9 Tips Mencari Guru, Cikgu atau Sifu Pelaburan Saham

Selalu nampak tak dekat news feed banyak kelas melabur saham? Tapi bagaimana nak tahu ilmu yang ingin disampaikan itu benar-benar dapat membantu kita? Dan bagaimana pula nak tahu jika guru saham tersebut benar-benar layak untuk mengajar?

Takut nanti tersilap pilih guru, dapat ajaran sesat pula.

1. Tengok Latarbelakang Guru Saham

Memang tak dinafikan, guru saham tersebut perlulah seorang yang berkelayakan. Lagi elok, sekiranya guru tersebut mempunyai pengalaman bertahun lamanya dan sudah melalui proses jatuh bangun terutamanya apabila fasa pasaran saham merudum (bearish) dan fasa pasaran saham naik mendadak (bullish).

  1. Ada tak guru tersebut mempunyai kelulusan berkaitan kewangan daripada institusi pengajian tinggi?
  2. Ada tak beliau menjadi mana-mana ahli persatuan seperti Malaysian Association of Technical Analysts (MATA) dan CMT Association?
  3. Adakah guru saham tersebut ada sijil yang diiktiraf seperti Certified Financial Technician (CFTe) atau Certified Market Technician (CMT)?

Sebab kalau guru saham serius untuk mengajar anak buah, pasti beliau mementingkan ilmu dan sentiasa upgrade diri sendiri. Saban tahun pergi belajar dan terus belajar, lalu menyampaikan ilmu yang baru.

2. Tengok Anak Didik

Dah lulus latarbelakang guru saham tersebut, jangan lupa untuk tengok anak didiknya juga. Guru saham yang hebat, sudah pasti mampu menghasilkan anak didik yang hebat-hebat juga. Mereka ini tidak kedekut ilmu, malahan suka menolong dan menjawab pertanyaan orang ramai yang baru dalam pasaran saham.

Bukan setakat post screenshot untung semata-mata.

3. Guru Bukan Sekadar Beri Buy Call

Biasa dengar pepatah, “If you give a man a fish, he will eat for one day. But if you teach a man how to fish, he will eat everyday”.

Ya, seorang guru saham bukan setakat memberi tips tau Buy Call (saham apa boleh beli) saja, tetapi mampu mengajar anak buahnya bagaimana untuk mengesan awal saham-saham yang berpotensi untuk mendatangkan keuntungan.

Faham betul-betul apa itu CANSLIM, Fundamental Analysis, Technical Analysis dan banyak lagi.

4. Bantu Sampai Pandai

Perasan tak ada guru tu, bila kita dah pergi seminar beliau – sampai sekarang tak dengar khabar berita. Lebih parah lagi kalau kita pergi kelas yang berbayar.

Dah menjadi lumrah alam, ada yang dapat terima ilmu dan aplikasinya dengan sangat cepat; tapi ada juga yang merangkak. Kesian kepada mereka yang terkapai-kapai ini, tak dapat sebarang bantuan. Carilah guru yang mempunyai kumpulan sokongan supaya dapat terus membantu anda secara berterusan.

5. Aktif Berkongsi di Laman Sosial

Lagi satu, nak berhijrah mencari ilmu yang baru; kena rajin follow mereka yang berilmu. Biasanya guru saham (dan anak didiknya), rajin berkongsi tips-tips dan langkah-langkah untuk berjaya seperti mereka.

Berusaha untuk cari mereka ini, dan add mereka sebagai friend di Facebook dan seterusnya follow mereka.

6. Tak Tahu, Boleh Tanya Remisier Anda

Dah minat dengan saham, dan dah buka pula akaun CDS; cuba menjadi rakan dengan remisier anda. Tak tahu siapa itu remisier, boleh baca Siapa Itu Remisier? Ramai Pelabur Saham Keliru Dengan Tugas Mereka.

Secara ringkasnya, remisier adalah orang yang akan membantu dari segi teknikal, contohnya jika anda ada masalah dengan trading platform, bagaimana nak jual dan beli saham, kos brokerage yang terlibat dan sebagainya.

Guru saham kebanyakannya adalah remisier, lagi champion sekiranya mereka menjadi ahli The Bumiputera Dealer Representatives Education Fund (BDREF). Kenali 3 Tokoh Bumiputera Terima Anugerah BDREF Champions.

Ada juga kami nampak guru-guru saham yang bukan remisier pun tetapi berjaya buat kelas sebab ‘menjual’ testimoni anak murid mereka sebagai bahan marketing. Rasanya tak ada undang-undang yang melarang, tetapi kami nasihatkan supaya berhati-hati.

7. Mendapat Pengiktirafan Daripada Badan Berautoriti

Seterusnya kita boleh tengok samada guru saham tersebut mendapat pengiktirafan daripada badan berautoriti. Ada tak pihak Bursa Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti mengiktiraf mereka? Ada tak mereka menang apa-apa award daripada badan berautoriti?

Dekat laman web BursaMKTPLC (sebahagian Bursa Malaysia) ada senarai mereka yang diiktiraf:

Dan baru-baru ini, kita dapat lihat Pusat Zakat pun banyak menggalakkan penganjuran majlis ilmu berkaitan pelaburan saham. Dah Kenapa Pusat Pungutan Zakat Anjur Seminar Saham?

8. Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Ilmu

Salah satu daripada 3 perkara yang boleh membawa kebaikan selepas kita meninggal dunia kelak, adalah ilmu yang bermanfaat. Dan ilmu ini boleh datang daripada anak buah yang meneruskan dakwah guru saham tersebut, dan juga daripada buku-buku yang ditinggalkan mereka.

Boleh semak Senarai Buku-Buku Kalau Nak Belajar Pasal Pelaburan Saham, semoga bermanfaat.

9. Tidak Hanya Cerita Untung

Akhir sekali carilah guru yang tidak hanya cerita untung, untung, untung semata-mata. Carilah guru yang sentiasa mengingatkan kita tentang kepentingan menjadi seorang pelabur yang bertaqwa. Kalau beliau tak pernah langsung berkongsi atau sebut tentang zakat saham, memang berat tu.

Jangan Silap Pilih Guru

Semoga dengan 9 tips mencari guru pelaburan saham ini, anda dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan kaki-kaki scammers.

Masih keliru lagi? OKlah, kami bagi jawapan bocor untuk anda dengan Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia. Harga kelas murah atau mahal itu subjektif. Pandai-pandailah korang pilih. Nak untung melabur saham ribu-ribu tapi nak melabur dalam ilmu pun berkira..ops!

“Gerenti buat untung ke kalau belajar dengan si polan?”

Banyak cantik muka tu.

Ada orang belajar 3 hari dia faham.
Ada orang belajar 3 hari dia faham sikit.
Ada orang belajar 3 hari satu apa pun dia tak faham.

Akhir kata lepas masuk mana-mana kelas nanti jangan pula mengharapkan ada FB group, WhatsApp group, Telegram group supaya senang tak perlu fikir dah nak beli saham apa, tunggu orang suap. Anda yang jenis sebegini memang tak sesuai menjadi pelabur!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend