6 Prinsip Asas Dalam Teori Dow

Kredit Gambar: Getty Images

Dow Theory (Teori Dow) ialah pendekatan trading yang diperkenalkan oleh Charles Dow. Beliau meninggal pada tahun 1902 dan tidak menulis apa-apa buku tentang teori ini. Namun begitu beliau sempat merakamkan buah fikiran beliau dalam beberapa siri artikel yang dimuatkan dalam Wall Street Journal. Sekitar tahun 1903, S.A Nelson telah mencetak semua teori Charles Dow tadi dalam suatu penerbitan yang dinamakan The ABC of Stock Speculation.

Prinsip-Prinsip Asas Teori Dow

1. Price Discounts Everything

Harga pasaran saham mengambil kira dan mencerminkan setiap aktiviti pasaran secara keseluruhannya yang diketahui mungkin mempengaruhi permintaan dan penawaran.

2. Pasaran Mempunyai Tiga Arah Trend

Pasaran saham tidak selalu bergerak secara pergerakanlulus. Ia akan begerak secara ‘zig-zag’. Dow menggunakan perumpamaan arus air laut, ombak dan gelombang kecil air laut bagi menggambarkan tiga arah trend dalam pasaran saham.

Trend Utama. Arah aliran yang utama disamakan sebagai air pasang. Para pelabur selalunya memberikan perhatian yang tingi terhadap arah aliran utama. Mereka selalunya ingin berada di pasaran pada permulaan waktu pasaran menaik dan berada di pasaran sehinggalah pasaran bertukar menjadi pasaran menurun. Dalam proses ini kebanyakan para pelabur melupakan arah arah aliran kedua ataupun pembetulan-pembetulan yang terdapat di pasaran.

Trend Kedua/Skunder pula disamakan seperti ombak. Arah aliran kedua mewakili pembetulan pada arah aliran utama dan selalunya berlangsung selama tiga minggu hingga tiga bulan.

Trend Kecil diumpamakan sebagai alunan kecil ombak atau gelombang kecil. Arah aliran kecil selalunya berlangsung selama tiga minggu ataupun kurang. Ia mewakili turun naik jangka pendek. Tempohnya lebih pendek daripada tempoh aliran kedua.

3. Tiga Fasa Dalam Trend Utama

Menurut pemerhatian Dow, trend utama akan menunjukkan fasa pengumpulan (accumulation), fasa penyertaan (participation) dan fasa penyebaran (distribution).

Ketika dalam fasa pengumpulan, golongan professional dan pelabur atau pedagang yang berpengetahuan sahaja yang sudah mula membuat pembelian. Pelabur runcit kebiasaannya tidak akan membuat sebarang pembelian lagi kerana masih tidak yakin dengan pasaran saham.

Fasa yang kedua iaitu fasa penyertaan pula berlaku apabila harga-harga saham mula meningkat secara tiba-tiba dan laporan-laporan perniagaan mula pulih. Ketika ini, peningkatan harga saham secara perlahan tapi berterusan dan terdapat peningkatan volume pada aktiviti pasaran.

Fasa penyebaran (distribution) bermula pada tahap-tahap akhir pasaran menaik. Ketika ini pasaran saham penuh dengan aktiviti kerana berita-berita tentang kewangan syarikat adalah begitu baik sekali. Peningkatan harga saham juga sangat ketara dan aktiviti spekulasi begitu meluas.

Kebanyakan para pelabur yang berpandangan jauh sudah menjangkakan bahawa perolehan perniagaan sudah mencapai tahap yang dianggap tidak normal. Oleh itu, mereka sudah mula menjual pegangan-pegangan saham mereka.

Pada waktu ini, volume urus niaga masih lagi tinggi tetapi berkurangan bagi setiap rali. Pelabur runcit yang lain masih lagi aktif tetapi sebahagiannya sudah mula berasa kecewa disebabkan keuntungan yang dijangkakakan sudah mula berkurangan.

4. Indeks Pasaran Harus Saling Sejajar Bersama

Dalam Teori Dow, reversal dari pasaran bullish ke bearish atau sebaliknya hanya dapat disahkan jika kedua-dua indeks Dow Industrial dan Rail Averages menunjukkan persamaan.

Sebagai contoh, jika indeks Dow Industrial dan Rail Averages bergerak berlawanan arah, trend utama tidak dapat disahkan lagi. Sebaliknya jika kedua-dua indeks ini naik dengan sejajar, dapat disahkan bahawa trend utama sedang menaik.

5. Volume Harus Sejajar Bersama Trend

Volume akan meningkat ketika harga bergerak mengikut trend dan menurun ketika harga bergerak melawan arah trend. Sebagai contoh, trend yang normal adalah apabila harga akan menaik ketika volume turut naik dan harga akan turun ketika volume turut menyusut.

Sebaliknya jika volume menurun ketika harga pasaran sedang naik, ini menunjukkan petanda bahawa trend semakin melemah kerana buying pressure sudah menurun. Apabila ini berlaku, penjual lebih ramai dalam pasaran maka trend juga akan turut berubah.

6. Trend Akan Berlanjutan Sehingga Munculnya Konfirmasi Pembalikan Arah

Pendekatan dalam Dow Teori menekankan tentang trade with the trend. Sesuatu trend akan kekanl menaik ataupun menuru sehinggalah muncul tanda-tanda akan berlaku reversal (pembalikan).

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend