7 Benda Ni Tak Perlu Bila Mula Melabur Saham

Jika sebelum ini pernah google “belajar saham” dan yang berkaitan dengan saham, anda sebenarnya berada di tempat yang betul. Konten kami adalah freemium, tak perlu bayar.

Banyak salah faham tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia menyebabkan ramai tak berani untuk turut terlibat dalam peluang pelaburan yang menguntungkan ini. Jika anda baru nak bermula, kami nak kongsikan benda-benda yang tak betul dan tak perlu sebenarnya bila nak terlibat dalam pelaburan saham.

1. Tak Perlu Kalkulator – Kira-Kira Yang Sangat Mudah

Semua sistem akan tolong kirakan. Macam beli barang dekat Lazada, masukkan kuantiti saham yang kita nak beli.

Katakan ada modal RM10,000. Harga saham yang kta nak beli harganya RM1. So 10,000 bahagi 1 dapat 10,000. Maka kita boleh beli sebanyak 10,000 unit saham (kiraan kasar tanpa ambil kira kos-kos urusniaga lain).

2. Tak Perlu Kelayakan Akademik

Maaf cakap, makcik cleaner pun boleh jual beli saham. Mana ada syarat-syarat kata mereka yang masuk ‘U’ saja boleh terlibat? Tak perlu Diploma in Accounting. Tak perlu lulus Matematik pun. Pendek kata pelaburan saham ni bukan hanya untuk mereka yang educated.

Syarat buka akaun CDS hanyalah perlu berumur 18 tahun ke atas dan tidak bankrap.

Apa yang penting adalah perlu rajin cari ilmu dalam pelaburan saham. Tahu saham apa yang baik, tekan butang BELI. Tahu bila nak jual, tekan butang JUAL.

3. Tak Perlu Duit Banyak

Berapa modal melabur saham?

Nak melabur mestilah perlu ada duit tapi tak perlu banyak sangat (jangan gatal pergi buat loan pula!). Nak mula dengan RM500 atau RM1,000 pun boleh. Kalau ada RM10,000 lagi bagus. Bukan semua saham tu mahal harganya. Tak perlu modal sebesar downpayment nak beli rumah.

Contohnya saham DRB-HICOM yang buat kereta Proton tu pun baru RM2.40. Beli minimum (100 unit) modalnya baru RM240. Dapat beli 1,000 unit baru RM2,400. Apa? Lebih murah dari harga smartphone? Pandai pun…

Nak murah lagi, saham yang bawah RM1 juga banyak.

“Eh, biar betul….masih ada ke saham harga RM1?”

Jawapannya ada. Harga sepuluh sen pun ada! Harga saham ni berubah-ubah, kejap naik kejap turun. Contoh saham syarikat-syarikat yang ‘glemer’ yang di bawah RM1 seperti Mah Sing Group (RM1), Malton Bhd (RM0.80), Poh Kong Holdings (RM0.50), Air Aisa X (RM0.38).

Logiknya semakin tinggi kuantiti lot atau unit saham yang nak dibeli, semakin tinggi modal yang diperlukan.

4. Tak Perlu Susah-Susah Pergi Bank

Ada yang ingat nak jual beli saham ni kena pergi bank atau syarikat broker. Sebenarnya semua urusniaga boleh dibuat sendiri menggunakan smartphone. Nak tengok harga pun menerusi smartphone, tak perlu tengok skrin besar dekat bank lagi.

5. Tak Perlu Uruskan Bisnes

Sudah dijelaskan dalam artikel sebelum ini yang saham adalah pemilikan ke atas satu syarikat (bisnes). Ianya bermaksud kita menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat. Jadi jika kita menjadi sebahagian pemilik syarikat, kita berhak untuk mendapat keuntungan syarikat yang akan diberikan dalam bentuk dividen, bonus saham dan lain-lain.

Tapi contohnya bila beli saham DRB-HICOM bukan maksudnya kita kena pergi pejabat DRB-HICOM.

Cuma kita kena berfikir macam usahawan. Boleh tonton video dari Tn Hj Mohd Asri untuk lebih faham.

6. Tak Perlu Ikut Kawan

Biasanya mesti kawan-kawan dalam whatsapp group cakap saham tu bagus, saham ni bagus. Ikut kawan ni tak salah. Cuma kena ada ilmu baru boleh ikut. Kalau tak nak sakit hati bila rugi, baik jangan ikut cakap kawan tadi. Jadi jangan beli saham yang mereka kata tu melainkan kita sendiri dah tahu serba sikit tentang saham tersebut.

Kami nasihatkan tak perlu ikut kawan, sebab kebanyakan kawan kita hanya sebut bila nak beli tetapi tidak pula cakap bila patut jual. Lebih baik pergi belajar macam mana nak pilih saham yang baik dan bila masa nak beli dan jual.

7. Tak Kena Bayar Cukai Pendapatan

Pendapatan yang terhasil daripada keuntungan jual beli saham ni tak kena bayar cukai pendapatan. Kalau syarikat beri bonus dalam bentuk dividen juga dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Contohnya guna modal melabur RM30,000, dan katakan dalam setahun harga saham tu naik dan dapat pulangan sehingga 30% (RM9,000). Maka jumlah keuntungan RM9,000 tadi adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Akan tetapi, para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham.

Tak Perlu Risau…

Di Malaysia, semakin ramai guru-guru yang boleh mengajar cara nak buat duit di pasaran saham. Mereka terdiri daripada pelabur berpengalaman, remiser / dealer yang mengkaji pasaran saham. Carilah guru yang betul dan bergurulah dengan mereka. Baca lagi :

Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend