5 Sebab Kenapa Perlu Ada Trading Plan

Semalam selesai private coaching dengan seorang klien, dia tuliskan kepada saya semua kaunter-kaunter yang masih di’peram’ beliau sampai harini. Ada yang dibeli semenjak IPO, ada yang dibeli sebelum PRU & ada juga yang dibeli selepas PRU baru-baru ini.

Seperti biasa untuk para traders newbie, ingat beberapa pesanan asas ini supaya anda tidak terjerat di dalam lubang yang sama:

1) Kenal pasti objektif pelaburan anda (Short/Medium/Long Term). Salah letak objektif menyebabkan anda salah beli kaunter & salah juga buat keputusan untuk menjual kaunter tersebut.

2) Elakkan mentaliti daripada Intraday ke Swing, yang akhirnya membawa kita terpaksa ‘peram’ kaunter tersebut.

3) Anda boleh ‘jatuh cinta’ dengan kaunter yang anda mahu beli, namun jangan ‘jatuh cinta’ dengan kaunter tersebut lama-lama. Kerana kaunter tersebut tak akan menyintai anda sebenarnya.

4) Setiap yang naik pasti turun. Dan setiap yang turun pasti akan naik. Oleh itu, ingat falsafah “history will repeat itself”.

5) Memang perlu konsep Diversify The Capital, namun ingat, jangan salah faham dengan konsep “Don’t put your eggs in one basket”. Telur jika diletakkan pada banyak bakul pun, kita akan menghadapi masalah apabila mahu mengangkat bakul tersebut tu nanti, kerana realitinya kita hanya ada dua tangan sahaja untuk mengangkat bakul-bakul yang ada.

Oh ya, jangan terkejut kerana beliau membeli hampir 10 kaunter dan semuanya membeli tanpa menjual (kerana tiada ilmu bagaimana mahu menjual & bila waktu tepat utk menjual kaunter-kaunter yang dibelinya)

Sumber Asal: http://bit.ly/2xPoaF5

Tentang C.L.S.S

C.L.S.S merupakan satu medium perkongsian oleh seorang trader marhain di laman sesawang seperti Page FB. Capaian pengikut-pengikut beliau di FB adalah 100% organic reach tanpa bantuan FB Ads dan platform marketing berbayar yang lain.

Beliau sering berkongsi tips dan motivasi kepada para pelabur yang baru berjinak dalam dunia pelaburan. Perkongsian beliau sering menginspirasikan para pelabur mengenai realiti dan perit jerih yang perlu dilalui oleh semua pelabur.

Tidak kira mereka seorang pelabur yang baru atau sudah berpengalaman dalam dunia pelaburan, mereka pasti pernah melalui detik dan fasa jatuh bangun pelaburan.

Namun, mereka yang berjaya adalah yang tidak berputus asa dan terus belajar dari kesilapan lalu. Sehingga hari demi hari, mereka semakin mapan, terus mara ke depan dan terus memberi inspirasi supaya yang lain turut teraspirasi.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend