Nak mula melabur saham? Baca 8 kesilapan yang selalu dibuat pelabur baru

kesilapan melabur saham

Anda sudah buka akaun CDS dan seterusnya dah dapat username dan password trading platform? Excited nak terus buat duit dengan jual beli saham?

Tunggu sekejap, cuba renung-renungkan 8 kesilapan ini yang mungkin anda akan buat juga nanti.

Apa kesilapan yang biasa dibuat?

1. Suka jual beli saham dulu, belajar kemudian.

Orang kita gemar mencuba. Selepas membaca buku-buku otai pelaburan saham serta video tutorial klik sana klik sini di YouTube akan rasa dah cukup ilmu di dada. Bila asyik rugi maka keluarlah ayat klasik  “Tak payah la, mana ada untung main saham ni. Aku dah jual dah semua. Asyik rugi je.”

2. Suka ambil untung cepat dan lambat terima hakikat dah rugi.

Untung sikit je terus jual. Ini menghalang anda mendapat pulangan yang lebih tinggi. Bila harga saham jatuh pandai pula tunggu lama (tak jual) sebab menaruh harapan harga tu boleh naik semula.

3. Mula melabur dengan modal sangat besar.

Rugi dalam pelaburan itu pasti. Anda dalam proses pembelajaran. Mula melabur dengan modal kecil supaya kalau 5 kali rugi berturut-turut pun kita masih steady.

4. Ego & berlagak pandai.

Bila untung cepat je cakap besar. Bila rugi tak nak mengaku silap. Buang sikit ego tu, kita melabur perlu ikut rancangan pelaburan (trading plan), bukan ikut ego.

5. Jual beli saham ikut sempat.

Perlu tahu bila masa sesuai untuk beli, bila pula masa untuk jual. Untuk menjawab soalan “bila” ni perlu berguru dengan pakar teknikal analisis. Bukan main hentam saja. Biasanya mereka pandai cakap “Aku beli masa harga dia jatuh”….Oh macam tu, kalau harga dia jatuh lagi macam mana?

6. Tamak menguasai diri.

Masa mula-mula cakap nak untung 30% saja tetapi masih tak jual saham tu walaupun untung dah melebihi sasaran. Cikgu dekat sekolah selalu pesan…orang tamak selalu rugi.

7. Fokus memilih saham dan bukan cara melabur.

Mahir mengurus risiko, pandai mengawal emosi adalah lebih penting dari terlalu sibuk mencari saham apa yang bagus.

8. Ikut saja cakap sifu.

Kalau ada sifu saham yang sepatutnya ajar cara melabur dengan betul tiba-tiba offer ‘sistem rahsia’ maka berhati-hatilah. Kita sepatutnya diajar cara menangkap ikan bukannya ditunjukkan di mana lubuk ikan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend