disebut-sebut akan menjadi bintang ternama satu hari nanti.

Saham di bawah nilai pun lebih kurang, iaitu berpotensi naik ke harga yang kita rasakan nilai sebenar bagi saham tersebut.

Dah tahu serba sedikit bagaimana nak menilai sesuatu saham dan kenapa saham di bawah nilai ini bagus, jom kita tengok pula Top 40 Saham Di Bawah Nilai (Mengikut Price-to-Book Ratio)

Sumber: Focus Malaysia

Dah Tahu Saham Apa Nak Beli, Kena Tahu Pula Bila Nak Beli Saham

Sesuatu saham berada di bawah nilai yang mempunyai Fundamental Analysis yang bagus, itu petanda yang baik untuk kita beli saham tersebut.

Tapi nak tahu masa yang sesuai untuk beli saham tersebut, kenalah buat Technical Analysis pula. Jika Tiada Asas Teknikal Analisis, Jangan Gatal Beli Saham.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend