99% dari kita akan tanya 8 soalan ini tentang pelaburan saham

Soalan popular tentang saham

Di bawah ini adalah jawapan kepada beberapa soalan popular yang selalu ditanya oleh masyarakat yang “ZERO” tentang pelaburan saham:

  1. “Tak beranilah melabur saham. Orang kata boleh bankrup?”

    Hukum alam dalam sesebuah pelaburan adalah ‘high risk, high return’ & ‘low risk, low return’. Risiko ada di mana-mana. Sedangkan makan pun boleh tercekik tulang. Ramai yang tergesa-gesa ingin kaya tetapi tidak mahu menanggung risiko dan malas pula menuntut ilmu, akhirnya terus ‘papa’ terjebak dalam skim cepat kaya.

  2. “Orang kata saham ni susah, betul ke?”

    Memang susah kalau anda buta huruf. Sebab tu orang kita akan kekal ‘hidup susah’ sebab kita tak mahu memandaikan diri belajar cara tingkatkan ekonomi.

  3. “Saham Amanah kan ada, lebih selamat kan?

    “Itu pilihan anda. Tiada siapa yang larang. Tetapi jangan pula komplen “alahai kenapa dividen banyak tu je?” bila tiba masa update buku simpanan.

  4. “Orang kata melabur dalam hartanah lagi untung?”

    Suka hati. Jika punya modal, tiada siapa yang menghalang. Prinsipnya tetap sama, belajar dahulu sebelum ambil keputusan melabur dalam pasaran hartanah.

  5. “Untung ke melabur saham ni?”

    Untung & rugi adat dalam dunia pelaburan. Rugi itu bukan gagal. Rugi adalah sebahagian dari proses yang mesti dilalui. Tetapi dengan strategi yang betul anda boleh mendapat keuntungan lebih daripada kerugian. Oh ya, jika ada “pelaburan” di luar sana yang JAMIN keuntungan tetap, ketahuilah bahawa ianya tidak ikut syariat Islam dan haram hukumnya. Rujuk video.

  6. “Saya nak melabur RM1,000 dulu, baki saya nak simpan dalam bank, boleh tak?”

    Boleh. Janji jangan, jangan, jangan mulakan pelaburan dengan BERHUTANG / LOAN.

  7. “Bursa Malaysia ni skim cepat kaya ke?”

    Bursa Malaysia adalah platform pelaburan sah yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Tuan puan mungkin harus mula membaca akhbar & menonton berita.

  8. “Apa beza saham di Bursa Malaysia dengan Unit Trust (Saham Amanah)?”

    Jika melabur dalam unit amanah, keuntungan hanyalah berdasarkan apa yang diumumkan oleh unit amanah tersebut (bergantung pada kecekapan fund manager).

    Berbeza dengan pelaburan saham di Bursa Malaysia, anda bertanggungjawab sepenuhnya. Jika anda mempunyai ILMU & mentor yang betul, untung yang diperolehi adalah tiada batasan. So anda lebih percayakan diri sendiri atau orang lain?

Sumber asal : Tuan Hj Mohd Asri, Ikon BursaMarketPlace

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend