8 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Saham Padini

Siapa sini suka beli pakaian yang berkualiti dengan harga berpatutan di Padini? Tahukah anda bahawa syarikat Padini Holdings ini telah lama disenaraikan di pasaran saham Bursa Malaysia?

Sehingga hari ini, saham Padini Holdings masih dikategorikan sebagai patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

Jenama tempatan (masih ramai ingat jenama import!) yang tidak asing lagi dalam industri tekstil di Malaysia, Padini Holdings juga mempunyai beberapa jenama lain seperti Padini Authentics dan PDI. Malah jenama VincciSeed, Brands Outlet dan Miki Kids juga di bawah kumpulan syarikat yang sama.

Baru-baru ni mereka buat sale serendah RM10; dan hasilnya pengguna beratur panjang untuk memilih pakaian dan membuat bayaran.

Padini juga biasa buat Jualan Gudang di Shah Alam, memang bersesak lah sampai ada yang memanjat pagar untuk masuk.

1. Siapa Padini?

Padini bermula sejak tahun 1971 lagi dengan nama Hwayo Garments Manufacturers Company. Mereka kemudiannya menukar nama kepada Padini pada tahun 1975. Kalau diikutkan, mereka ini telah lama disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu sejak tahun 1998 lagi.

Maklumat lanjut mengenai Padini seperti berikut:

Padini Holdings Berhad (50202-A)

No. 19, Jalan Jurunilai U1/20, Hicom Glenmarie Industrial Park
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Facebook: https://www.facebook.com/padiniholdingsbhd
Laman Web: Padini

2. Siapa Ahli Lembaga Pengarah Padini

Sumber: Bursa Malaysia – Padini Annual Report 2017

Pengasas Padini adalah Yong Pang Chaun yang juga merupakan pengarah urusan syarikat berkenaan sehingga kini dan mempunyai pengalaman dalam bidang tekstil selama 30 tahun.

Boleh dikatakan Padini merupakan family business yang bermula daripada bawah. Anak-anak mereka yang sudah dewasa pula dilantik sebagai pengarah syarikat.

3. Bagaimana Prestasi Padini Holdings?

Sumber: Bursa Malaysia – Padini Annual Report 2017

Dari tahun ke tahun, pendapatan syarikat dilihat meningkat dan keuntungan sebelum cukai juga meningkat. Untuk tahun 2017, Padini memperoleh pendapatan RM1.5 bilion dengan keuntungan sebelum cukai RM213 juta. Suatu angka yang agak menarik bagi industri tekstil.

4. Siapa Yang Berminat Dengan Padini?

Tengok saja pemegang saham terbesar Padini seperti di atas. Kita ada HSCB, Deutsche Bank, Citibank, CIMB dan Amanahraya sebagai antara pemegang saham terbesar Padini. Mesti ada sebab mereka ini berminat untuk melabur dalam Padini kan?

5. Kelebihan Padini

Selain daripada mempunyai pelbagai jenama yang terkenal, butik Padini dan Brands Outlet yang banyak, Padini turut mempunyai outlet di beberapa buah negara seperti Bahrain, Brunei, Kemboja, Thailand, Mesir, Indonesia, Myanmar, Filipina, Kuwait, Morocco, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Syria dan Emiriah Arab Bersatu.

Namun 90% dari pendapatan syarikat datang dari jualan domestik.

Walaupun dikatakan sekarang ekonomi tidak berapa bagus dan banyak jenama antarabangsa menutup cawangan di Malaysia tetapi rekod kewangan menunjukkan Padini masih mampu bertahan dan mendapat permintaan dari pengguna. Maklumlah jenama yang sudah lama, dan orang kita juga sudah biasa mendengar jenama ini.

6. Bagaimana Pula Potensi Padini?

Walaupun keadaan ekonomi tidak memberangsangkan, pakaian merupakan salah satu daripada keperluan asas. Selagi Padini boleh mengekalkan kualiti yang setanding jenama antarabangsa yang lain, pengguna pastinya akan setia dengan jenama ini.

Sehingga 30 Jun 2017, Kumpulan syarikat Padini Holdings telah mempunyai 325 kedai dalam shopping mall. Jenama Brands Outlet nampaknya mempunyai jumlah yang terbanyak iaitu 47 rangkaian. Kalau pergi ke shopping mall yang besar-besar pasti akan nampak jenama-jenama di bawah Padini Holdings ini.

Jika dilihat pesaing terdekat bagi jenama-jenama di bawah Padini Holdings (bagi golongan middle class) adalah jenama antarabangsa seperti H&M dan Uniqlo yang dilihat semakin menambah lebih banyak outlet ke seluruh negara. Sama-sama kita lihat persaingan antara jenama-jenama ini, yang mana akan dapat bertahan.

7. Bagaimana Dengan Prestasi Saham Padini?

Biasanya apabila jualan syarikat meningkat saban tahun, keuntungan juga meningkat, tetapi harga saham turut naik atau tidak?

Bagi kes ini, harga sahamnya ikut naik sama.

Jika dilihat pergerakan harga saham Padini Holdings untuk setahun:

Harga saham Padini 9 November 2016: RM2.85
Harga saham Padini 8 November 2017: RM5.15

Kenaikan harga: RM2.30
Peratus Kenaikan: 80.70%

OK ke untuk pelaburan selama 12 bulan? Untung rugi adat pelaburan, bila untung alhamdulillah, bila rugi terima sajalah. Kalau tak nak rugi simpan saja duit dalam buku biru dan terimalah keuntungan dividen seadanya.

Itu baru untung daripada kenaikan harga saham, Padini Holdings juga suka memberi dividen kepada pemegang saham mereka. Walaupun anda membeli 100 unit saham mereka, apabila syarikat untung, pemegang saham turut untung sama.

Cuba lihat prestasi 1 bulan, 3 bulan & 1 tahun saham-saham ‘satu geng’ (peer) dengan Padini Holdings seperti Bonia, Voir, Kamdar dan lain-lain.

8. Padini Mempunyai Fundamental Yang Kuat

Cikgu kami kata, nak tahu sesuatu saham syarikat tu baik untuk dibeli atau tidak; kita kena kaji Fundamental Analysis dulu.

  • Earnings Per Share (EPS) –> pastikan syarikat tersebut mempunyai EPS yang positif sahaja, anda tidak mahu melabur ke dalam syarikat yang rugi, EPS Padini Holdings adalah 0.239 iaitu menguntungkan
  • Returns on Equity (ROE) –> pulangan daripada keuntungan kepada pemegang saham, lagi tinggi nilai ini, lagi bagus, nilai 30.828 sangatlah bagus
  • Price Earnings Ratio (P/E Ratio) -> Lagi rendah nilai ini, lagi bagus syarikat tersebut, Padini mempunyai nilai 21.49 masih OK
  • Dividend Yield -> Saham turut memberikan dividen, dan Padini Holdings mempunyai Dividend Yield 1.94% dengan RM0.10 dividen kepada setiap unit saham yang dipegang

Sumber: Bursa Marketplace

Akhir kata, diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat keputusan sama ada nak beli saham Padini Holdings atau pun tidak. Lakukan kajian anda sendiri. Kami tak kata suruh beli, sebab ada banyak lagi saham patuh syariah yang boleh dipilih.

Jika anda pertama kali mendengar yang orang biasa macam kita boleh beli saham syarikat-syarikat gergasi di Malaysia, kami cadangkan anda baca artikel ini:

Baca juga Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Baca juga 10 Saham Syarikat Patuh Syariah Paling Untung Suku Kedua 2017

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA