Akaun CDS Maybank Dah Aktif? Ini Cara Masukkan Wang Ke Dalam Akaun Trading

Tutorial transfer duit masuk ke akaun trading Maybank

Anda dah berjaya buka akaun saham (CDS) Maybank dan dah pun terima emel pengaktifan akaun dari Maybank Investment?

Maka langkah seterusnya sebelum boleh beli saham adalah dengan memasukkan duit ke dalam akaun trading. Sekarang dah senang, boleh transfer terus menggunakan online banking. Bagi pemegang akaun simpanan Maybank, lagilah senang, boleh guna Maybank2U.

  1. Login ke Maybank2u
  2. Pilih Accounts & Banking
  3. Pilih Bill Payments
  4. Pilih Make a One-Off Payments
  5. Pilih Securities, klik Continue
  6. Pilih Maybank Investment Berhad, klik Continue
  7. Masukkan jumlah amaun yang ingin dipindahkan. Isi ruang Trading Account No. Isi “TRUST” di ruang Bill Reference No
  8. Klik Request TAC, Isikan nombor TAC yang diterima melalui SMS, klik Confirm

Nak lebih mudah faham, rujuk gambar di bawah:

 

Cara Nak Keluarkan Duit Modal / Keuntungan?

Buat masa ini perlu hubungi remisier / broker yang attach dengan akaun kita. Percuma saja.

Baca juga Ini Tutorial Cara Beli Saham Melalui Smartphone (Apps Maybank)

Komen

komen