Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Panasonic Malaysia

*Saham Panasonic tak patuh Syariah ya, tak boleh beli bagi orang Islam tapi boleh ambil pengajaran daripadanya

Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd (PANAMY) adalah syarikat pembuatan alat-alat perumahan yang terkenal di Malaysia. Kini, ia menjalankan perniagaannya dari dua buah kilang di Seksyen 15 dan Seksyen 23, Shah Alam.

PANAMY ialah salah satu saham yang digemari oleh pelabur yang berpandangan jauh, sebab ia telah menjanakan pendapatan yang stabil pada jangka masa yang panjang. Kini, Market Capitalization-nya ialah RM 2.27 bilion, peningkatan sebanyak 263.3% dari RM 625.7 juta pada tahun 2009.

Di sini, saya ingin memberi ‘update’ bagi PANAMY secara terperinci dan menilaikan sahamnya secara objektif. Jom kita tengok 10 perkara yang kamu mesti tahu mengenai PANAMY sebelum nak melabur ke dalamnya.

1. Jualan Eksport Berkembang Lebih Laju daripada Jualan Tempatan

PANAMY telah meningkatkan jualannya alat perumahannya ke pasaran luar negara, terutamanya ke Jepun, Asia dan Timur Tengah. Pada tahun 2018, PANAMY telah mencatatkan jualan eksport sebanyak RM742 juta. Ia ialah peningkatan sejumlah 154% dari RM292 juta pada 2009. Bagi tempoh 10 tahun tersebut, jualan tempatan bagi PANAMY telah meningkat sebanyak 48% dari RM309 juta pada tahun 2009 kepada RM457 juta pada tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan PANAMY

2. PANAMY Mencapai CAGR Keuntungan Sebanyak 11.35%

Sepanjang 10 tahun, PANAMY telah menambah perolehan dari RM600.9 juta pada tahun 2009 kepada RM1.20 bilion bagi tahun 2018. Ia telah berjaya mengawalkan margin keuntungan pada paras 10% daripada perolehannya. Jadi, PANAMY telah berjaya menambahkan keuntungan bersihnya daripada RM49.8 juta pada 2009 kepada RM131.0 juta bagi tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan PANAMY

3. Return on Equity (ROE) Purata Sebanyak 12.82% Setahun

PANAMY telah mencapai ROE purata sebanyak 12.82% setahun. Ini bermakna PANAMY telah menjanakan keuntungan bersih sebanyak RM12.82 untuk setiap tahun daripada setiap RM100 dalam ekuiti pemegang saham sepanjang 10 tahun tersebut.

4. PANAMY Bijaksana Daripada Segi Pengurusan Tunai

PANAMY telah menjana sebanyak RM891.7 juta aliran tunai operasi di dalam 10 tahun. Ia telah menerima dividen sebanyak RM61.0 juta daripada Panasonic Malaysia Sdn Bhd, syarikat pemasaran di mana PANAMY mempunyai 40% pegangan saham di dalamnya. Ia juga telah menerima faedah RM171.2 juta bagi tempoh 10 tahun tersebut.

Daripada jumlah tersebut, PANAMY telah melabur sebanyak RM291.9 juta ke dalam Capital Expenditures ataupun ‘CAPEX’. Ia telah memberikan RM647.4 juta dividen bagi memanfaatkan pemegang sahamnya. PANAMY telah meningkatkan baki tunainya daripada RM466.6 juta pada tahun 2009 kepada RM650.6 juta pada tahun 2018.

Ini membuktikan bahawa PANAMY merupakan satu syarikat yang bijak daripada segi penjanaan dan pengurusan tunai.

Sumber: Laporan Tahunan PANAMY

5. Kewangan PANAMY Kekal Kukuh

Pada 30 September 2018, PANAMY telah merekodkan ekuiti pemegang saham sejumlah RM799.5 juta dan ia tidak mempunyai hutang. Nisbah semasa PANAMY ialah 4.17.

Daripada aset semasa, kebanyakannya adalah terdiri daripada deposit tetap sebanyak RM574.6 juta. Menurut laporan tahunan 2018, saya mendapati PANAMY telah menerima kadar faedah 3.84% setahun bagi deposit tetapnya.

Maka, PANAMY akan terus menjanakan pendapatan pasif daripada deposit tetap ini.

6. Panasonic Asia Pacific Pte Ltd pemilik terbesar PANAMY

Pada 29 Jun 2018, 5 pemegang terbesar bagi PANAMY adalah seperti berikut:

– Panasonic Asia Pacific Pte Ltd: 47.45%
– Employees Provident Fund Board: 9.75%
– Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan): 4.99%
– Aberdeen Asset Management Plc: 5.81%
– Standard Life Aberdeen Plc: 5.79%

Nota: Ia termasuk pemegangan saham secara tidak langsung.

7. Pembinaan Bangunan Pejabat Baru in Kilang Seksyen 15

PANAMY sedang membina bangunan pejabat baru di kilang Seksyen 15 dan ia dijangka siap dibina pada tahun 2019. Ia akan memindahkan ruang kerja ke pejabat baru, sekaligus menambahkan ruang sebanyak 18% yang akan digunakan untuk pembuatan alat-alat perumahan.

Selain daripada itu, PANAMY juga sedang merancang pembinaan bangunan pejabat yang kedua di kilang Seksyen 23 setelah pembinaan di kilang pertama siap nanti. Bangunan pejabat kedua dijangka siap dibina pada tahun 2020.

8. P/E Ratio kini ialah 17.90

Dalam 12 bulan lalu yang terkini, PANAMY telah menjana sebanyak RM127.0 juta keuntungan bersih. Maka, earnings per share (EPS) bagi PANAMY ialah RM2.09.

Setakat 21 Januari 2019, harga saham PANAMY ialah RM 37.42. Jadi, P/E Ratio terkini bagi PANAMY ialah 17.90. Ia adalah lebih tinggi jikalau dibandingkan dengan purata P/E Ratio sebanyak 15.54 dalam masa 10 tahun kebelakangan iaitu dari tahun 2009 sehingga 2018.

Nota:

P/E Ratio

= Harga Saham / (EPS)
= RM 37.42 / RM 2.09
= 17.90

9. P/B Ratio kini ialah 2.84

Pada 30 September 2018, PANAMY merekodkan aset bersih sebanyak RM13.16 setiap saham. Maka, P/B Ratio terkini bagi PANAMY adalah 2.84, tertinggi untuk tempoh 10 tahun.

Nota:

P/B Ratio

= Harga Saham / Aset Bersih Setiap Saham
= RM 37.42 / RM 13.16
= 2.84

10. Kadar Dividen kini ialah 3.96% setahun

Pada tahun 2018, PANAMY telah membayar dividend per share (DPS) sebanyak RM1.48. Maka, kadar dividen bagi pelabur yang beli saham PANAMY pada harga RM37.42 adalah sebanyak 3.96% setahun jika PANAMY ada keupayaan untuk mengekalkan DPS-nya pada kadar RM1.48 setahun.

Kadar ini adalah lebih tertinggi berbanding dengan puratanya sebanyak 3.28% setahun.

Nota:

Kadar Dividen

= (Dividen setiap saham (DPS) /Harga Saham) X 100%
= (RM 1.48 / RM 37.42) x 100%
= 3.96%

Sudut Pandangan

PANAMY telah menyumbang pertumbuhan perolehan, keuntungan bersih, dan pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya pada masa 10 tahun. Ia telah mengalami pertumbuhan harga saham secara stabil bagi tempoh 10 tahun tersebut. Oleh yang demikian, ianya telah menambah kekayaan kepada para pemegang saham PANAMY, terutamanya bagi pelabur saham jangka panjang.

Maka, inilah pengajaran bagi semua pelabur saham, terutamanya pelabur yang baru dan tidak pengalaman. Tidak perlulah kita mengejar harga saham bagi jangka masa yang pendek. Sikap melabur ke dalam syarikat bagi jangka masa panjang yang bagus daripada segi ‘fundamental’ adalah digalakkan.

Daripada segi penilaian, PANAMY mempunyai P/E Ratio terkini yang lebih berdekatan dengan P/E Ratio tertinggi dan P/B Ratio yang tertinggi. Tapi, ia memberi kadar faedah sebanyak 3.96% setahun, lebih tinggi jika berbanding dengan puratanya.

Wajarkah kamu melabur saham PANAMY?

Ini bergantung kepada pelan pelaburan secara individu dan adakah kamu boleh menerima kadar faedah sebanyak 3.96% daripada PANAMY? Jika tidak, tak apalah. Lebih baik belajar seni pelaburan saham dan buat perancangan terlebih dahulu.

Selamat Melabur!

Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth PersonValue Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend