Ada Saham Tengah Peram? Jana Pendapatan Dengan Skim SBL

KUALA LUMPUR: Affin Hwang Investment Bank Bhd dengan kerjasama Bursa Malaysia Bhd hari ini melancarkan Pinjam dan Meminjam Sekuriti (SBL) bagi pelabur runcit.

Pengarah Urusan Kumpulan Affin Hwang Capital, Datuk Maimoonah Hussain, berkata produk itu bertujuan membolehkan pelabur runcit untuk mempelbagaikan pelaburan mereka.

Beliau berkata, dengan menawarkan produk berkenaan, pihaknya berharap memudahkan dagangan jualan pendek terkawal (RSS) dan aktiviti pasaran dan pada masa sama meluaskan dan menembusi bekalan SBL dalam pasaran tempatan.

Keadaan itu, katanya, akan meningkatkan penyertaan tempatan daripada aktiviti dagangan runcit dan institusi.

“Affin Hwang Investment Bank adalah peserta utama dalam lanskap SBL tempatan dengan menawarkan kepada segmen institusi dan runcit.

“Kami mula menyediakan perkhidmatan SBL pada 2017,” katanya pada pelancaran produk berkenaan di sini, hari ini.

Pelancaran SBL pelabur runcit itu membolehkan pelabur runcit meraih lebih pulangan daripada pelaburan semasa mereka.

SBL Runcit membolehkan pelabur meminjam aset yang mana mereka sudah miliki tetapi tidak mahu menjual dengan segera kepada Affin Hwang Investment, selaku peminjam.

Ia membolehkan pelabur runcit memperoleh pendapatan faedah bagi meminjamkan aset mereka, sekali gus berpotensi mendapat lebih pulangan melebihi dividen yang lazimnya mereka peroleh.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata pihaknya berharap lebih banyak broker mengikut langkah Affin Hwang Investment Bank meneroka segmen SBL runcit pada masa depan, sekali gus menggalakkan lebih banyak aktiviti SBL dalam pasaran modal.

Beliau berkata, dengan matlamat Bursa Malaysia menjadi peneraju pasaran ASEAN, pihaknya akan terus meningkatkan tawaran pasaran sejajar dengan pasaran maju menerusi produk dan kemudahan.

“Melangkah ke hadapan, pembangunan SBL termasuk pelan meningkatkan senarai semasa 239 saham layak bagi SBL dan jualan singkat untuk memenuhi kepelbagaian dan kecairan yang besar,” katanya.

Sumber: BH Online

Bagaimana Dengan Status Patuh Syariah?

Setakat kajian yang kami jalankan, Securities Borrowing and Lending (SBL) adalah produk konvensional yang ditawarkan oleh Affin Hwang Investment.

Manakala produk alternatif yang patuh Syariah pula dipanggil Islamic Securities Selling and Buying Negotiated Transaction (ISSBNT), yang juga ditawarkan oleh Affin Hwang Investment. Nak tahu lebih lanjut pasal ISSBNT ni, boleh layari laman web Bursa Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend