8 Benda Yang Saya Belajar Daripada Simposium Saham Syariah 2018

Ada tak yang datang ke Simposium Saham Syariah 2018 (SSS 2018) yang telah berlangsung pada hari Sabtu, 3 November 2018 yang lalu? Acara selama sehari ini adalah anjuran Asri Ahmad Academy Sdn Bhd dengan kerjasama bersama Bursa Malaysia-i, Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) – UUM, RHB Investment Bank dan Lembaga Zakat Selangor yang telah diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.

Program ini telah dihadiri oleh 1500 orang yang ingin tahu lebih lanjut tentang pelaburan saham patuh Syariah.

Dan kami di Majalah Labur turut berbesar hati untuk menghadirkan diri ke acara yang julung-julung kali diadakan dengan gabungan pakar-pakar pelaburan saham dan juga tokoh-tokoh agama.

Bagi mereka yang terlepas, memang rugi sangat. Tapi takpe, izinkan kami berkongsi dengan anda 8 benda yang kami belajar mengenai Simposium Saham Syariah 2018 ni.

1. Nak Melabur Kena Tahu Formula 7RM

Nak melabur ni, kita kena ada strategi. Dan strategi siapa kita nak gunakan, kalau bukan daripada mentor pelaburan saham #1 di Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri Ahmad?

Dengan berbekalkan formula 7RM ni, kita akan dapat gambaran secara keseluruhan pasal pelaburan saham. Orang kata tak kenal, maka tak cinta, jadi kenal betul-betul dulu pasal dunia saham ni.

2. Guna 4 Prinsip Untuk Melabur Dalam Saham

Seterusnya, kita dengar pula pandangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia iaitu Datuk Seri Tajuddin Atan. Beliau menceritakan tentang 4 prinsip berikut:

  1. Fundamental Analysis

Nak tahu saham apa yang bagus untuk dibeli? Buatlah analisa fundamental.

  1. Technical Analysis

Nak tahu bila masa nak beli saham? Buatlah analisa teknikal

  1. Charting

Kuasai ilmu carta, supaya kita dapat tahu emosi pelabur

  1. Gut Feel / Gerak Hati

Yang ni memang perlukan pengalaman bertahun lamanya. Kadang-kadang carta dah cantik, tapi gerak hati rasa macam tak best.

3. Pentingnya Ilmu Decision Making

Dah ada formula dan prinsip yang sesuai, kini tiba masanya untuk kita kuasai ilmu decision making atau membuat keputusan. Ilmu yang dikongsikan oleh CEO Bursa ini nampak macam simple, tapi sangat powerful.

Untuk membuat keputusan yang baik dalam saham, pelabur perlu:

  1. Berdisiplin dalam keputusan:
  • Boleh improve skills & knowledge
  • Boleh buat keputusan tentang timing ‘entry and exit market’
  1. Psikologi yang betul:
  • Latih psikologi untuk faham keadaan pasaran dan orang sekeliling
  • Elak dari ‘jadi degil’ untuk buat keputusan ketika melabur

4. Bagaimana Nak Bawa Syarikat Berpotensi Ke Bursa Malaysia

Seterusnya, saya dengar pula talk yang disampaikan oleh Datuk Samsul Husin, Timbalan Pengerusi Eksekutif DNEX Berhad – salah sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Memang penuh inspirasi perjalanan hidup beliau, bagaimana beliau mulakan syarikat dengan 3 rakan sambil bermodalkan RM20,000. Sekarang syarikat beliau dah mencecah RM1 bilion pula.

Di antara poin-poin penting yang disampaikan Datuk Samsul adalah:

1. Menggilap Nilai / Enhancing Value

2. Menambah Nilai / Growing Value

3. Keusahawanan

Di antara ilmu yang perlu ada:

  • Pengalaman untuk menjadi usahawan
  • Beliau mula berniaga sejak kecil dengan meningkatkan skill negotiation
  • Menjual sewaktu high demand dalam pasaran
  • Dalam setiap jualan yang dilakukan, beliau akan pastikan dapat kembali ROI
  • Melalui perniagaan juga dapat belajar cara membuat akaun. Dari situ beliau tahu untung dan rugi dan cara pengiraan.

4. Keazaman dan Kecekalan

  • Untuk pastikan kita dapat capai apa yang kita nak
  • Pastikan ada cerita yang baik dan menarik untuk syarikat disenarikan di Bursa Malaysia
  • Pergi ke roadshow dan bagi talk tentang syarikat. Ini kerana pelabur lebih berminat dan yakin jika berjumpa dengan pengasas syarikat.

5. Together Beyond Excellence

  • Teamwork sangat penting
  • Leader juga perlu work as a team
  • Setiap orang memainkan peranan penting masing-masing

6. Belief System

  • Sentiasa sabar dan syukur
  • Akan menjadikan seseorang lebih reda

7. Believe

  • Yakin dengan diri sendiri

5. Bumiputera Berpeluang Untuk Beli IPO Lebih Awal

Mesti ramai yang tak tahu kan? Golongan Bumiputera sebenarnya ada kelebihan bila ada IPO baru yang nak disenaraikan di Bursa Malaysia, sebab kita ada peruntukan Bumiputera tersendiri.

Sebab apa kita kena beli IPO ni? Tengok saja Prestasi IPO Bagi Tahun 2017. Ada Yang Harganya Naik 22% Selepas Sehari.

Tuan Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) menjelaskan perihal kelebihan ini.

Beliau menyatakan mengenai ketidakseimbangan ekonomi yang berlaku di Malaysia, salah satu sebab adalah kita lebih beri tumpuan untuk kerja dengan kerajaan. Yalah, kerja dengan kerajaan kan stabil, banyak kemudahan, kerja pun senang kan?

Dan menurut beliau, hanya 4.8% di kalangan golongan Bumiputera yang mempunyai akaun CDS.

Apa pun, tahniah kerana 900 Ribu Bumiputera Sudah Ada Akaun CDS.

6. Guna Teknologi Untuk Bantu Kita Melabur

Sekarang kan zaman siber, zaman teknologi moden. Kenapa kita tak mahu menggunakan teknologi untuk membantu kita? Ke kita yang tak tahu akan kewujudannya?

Di sinilah saya dapat dengar kupasan menarik daripada Tuan M. Nazri, Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan MyFinB.

Beliau kongsikan bagaimana

  • Guna teknologi untuk meningkatkan ilmu
  • Mesin boleh bantu membuat analisis
  • Mesin dapat mempercepatkan daya pemikiran manusia
  • Mesin dapat menganalisa laporan kewangan dan hasilkan data untuk kita buat keputusan

Bagi yang nak tahu lebih lanjut, silakan baca Pengenalan Kepada Perdagangan Algoritma (Algorithm Trading).

7. Orang Islam Perlu Jadi Kaya

Di antara tokoh agama yang hadir pada Simposium Saham Syariah 2018 adalah Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dan Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Sebab apa orang Islam perlu jadi kaya? Sebab bila kita kaya di dunia, boleh kita gunakannya untuk jadi kaya di akhirat kelak. Sebab bila kita kaya dan ada banyak duit, maka banyak juga yang kita akan zakatkan. Lagi banyak kita dapat bantu orang susah, lagi banyak pahala yang kita dapat.

8. Geng-Geng Ustaz Pun Dah Ramai Melabur Saham

 

Ada ke yang tak kenal dengan Ustaz Ahmad Husni Abd. Rahman, Ustaz Haslin Baharin @ Ustaz Bollywood dan Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang? Mereka ini pun dah lama sebenarnya terlibat dengan pelaburan saham.

Mesti baru tahu kan? Bila ilmu agama pun ada, ilmu dunia terutamanya ilmu tentang pelaburan pula jangan ditinggalkan. Tapi pastikan yang Syariah-compliant saja tau. Ambil tahu pasal Bursa Malaysia-i dan Pelaburan Patuh Syariah.

Semoga Banyak Lagi Acara Seumpama Ini Dijalankan

Yang terakhir sekali, diharapkan lebih banyak lagi acara sebegini dijalankan pada masa akan datang. Semoga lebih ramai lagi di kalangan Bumiputera yang akan membuka mata dan minda tentang potensi pelaburan saham yang patuh Syariah.

Bersama-sama kita doakan agar kita semua kaya di dunia, dan kaya di akhirat.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend