8 Tips Pelaburan Daripada Warren Buffett Kepada Pelabur Baru

Kalau sebut pasal pelaburan saham, mesti nama Warren Buffett yang pertama melintas di benak kepala kita. Siapa yang tak mahu berjaya dan kaya seperti Wareen Buffett.

Warren Buffett yang terkenal dengan falsafah pelaburan yang dipopularkan oleh mentor beliau iaitu Benjamin Graham, yang mana membeli saham dan peram sehingga memberi pulangan yang berlipat kali ganda daripada harga asal.

Nak jadi kaya macam Warren Buffett dalam pasaran saham? Mari kita ikut nasihat yang diberikan oleh Warren Buffett dalam pelaburan saham terutamanya kepada pelabur baru yang ingin berjinak-jinak dalam dunia pelaburan saham.

1. DIVERSIFICATION IS NOT ALWAYS A GOOD IDEA

Memiliki saham dalam banyak syarikat dalam satu masa merupakan perkara yang tidak diamalkan dalam falsafah pelaburan yang diguna pakai oleh Warren Buffett, walaupun ia bertentangan dengan prinsip pelaburan yang diamalkan oleh mutual fund.

Mutual fund yang mengamalkan konsep kepelbagaian atau diversification untuk memberi jaminan pada portfolio pelaburan mereka kerana bagi mereka, kita tidak tahu sektor yang mana akan naik dan turun pada masa hadapan.

Bagi Warren, jika seseorang itu tahu akan teknik pelaburan yang betul, mereka tidak akan membeli syarikat yang begitu banyak dan hanya fokus kepada beberapa saham syarikat yang akan berkembang pada masa hadapan.

2. INVEST IN YOURSELF FIRST

Melabur ke dalam diri sendiri merupakan perkara yang amat penting, sebelum kita mula melabur dalam pasaran saham. Melabur ke dalam diri sendiri adalah dengan membaca buku atau menghadiri seminar bagi menambah ilmu pengetahuan.

Buffett juga pernah bercerita bagaimana dia memerhatikan sikap Charlie Munger yang gemar untuk membaca buku seperti dirinya. Charlie yang memberitahu dia perlu membayar dirinya dahulu, sebelum orang lain dengan membaca buku setiap hari selama satu jam.

Beliau membuat pengiraan sekiranya satu jam masa Charlie diperlukan untuk pelangganya dibayar $20, maka orang yang pertama yang perlu dibayar adalah dirinya sendiri.

3. TRUST YOURSELF TO BE A SUCCESSFUL INVESTOR

Yakin terhadap diri sendiri dengan mempercayai setiap keputusan yang dibuat, adalah berdasarkan maklumat yang dibaca dan bukan dipengaruhi oleh orang luar. Pasaran saham amat terkenal dengan spekulasi dalam pembelian dan penjualan saham.

Kebanyakan insider suka membuat spekulasi untuk mengelirukan pasaran terutamanya kepada pelabur baru. Dengan kata lain, duit pelabur baru merupakan keuntungan bagi mereka yang gemar melakukan spekulasi ini.

4. MAKE INVESTMENTS THAT YOU UNDERSTAND

Warren terkenal dengan melabur ke dalam perniagaan yang mudah untuk difahami. Di antara pelaburan yang telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda kepada beliau adalah saham Syarikat Coca-Cola yang dipegangnya sejak tahun 1980-an lagi.

Baginya, perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Coca-Cola sangat mudah difahami. Dia yang menggunakan teknik jika dalam masa 10 minit dia tidak faham akan laporan perniagaan sesuatu syarikat, beliau akan beralih kepada syarikat yang seterusnya.

Warren jarang membuat pembelian terhadap syarikat yang berkaitan teknologi, kerana beliau tidak memahami akan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut.

Walaubagaimanapun, Berkshire Hathaway kini telah mengkaji  saham syarikat yang berkaitan dengan teknologi dan telah membeli  beberapa syarikat yang berkaitan dengan teknologi seperti saham Syarikat Amazon dan Apple.

5. MAKE SURE YOU CHOOSE THE RIGHT NEWS TO FOCUS ON

Beliau juga terkenal dengan kurang mempercayai berita di pasaran saham, sebaliknya hanya fokus kepada beberapa berita penting sahaja yang akan dapat membawa kepada peluang yang sangat besar. Beliau yang menggunakan peraturan 99 dan 1, yang mana daripada 100 berita yang dibawa – hanya 1 sahaja yang betul.

Dengan mengamalkan falsafah ini, Warren telah berjaya membuat berbilion dolar daripada pasaran saham dunia.

6. BUYING A STOCK OF A COMPANY IS BUYING A PART OF A BUSINESS

Dengan membeli sebahagian saham dalam sebuah syarikat, kita sebenarnya telah membeli sebahagian perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut.Warren suka dengan pengurusan syarikat yang baik, yang mampu membawa syarikat tersebut ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Seperti kita yang nak mulakan perniagaan, perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah lokasi, pihak pengurusan, pulangan modal dan persaingan. Begitu jugalah cara kita  perlu berfikir sebelum dan selepas membeli sebahagian saham perniagaan syarikat tersebut.

7. LEARN FROM YOUR MISTAKES AND MOVE ON

Belajar daripada kesilapan merupakan satu pelajaran yang sangat bermakna. Warren menggesa agar kesilapan yang kita buat itu boleh dikongsi dengan anak cucu kita supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang sama.

Dalam dunia pelaburan saham, Warren juga melakukan kesilapan dengan pembelian saham yang tidak menguntungkan seperti Syarikat Kasut Dexter tetapi itu bukan bererti ianya adalah pengakhiran bagi beliau.

Dengan melakukan kesilapan, ia menjadi kayu pengukur kepada kebolehan diri sendiri untuk belajar; agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang.

8. DON’T BE A DAY TRADER

Di antara ungkapan yang paling terkenal yang pernah dilafazkan oleh Warren mengenai pasaran saham adalah, “Jika tidak mampu memegang sesuatu saham dalam masa  dalam masa 10 tahun, jangan bermimpi untuk memegang saham tersebut untuk jangka masa 10  minit.”

Beliau yang terkenal dengan falsafah value investing, tidak sama sekali berdagang di dalam pasaran saham. Ini kerana baginya itu adalah tindakan yang kurang bijak, namun ianya digemari oleh orang ramai untuk mendapatkan duit secara mudah dan cepat dalam pasaran saham.

Baginya, jalan terbaik adalah untuk memilih saham yang bagus dan pegang saham tersebut untuk tempoh yang lama; selagi tidak merugikan kita dalam jangka masa yang panjang.

Sumber Rujukan: 8 INVESTMENT TIPS FOR BEGINNERS FROM WARREN BUFFETT

Nakkan lagi bahan bacaan yang power, jemput baca:

Tak Tahu Nak Beli Saham Apa? Memperkenalkan SpeedSaham

SpeedSaham adalah screener saham berasaskan web menggunakan algorithm untuk bantu tunjukkan saham-saham berpotensi Short-Term, Mid-Term dan Long-Term.

This image has an empty alt attribute; its file name is Onpay-Prev-Banner-Home-700x350.jpg

Saham Short Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa sejam, 2 jam, 3 jam atau sehari dua.

Saham Mid Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa seminggu dua.

Saham Long Term?

Sesuai untuk pelabur simpan dan peram, buat duit dalam masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana SpeedSaham boleh membantu kita, tak kisah kita seorang pelabur atau pedagang; klik http://bit.ly/LanggananSpeedSaham untuk melanggan atau tempah tempat duduk anda di sesi previu SpeedSaham.

Jumpa anda di sana!

*Penafian: Sebarang tindakan atau keputusan untuk berdagang/melabur berdasarkan saham-saham yang berpotensi ini adalah keputusan anda. Kami tidak bertanggungjawab ke atas keuntungan atau kerugian anda apabila berdagang/melabur.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA