7 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Saham Pos Malaysia

“CONNECTING MALAYSIA AND BEYOND – FOR TODAY AND TOMORROW”

itulah dia visi Pos Malaysia.

Anda mesti biasa berurusan di kaunter Pos Malaysia kan? Samada untuk memperbaharui lesen kenderaan, bayar bil elektrik, bil air atau menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk menghantar barang bisnes online?

Paling tak pun, terima surat dan bil-bil dalam peti surat?

Pos Malaysia tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 2001. Sebelum rasa nak beli saham Pos Malaysia, kami kongsikan 7 perkara yang anda perlu tahu.

1. Siapa Pos Malaysia?

Pos Malaysia Berhad adalah pembekal perkhidmatan logistik dan komunikasi yang terulung di Malaysia, dengan rangkaian luas yang merangkumi lebih 1,000 saluran di seluruh negara termasuk Cawangan Pos Malaysia, Pos Mini, Pos24 (Terminal Layan Diri), Pos-on-Wheels (Pos Bergerak), wakil pos dan wakil setem, menjadikannya salah satu daripada rangkaian yang terluas di Malaysia.

Pos Malaysia masih relevan dan telah mengorak langkah daripada sekadar penyedia perkhidmatan pos sehingga menjadi penyedia komunikasi, perkhidmatan kewangan dan penyelesaian rantaian bekalan yang dinamik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pos Malaysia, sila hubungi Khidmat Pelanggan di PosLine di 1-300-300-300 atau e-mel kepada [email protected]. Anda juga boleh melawat laman web di www.pos.com.my atau berinteraksi di laman media sosial berikut:

Facebook : www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad
Twitter : twitter.com/pos4you
Instagram : instagram.com/pos4you

2. Siapa Ahli Lembaga Pengarah Pos Malaysia?

Ia juga diteraju oleh YBhg. Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Sumber: Pos Malaysia

3. Siapa Pemilik Pos Malaysia?

Sumber: Bursa Marketplace

Pemegang saham terbesar Pos Malaysia adalah DRB-Hicom. Tapi siapa pula pemilik DRB-Hicom? Cuba lihat grafik di bawah.

Sumber: DRB-Hicom

Siapa pula pemegang saham terbesar iaitu Etika Strategi Sdn Bhd ini? Jawapannya ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Jadi sekarang dah tahu pemilik sebenar Pos Malaysia kan? Jika ada masa baca-baca juga perkembangan terkini tentang DRB-Hicom.

Berkenalan juga dengan anak-anak syarikat di bawah Pos Malaysia Berhad.

4. Bagaimana Prestasi Pos Malaysia?

 

Sumber: Laporan Tahunan 2017

Kalau dilihat daripada laporan tahunan 2017, kita dapat lihat kebangkitan semula Pos Malaysia berbanding tahun 2016. Pendapatan meningkat, keuntungan meningkat, malah pendapatan untuk setiap saham turut meningkat.

5. Apakah Kelebihan Pos Malaysia?

Di sinilah kita melihat Pos Malaysia perlu diversified, atau keluar daripada kepompong iaitu hanya sekadar menghantar surat sahaja.

Daripada biasa:

Ke luar biasa:

6. Bagaimana Pula Potensi Pos Malaysia?

Pernah dengar tak Digital Free Trade Zone (DFTZ)? Ia merupakan e-hab pertama dunia yang menggabungkan Kumpulan Alibaba yang dikepalai Jack Ma dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Ini semestinya berita baik yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia di kala ekonomi sekarang yang agak suram.

Walaupun masih awal, Pos Malaysia telah pun menerima tempiasnya dengan kenaikan harga saham kerana telah menarik minat pelabur.

Kredit: thestar.com.my

Gambar di atas menunjukkan pertambahan nilai pembelian saham syarikat-syarikat tersebut sehari (23 Mac 2017) selepas pengumuman DFTZ.

Pos Malaysia telah pun mengembangkan perkhidmatan e-commerce mereka dengan adanya Pos Laju EziBox (parcel locker service), Pos Laju Prepaid EziDrop (drop-off facility), Pos Laju EziDrive-Thru dan Pos Laju Kiosks.

Bisnes online di Malaysia akan semakin meriah, jadi rasa-rasa keuntungan Pos Malaysia akan lebih baik atau tidak?

7. Bagaimana Dengan Prestasi Saham Pos Malaysia?

Untuk ini, kita perlu membuat sedikit analisa teknikal. Oleh itu, jom kita kaji prestasi saham Pos Malaysia untuk setahun yang lepas.

Sumber: Bursa Malaysia

Kalau setahun yang lalu, iaitu pada 19 September 2016, harga seunit saham Pos Malaysia adalah RM3.74. Hari ini (18 September 2017), harga seunit saham Pos Malaysia sudah RM5.40. Kenaikan sebanyak 44.38% dalam masa setahun.

Katakanlah anda bermodalkan RM5,000 dan membeli saham Pos Malaysia pada awal tahun 2017:

3 Januari 2017: Beli 1200 unit saham Pos Malaysia pada harga RM3.90 seunit = Modal RM4,680

19 September 2017: Jual 1200 unit saham Pos Malaysia pada harga RM5.40 seunit = Pendapatan RM6,480 = Untung RM1,800 bersamaan 38.46%

OK ke tak OK untuk pelaburan selama 9 bulan?

Jom tengok prestasi saham Pos Malaysia untuk 5 tahun kebelakangan pula:

Sumber: Bursa Malaysia

Pada 21 September 2012, harga seunit adalah RM3.10.
Harga pada 18 September 2017 adalah RM5.40.

Maka kenaikan adalah sebanyak 74.19% untuk tempoh 5 tahun.

 

Sumber: Bursa Marketplace

Selain daripada itu, Pos Malaysia turut memberikan dividen. Jadi boleh dapat 2 jenis keuntungan di sini iaitu dari kenaikan harga saham dan juga dividen.

Kalau dari segi Analisa Fundamental pula, Pos Malaysia sangat kukuh. Jika kita gunapakai Formula Magic Number seperti berikut:

Earnings Per Share (EPS) –> pastikan syarikat tersebut mempunyai EPS yang positif sahaja, anda tidak mahu melabur ke dalam syarikat yang rugi!

Returns on Equity (ROE) –> pulangan daripada keuntungan kepada pemegang saham, lagi tinggi nilai ini, lagi bagus.

Net Asset Value (NAV) –> Nilai sebenar asset sebaik-baiknya lebih tinggi daripada harga semasa saham tersebut didagangkan, baru boleh tahu saham tersebut di bawah nilai atau terlebih nilai

Price Earnings Ratio (P/E Ratio) -> Lagi rendah nilai ini, lagi bagus syarikat tersebut.

Dividend Yield -> Sama seperti ASB, Tabung Haji dan KWSP, syarikat juga boleh beri dividen sekerap yang mungkin, tidak terhad kepada setahun sekali. Lagi tinggi nilai ini, menunjukkan prestasi syarikat dalam keadaan yang baik.

Berdasarkan kepada maklumat di atas, biasanya barulah anda boleh tentukan sesebuah syarikat tersebut mempunyai prestasi yang baik atau pun tidak.

Analisa Fundamental Pos Malaysia:

EPS: 0.125 – OK
ROE: 5.774 – OK
NAV: 2.52 – OK
P/E Ratio: 45.74 – OK
Dividend Yield: 1.98% – OK

Kesemuanya menunjukkan petanda positif, walaupun tak begitu hebat, tetapi tak begitu teruk.

8. Monopoli Pos Malaysia

Sebenarnya, Pos Malaysia mempunyai satu lagi kelebihan iaitu mempunyai monopoli ke atas perkhidmatannya di dalam Malaysia. Perasan tak kalau anda mempunyai barang yang ingin dihantar ke pedalaman atau ke daerah yang ceruk-ceruk? Walaupun anda menggunakan perkhidmatan kurier yang lain, tetapi disebabkan liputan Pos Malaysia yang meluas; akhirnya ia akan dihantar menggunakan abang posmen daripada Pos Malaysia juga.

Selain daripada itu, Pos Malaysia juga merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan atau lebih dikenali sebagai GLC. Untuk urusan rasmi perihal kerajaan Malaysia, ia perlu menggunakan perkhidmatan yang disediakan Pos Malaysia.

Akhir kata, diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat keputusan sama ada nak beli saham Pos Malaysia atau pun tidak.

Baca juga 10 Saham Syarikat Patuh Syariah Paling Untung Suku Kedua 2017

Baca juga Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA