Amazon Menjadi Syarikat Kedua Bernilai $1 Trilion US Dolar

Baru sebulan Apple melakar sejarah sebagai syarikat pertama yang disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat yang dikenali sebagai NASDAQ. Boleh baca lebih lanjut berkenaannya di Syarikat Apple Kini Bernilai $1 Trilion US Dolar.

Kini giliran syarikat e-dagang gergasi Amerika Syarikat pula menjadi syarikat kedua yang bernilai $1 Trilion US Dolar di NASDAQ.

Sumber: Google

Ianya berjaya dicapai pada tarikh 4 September 2018, apabila harga saham mencecah paras $2,050.50 USD sebelum ditutup pada paras $2,039.51. Tapi jika dikaji dengan lebih mendalam, paras terendah dalam masa setahun atau dikenali juga sebagai 52-weeks low adalah pada $931.75.

Ini bermakna harga saham Amazon telah naik lebih daripada 100% dalam masa hanya setahun. Tapi kalau beli saham Amazon pada tahun 1997 pada harga $1 USD Dolar, rasanya sekarang dah terbeliak biji mata untung berkali-kali ganda. Itu semua kalaulah.

Kami ada kupas sedikit dalam artikel Kaya, Kaya…Kalaulah Aku Beli 6 Tahun Lepas, dengan melabur $100 US Dolar dalam setiap syarikat FAANG ni pada tahun 2012, dan hasilnya pada 18 Mei 2018; portfolio anda kini bernilai $5,059.62 – peningkatan 911.12% dalam masa 6 tahun! Brapa RM kalau convert tu?

Siapa Pemegang Saham Amazon?

Sumber: NASDAQ

Lebih daripada 58% saham-saham Amazon adalah dimiliki oleh jerung-jerung antarabangsa seperti di atas. Macam biasa, Vanguard dan BlackRock mengetuai senarai.

2018 Merupakan Tahun Teknologi

Kalau nak tahu, kita dapat lihat bagaimana tahun 2018 adalah merupakan tahun teknologi, di mana-mana kebanyakan saham-saham teknologi Amerika Syarikat mencatatkan prestasi yang sangat baik. Lihat saja Saham FAANG Di Amerika Syarikat Ditutup Pada Paras Tertinggi. Kalau nak tahu juga, Facebook, Apple, Amazon, Netflix dan Google (Alphabet) adalah singkatan bagi akronim FAANG tersebut.

Adakah anda rasa syarikat-syarikat gergasi ini akan lebih maju dalam masa terdekat? Jika ya, perhatikan juga saham mereka yang pasti akan naik.

Boleh Beli Lagi Ke Saham Amazon Ni?

Sepertimana yang kita tahu, apabila harga saham ‘Breakout’ macam Apple dan Amazon ini sehingga mencatatkan paras All-Time High, ianya berpotensi untuk naik lebih tinggi lagi.

Kalau nak tahu saham apa yang boleh dibeli, kenalah buat Fundamental Analysis terlebih dahulu. Dan pastinya saham Amazon dan juga saham FAANG mempunyai angka-angka Fundamental yang terbaik.

Kemudian tanya diri sendiri, adakah orang ramai tidak lagi dunakan e-dagang untuk membeli-belah? Atau lebih ramai orang akan menggunakannya? Jualan di platform Amazon sudah pasti akan lebih meningkat. Malah, mereka telah menggunapakai teknologi dron untuk menghantar barang. Kita di Malaysia masih menggunakan perkhidmatan penghantaran menggunakan van dan motorsikal.

Lihat saja video di bawah:

Tapi kalau nak tahu bila masa terbaik nak beli saham ni pula, kenalah buat Technical Analysis.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend