5 Industri Yang Perlu Diberi Perhatian Serius Pelabur Pada Masa Hadapan

Selain daripada industri inernet yang semakin berkembang maju, banyak lagi industri lain yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat terutamanya para pelabur yang ingin berjaya dalam dunia pelaburan.

Ada beberapa industri sudah lama bertapak dalam pasaran, manakala sebahagian lagi masih baru dan akan berkembang sejajar dengan peredaran masa.

Berikut adalah beberapa industri yang perlu diberi perhatian oleh para pelabur sekiranya ingin mengembangkan portfolio pelaburan pada masa hadapan.

1. Sumber Tenaga Yang Bersih

Syarikat yang membangunkan sumber tenaga yang bersih ini menjadi perhatian para pelabur pada masa kini. Banyak kerajaan di dunia yang mementingkan penjagaan alam sekitar. Negara China telah menjejak langkah negara Barat yang telah lama mementingkan penjagaan alam sekitar.

Banyak syarikat pada hari ini telah beralih kepada teknologi hijau seperti Syarikat Tesla. Syarikat ini telah membangunkan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik bagi menjaga alam sekitar daripada pencemaran asap carbon monoksida yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Dengan permulaan yang dilakukan oleh Tesla ini, banyak pengeluar kenderaan turut mengikuti jejak langkah mereka. Syarikat automotif yang telah lama mendominasi pasaran kenderaan, berasa tergugat jika mereka tidak membangunkan kenderaan berasaskan kuasa elektrik. Ini kerana masyarakat kini telah sedar akan kepentingan menjaga kebersihan alam ini.

Selain daripada syarikat kenderaan yang mengeluarkan kenderaan elektrik, syarikat yang mengeluarkan panel tenaga solar juga semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Masyarakat kini mula mengorak langkah untuk beralih kepada tenaga elektrik yang dihasilkan melalui tenaga solar berbanding dengan kuasa hidroelektrik.

Dengan menggunakan bumbung yang mempunyai panel solar, mereka boleh menjimatkan banyak duit berbanding menggunakan tenaga elektrik; yang kosnya makin meningkat disebabkan bilangan penduduk yang semakin ramai.

2. Industri Kesihatan

Industri kesihatan merupakan salah satu industri yang sangat kompleks di dunia. Di kebanyakan negara maju, industri kesihatan mereka dibiayai oleh insurans yang diambil sendiri oleh masyarakat negara tersebut.

Berbeza dengan negara kita di mana kebanyakan ubat-ubatan dan industri kesihatan ditanggung hampir sepenuhnya oleh kerajaan.

Bagi negara maju, mereka yang mempunyai insuran kesihatan akan membayar sendiri kos perubatan mereka. Industri kesihatan merupakan salah satu industri yang paling lama wujud dalam negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jerman.

Industri ini semakin berkembang kerana kebanyakan ibu bapa di negara maju dan negara membangun, amat menitikberatkan aspek kesihatan keluarga mereka. Syarikat insurans yang menjual insuran kesihatan juga semakin berkembang kerana permintaan ramai pelanggan untuk mendapatkan insuran kesihatan atau pun insuran nyawa.

Syarikat yang berkaitan dengan kesihatan seperti syarikat farmaseutikal, syarikat pembekal peralatan kesihatan, dan juga hospital swasta  berpotensi besar untuk meraih keuntungan dan mendapat perhatian para pelabur.

Lumrah manusia yang sanggup menghabiskan wang ringgit dan menggadai harta benda demi untuk kekal sihat dan mengubati pelbagai penyakit.

3. Cashless Payment

Banyak syarikat besar dunia telah menggunakan aplikasi cashless seperti Syarikat Apple, Facebook, Google, Samsung dan Amazon. Mereka membangunkan sistem ini kerana ianya sangat mudah digunakan dalam urusan harian, di mana hampir semua orang pasti ada telefon pintar yang canggih.

Syarikat konglomerat dari China iaitu Alibaba, turut serta dalam pembangunan cashless ini untuk memudahkan urusniaga yang melibatkan syarikat tersebut.

Cuba perhatikan, semakin ramai mula beralih daripada sistem wang secara tradisional, dan menggunakan e-wallet untuk membuat pembayaran.

4. Artificial Intelligence (AI)

Teknologi ini merupakan teknologi masa depan kerana ianya boleh mengganti kepintaran manusia melalui sistem kecerdasan buatan. Teknologi ini kadangkala menakutkan manusia kerana sekiranya tidak digunakan dengan betul, ia boleh menggugat ketenteraman manusia.

Banyak syarikat gergasi dunia seperti Microsoft, Tesla, Google Facebook dan Amazon membangunkan sistem AI mereka sendiri bagi memudahkan urusan perniagaan mereka. Sistem AI akan menjadi pembantu kepada manusia pada masa hadapan jika ia dibangunkan dengan cara yang betul.

Pada masa kini, sistem AI telah pun diguna secara meluas dalam pengurusan dan pelaburan saham serta kenderaan yang menggunakan sistem autonomous, iaitu sistem pemanduan secara automatik.

Saham syarikat-syarikat yang membangunkan teknologi ini pastinya menjadi saham pilihan ramai.

5. Legal Cannabis

Ganja merupakan salah satu industri yang berkembang pesat di Amerika Syarikat. Ganja dipercayai mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang mana dengan menggunakan produk yang berasaskan ganja, kita boleh berubat secara organik.

Sebahagian besar manusia yang obses dengan ganja, menyatakan bahawa ia adalah salah satu penawar untuk penyakit kanser. Separuh daripada Negeri di Amerika Syarikat membenarkan ganja dijual di pasaran terbuka.

Para pelabur percaya bahawa industri ini akan memberi pulangan yang sangat lumayan pada masa hadapan. Ini kerana undang-undang di Amerika Syarikat pada waktu sekarang telah melonggarkan produk yang berasaskan ganja, terutamanya produk yang dikategorikan sebagai perubatan dan membenarkannya ia dijual secara meluas.

Jemput baca Industri Ganja Di Amerika Syarikat Semakin Berkembang dan Mula Didagangkan Di Nasdaq untuk maklumat lebih lanjut.

Sumber Rujukan:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend