7 Tokoh Pelabur Bertaraf Bilionaire Yang Masih Lagi Hidup

Pasaran saham merupakan tempat atau lubuk membuat duit bagi orang yang sabar dan sanggup mengambil risiko untuk berjaya, serta tidak berputus asa. Ramai di kalangan kita yang ingin menjadi kaya dengan cepat, sehingga sanggup ditipu oleh skim yang menjajnjikan seribu satu janji manis yang akhirnya menjerat diri sendiri.

Dalam pasaran saham, ada sebilangan kecil yang mampu menjadi billionaire disebabkan pembelian saham yang berkualiti. Berikut adalah senarai para pelabur tersohor dunia yang berjaya merubah hidup mereka dalam pasaran saham dengan tindakan yang betul

1. Warren Buffett

Warren Buffett merupakan pelabur yang paling kaya pernah hidup di dunia. Beliau terkenal dengan gelaran pelabur “value investing” yang mana membeli saham syarikat yang betul-betul memberi pulangan kepada beliau dalam tempoh jangka masa yang lama.

Apa yang menarik mengenai beliau, walaupun beliau kekayaan mencecah $84 billion USD, beliau masih lagi tinggal di rumah yang sama yang dibeli dengan harga $31,500 USD pada tahun 1958 atau dengan $250,000 USD nilai sekarang.

Beliau membina kekayaan dengan syarikatnya yang bernama Brekshire Heathway. Syarikat ini merupakan syarikat konglomerat keempat terbesar di dunia dan mempunyai nilai saham yang paling mahal dengan harga $306,500 USD per unit saham. Warren hanya mengamalkan dua prinsip yang perlu dipatuhi oleh CEO syarikat di bawah selianya untuk melabur dalam pasaran saham.

Pertama jangan hilang duit pelaburan, kedua jangan lupa prinsip yang pertama.

Warren juga seorang dermawan yang mana akan menderma seluruh kekayaan yang dimiliki ke dalam yayasan Melinda dan Bill Gates untuk digunakan badan kebajikan selepas kematianya iaitu sebanyak $82.5 bilion USD.

Boleh baca mengenai kisah hidup beliau dalam artikel Tak Mampu Nak Beli Saham Nestle Seunit RM140? Tahu Tak Saham Berkshire Seunit RM1.2 Juta?

2. Michael Bloomberg

Michaael merupakan bekas Gabenor New York dari tahun 2002 hingga 2012. Beliau merupakan salah seorang billioanaire top 15 dunia dengan nilai kekayaan 48 billion USD.

Beliau memulakan kerjaya di Bank Salomon (sebuah syarikat pelaburan) pada tahun 1966 dan dipecat 15 tahun kemudian. Beliau kemudiannya menubuhkan Syarikat Bloomberg LP iaitu sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan data harga saham di Wall Street.

Syarikatnya kini mempunyai pekerja seramai 19,000 orang di 176 lokasi serata dunia. Dengan memiliki sebanyak 88% pegangan saham dalam syarikat tersebut. beliau juga menyediakan khidmat berita mengenai pasaran di Wall Street secara aktif.

3. George Soros

Dilahirkan di Hungary dan memiliki dua warga negara iaitu Amerika Syarikat dan Hungary. Beliau merupakan trader lagenda yang paling hebat dalam perdagangan pertukaran mata wang dunia dan pernah mengejutkan dunia dengan short trading terhadap nilai Pound Sterling yang  menyebabkan Bank England mengalami kerugian sebanyak $1 bilion Pound.

Soros juga merupakan seorang hedge fund yang berjaya di  Amerika dan merupakan pejuang hak asasi manusia yang terkenal. Nilai kekayaan yang dimiliki oleh beliau adalah sebanyak $8.3 billion USD dan merupakan seorang dermawan yang telah menderma sebanyak $32 billion USD sepanjang hidupnya.

4. Ray Dalio

Ray Dalio merupakan seorang hedge fund bagi syarikat yang diasaskanya iatu Bridgewater Association. Syarikat ini merupakan hedge fund terbesar di dunia dari segi pengurusan aset dengan nilaian sebanyak $160 bilion USD.

Ray mula berjinak dalam dunia pelaburan saham semasa usianya 12 tahun lagi. Saham pertama yang dibelinya telah memberi keuntungan kepadanya iaitu sebanyak 3 kali ganda daripada nilai asalnya.

Di antara kejayaannya yang paling menonjol adalah ketika krisis ekonomi pada tahun 2008, di mana beliau bersama dengan pasukannya berjaya meramal tentang kemerosotan ekonomi yang bakal berlaku pada tahun 2008 setahun sebelumnya. Oleh sebab itu, syarikatnya dapat menangani krisis kejatuhan ekonomi dengan begitu baik sekali, kerana telah bersedia daripada awal lagi.

Ray juga seorang penulis buku dan mengeluarkan buku yang popular yang bertajuk “The Principle”, yang membahaskan bagaimana untuk membuat keputusan yang tepat di dalam hidup dan kerjaya. Nilai kekayaanya yang dimilikinya adalah sebanyak 18.6 billion USD.

5.Carl Icahn

Carl Icahn merupakan seorang pelabur yang terkenal dengan teknik membeli saham sesebuah syarikat dan menukar tampuk pengurusan syarikat dengan kuasa mengundi yang ada pada kedudukanya sebagai pemengang saham syarikat tersebut.

Beliau seorang bilionaire dengan nilai kekayaan sebanyak $17.2 USD bilion. Icahn juga seorang pelabur yang aktif dalam jual beli syarikat teknologi seperti Netflix, E-bay, Dell Computer, Time Warner dan Apple.

Beliau juga pernah hedge fund sendiri yang dibukanya pada tahun 2004, namun telah menutupnya 7 tahun kemudian.

6. James Simons

Beliau digelar biionaire terbijak dunia oleh majalah Financial Times. Ini kerana Simmons adalah seorang bekas profesor matematik di Universiti Harvard dan MIT. Beliau merupakan pengerusi hedge fund yang diasaskannya pada tahun 1980-an yang bernama Renaissance Technologies yang mana menggunakan formula matematik untuk memilih saham yang berpontensi untuk memberi keuntungan kepada syarikatnya.

Syarikat hedge fund yang diasaskanya itu merupakan syarikat hedge fund yang secara konsisten memberi pulangan sebanyak 40% setiap tahun semenjak tahun 1988 lagi.

7. Steven A. Cohen

Seorang hedge fund yang dikategorikan sebagai manager portfolio kelas A. Beliau mula berjinak dalam pasaran saham dengan menjalankan trading saham semasa masih bergelar mahasiswa, dengan menggunakan duit yuran pengajianya yang sepatutnya digunakan untuk membayar kos pengajian.

Semasa usia remaja, beliau melibatkan dirinya dalam permainan poker (sejenis permainan yang melibatkan perjudian) dan telah memberi gambaran mengenai pengurusan risiko dalam kewangan.

Pada tahun 1984, Cohen berkerja sebagai junior trader untuk sebuah syarikat investment bank bernama Gruntal & Co, dan dapat membuat keuntungan sebanyak $100,000 USD sehari. Pada tahun 1992, beliau membuka hedge fund sendiri yang diberi nama Point 72 Asset Management. Kini nilai kekayaanya adalah sebanyak $12.9 USD bilion.

Syarikat beliau pernah didenda oleh pihak SAC kerana terlibat dalam pengaturan dalam trading saham sebuah syarikat farmaseutikal. Namun begitu, tiada dakwaan yang membuktikan Cohen turut serta dalam skandal ini

Sumber Rujukan Utama:

https://groww.in/blog/meet-10-richest-investors/

Sumber Rujukan Kedua:

  1. https://www.forbes.com/billionaires/list/
  2. https://www.investopedia.com/financial-edge/0210/rules-that-warren-buffett-lives-by.aspx
  3. https://www.weforum.org/agenda/2017/01/worlds-biggest-corporate-giants/
  4. https://www.forbes.com/profile/michael-bloomberg/#2ea6ba601417
  5. https://www.bloomberg.org/about/mike-bloomberg/
  6. https://www.forbes.com/profile/george-soros/#3b2f68472024
  7. https://www.forbes.com/profile/ray-dalio/#67ab8311663a
  8. https://www.cnbc.com/2018/09/14/bridgewater-associates-ray-dalio-on-anniversary-of-financial-crisis.html
  9. https://www.investopedia.com/university/carl-icahn-biography/carl-icahn-success-story.asp
  10. https://www.investopedia.com/articles/financial-theory/08/carl-icahn-lift.asp
  11. https://www.bloomberg.com/billionaires/profiles/james-h-simons/
  12. https://www.investopedia.com/terms/s/steve-cohen.asp
  13. https://www.businessinsider.com/the-fabulous-life-of-steve-cohen-2012-12/?IR=T
  14. https://www.thestreet.com/video/14428122/six-things-you-didn-t-know-about-billionaire-hedge-fund-investor-steven-a-cohen.html

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend