6 Kecenderungan Tingkah Laku Yang Mempengaruhi Keputusan Pelabur

Ada kajian mengenai tingkah laku pelabur bertujuan mengenal pasti pengaruh psikologi dalam membuat keputusan pelaburan. Ia mengkaji impak psikologi tersebut dalam pasaran.

Kajian ini berdasarkan fakta bahawa pelabur tidak sentiasa rasional dan mempunyai had dalam mengawal diri mereka dan selalunya dipengaruhi oleh kecenderungan mereka sendiri.

Di antara kecenderungan yang sering berlaku kepada pelabur dalam pasaran adalah:

1. Takut Kerugian

Ramai orang takut rugi. Untuk mengelakkan perasaan rugi, ada pelabur yang menyimpan pelaburan yang rugi terlalu lama atau menjual terlalu cepat apabila pasaran pulih selepas kejatuhan yang teruk.

Ini membuatkan mereka kehilangan potensi keuntungan yang lebih baik diperlukan untuk mencapai objektif mereka. Lagi banyak seseorang itu rugi, lagi kuat perasaan takut ingin melabur lagi.

2. Takut Risiko

Pelabur tidak gemar keadaan tidak menentu. Mereka akan memilih pelaburan yang mereka selesa berbanding pilihan yang asing bagi mereka, walaupun ia boleh memberi ganjaran yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, ramai orang cenderung memilih untuk meletakkan wang mereka ke dalam Tabung Haji (TH) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB) berbanding belajar melabur saham secara langsung ke dalam Bursa Malaysia.

3. Terlebih Yakin

Ada pelabur berasakan mereka mempunyai kewangan yang kukuh tetapi sebenarnya masih belum mencukupi. Ianya akan membuatkan mereka menjadi pedagang saham yang sangat aktif, dan yakin mereka boleh menewaskan pasaran dengan berdagang dalam tempoh masa yang singkat.

Tetapi hakikatnya mereka gagal melakukannya secara konsisten sehingga kerugian mereka alami melebihi kemampuan mereka.

4. Pilih Kasih

Ada pelabur mencari maklumat untuk mengesahkan pandangan mereka dan menolak sebarang maklumat yang bercanggah dengan pandangan mereka. Kecenderungan ini menghadkan kebolehan mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik dengan mengambil kira faktor lain dari perspektif berbeza.

Asyik nak betul saja, susah juga. Takde satu pun teknik yang 100% tepat.

5. Kurang Keyakinan

Cuma 1 dari 10 orang pesara berasa selesa untuk berbelanja dengan simpanan persaraan mereka. Ramai tidak yakin simpanan mereka boleh bertahan lama.

Ini dipanggil risiko gaya hidup iaitu risiko tidak dapat menikmati gaya hidup yang mereka impikan kelak. Ini menyebabkan mereka kurang keinginan untuk melabur.

6. Mentaliti Berkumpulan

Ada pelabur membuat keputusan pelaburan akibat dipengaruhi oleh orang ramai atau kawan-kawan. Mereka terikut dengan apa yang orang lain lakukan walaupun kemampuan mereka sangat berbeza.

Mereka dipengaruhi dengan emosi dan naluri, bukannya analisis mengikut fakta yang sebenar. Kecenderungan ini sering mempengaruhi pelabur untuk membuat pelaburan yang lebih baik.

Dengan adanya pendidikan dan latihan terutamanya melalui analisis teknikal, pelabur boleh membuat pelaburan dengan lebih objektif dan mengawal risiko pelaburan mereka dengan lebih baik.

Jom Mantapkan Ilmu Pelaburan Saham

Sekiranya ingin belajar pelaburan saham khususnya untuk pelabur baru dalam Bursa Malaysia, boleh sertai Kelas Radar Saham yang akan berlangsung di Dataran Maybank pada 28 September 2019, Sabtu dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Sebarang maklumat boleh hubungi saya di 016-4469288 atau FB Azmi Mohd Amin Stockbroker.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend