Ambil Tahu 11 Perkara ini Sebelum Nak Melabur Saham Wellcall

Tersenarai pada Julai 2006, Wellcall Holdings Bhd ialah syarikat pembuatan hos getah untuk penggunaan industri yang terbesar di Malaysia. Hos getah Wellcall boleh digunakan dalam pelbagai jenis industri seperti air dan udara, automobil, pembinaan kapal, gas dan kimpalan, minyak, dan pembuatan produk makanan.

Baru sahaja, Wellcall telah menerbitkan laporan tahunan 2018. Maka, saya ingin memberikan ‘update’ mengenai keputusan kewangan Wellcall terkini dan menilai sahamnya secara objektif dengan penggunaan metrik penilaian.

Jom kita tengok 11 perkara yang anda harus tahu tentang Wellcall sebelum nak melabur ke dalamnya.

1. Kepentingan Jualan Eksport bagi Wellcall

Bagi tahun 2018, 89% daripada perolehan Wellcall disumbangkan oleh jualan eksport ke pelanggannya yang terletak di lebih daripada 70 buah negara. Pasaran utama mereka adalah Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Asia Pasifik dan juga Timur Tengah. Sumbangan jualan daripada pasaran tersebut ialah:

No. Pasaran Utama Jualan 2018 (RM ‘000) Jualan (%)
1 Amerika Syarikat & Kanada 43,115 25.2%
2 Asia & Timur Tengah 42,043 24.6%
3 Eropah 29,443 17.2%
4 Australia & New Zealand 20,449 11.9%
5 Pasaran Lain 36,074 21.1%
Jumlah Keseluruhan 171,124 100%

Sumber: Laporan Tahunan Wellcall 2018

2. Pembinaan Kilang #3 di Mukim Sungai Terap, Perak

Pada tahun 2013, Wellcall telah membeli sebuah tanah milik sementara yang saiznya 8.16 ekar di Perak dengan harga RM4.63 juta. Selepas dibeli, ia telah membina kilang ketiganya di atas tanah dan kilang tersebut telah mula beroperasi pada tahun 2016.

Pada hari ini, Wellcall kini sedang beroperasi dengan 3 buah kilang pembuatan hos getah di Malaysia.

3. Perolehan Meningkat 9.0% Setahun

Wellcall telah menambahkan perolehan keseluruhannya dengan kadar 9.0% setahun. Ia menambah dari RM79.0 juta pada 2009 kepada RM171.1 juta pada 2018.

Kejayaan ini disumbangkan oleh peningkatan jualan ia ke pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Australia, New Zealand dan pasaran lain seperti Malaysia and Amerika Selatan.

Sumber: Laporan Tahunan Wellcall

4. Keuntungan Bersih Meningkat 10.1% Setahun

Wellcall telah meningkatkan keuntungan bersih dengan kadar tahunan 10.1% dari RM 13.3 juta pada tahun 2009 kepada RM 31.6 juta pada tahun 2018.

Ia merupakan sumbangan daripada peningkatan jualan secara berterusan pada masa 10 tahun tersebut dan pengawalan margin keuntungan secara stabil pada tahap 15% – 20% daripada jualannya.

Sumber: Laporan Tahunan Wellcall

5. Return on Equity (ROE) Purata Sebanyak 29.0% Setahun

Wellcall telah mencapai ROE purata sebanyak 29.01% setahun pada 10 tahun terkini. Ini bermaksud, daripada tahun 2009 ke tahun 2018, ia berjaya menjana keuntungan bersih sejumlah RM29.01 dari setiap RM100.00 dalam ekuiti pemegang saham.

Nota: ROE = (Untung Bersih / Ekuiti Pemegang Saham) x 100%

6. Wellcall Bijak Pengurusan Aliran Tunai

Pada tahun 2009 ke 2018, Wellcall telah menerima sejumlah RM303.4 juta dalam aliran tunai operasi. Daripada jumlah tersebut, ia telah:

– Melabur RM 74.2 juta ke Capital Expenditures (CAPEX)

– Membayar dividen RM 230.5 juta ke pemegang sahamnya

Wellcall telah berjaya mengawal baki tunainya dalam lingkungan RM35 – RM45 juta dalam tempoh 10 tahun tersebut. Ini membuktikan bahawa Wellcall bijaksana dalam pengurusan aliran tunai dan mempunyai keupayaan untuk membayar dividen ke pelabur dalam jangka masa yang panjang.

Sumber: Laporan Tahunan Wellcall

7. Kewangan Wellcall Terkini Tetap Kukuh

Pada 30 September 2018, Wellcall telah merekodkan sebanyak RM 4.9 juta dalam liabiliti bukan semasa dan sejumlah RM 107.5 juta di dalam ekuiti pemegang saham. Maka, ‘gearing ratio’ terkini bagi Wellcall ialah 4.6%.

Nota:
Gearing Ratio
= (Liabiliti Bukan Semasa / Ekuiti Pemegang Saham) x 100%

Pada masa itu, Wellcall telah merekod sejumlah RM69.7 juta di dalam aset semasa dan sejumlah RM18.2 juta di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa bagi Wellcall ialah 3.83.

Nota:
Nisbah Semasa = Aset Semasa / Liabiliti Semasa

8. Siapa Pemilik Utama Wellcall?

Pada 21 Disember 2018, Tan Kang Seng ialah pemilik terbesar Wellcall kerana beliau memiliki saham Maximum Perspective Sdn Bhd, pemilik utama Wellcall dengan pemegangan saham sebanyak 11.0%. Kini, Tan dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif Wellcall.

Selain daripada itu, Huang Sha yang mempunyai pemegangan saham sebanyak 3.4% kini dilantik sebagai Pengarah Urusan Wellcall. Beliau merupakan bapa kepada Huang Yu Fen dan Huang Kai Lin yang kini dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan Pengurus Besar bagi Wellcall.

9. P/E Ratio Kini 19.65

Setakat 28 Januari 2019, harga saham Wellcall adalah RM1.25. Pada tahun 2018, mereka telah mencatatkan Earnings Per Share (EPS) sebanyak 6.36 sen.

Maka, P/E Ratio terkini bagi Wellcall ialah 19.65, berhampiran dengan P/E Ratio tertingginya dalam 10 tahun tersebut.

10. P/B Ratio terkini ialah 5.79

Pada tahun 2018, Wellcall telah mencatat aset bersih sejumlah 21.59 sen bagi setiap saham. Maka, P/B Ratio terkini bagi Wellcall ialah 5.79, terendah dalam masa 4 tahun yang terkini.

11. Kadar Dividen Terkini ialah 4.36% Setahun

Pada tahun 2018, Wellcall telah membayar sebanyak 5.45 sen dalam Dividend Per Share (DPS). Jika ia berupaya mengekalkan DPS bagi masa ke hadapan pada tahap 5.45 sen, kadar dividen terkini ialah 4.36% setahun bagi pelabur yang membeli saham Wellcall dengan harga RM1.25.

Sudut Pandangan

Wellcall telah mencatatkan pertumbuhan secara berterusan dari pelbagai aspek seperti perolehan dan keuntungan bersih bagi tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Ia juga mengekalkan pembayaran jumlah dividen dan menunjukkan prestasi kekuatan kewangan sepanjang tempoh tersebut.

Ini telah menyebabkan kenaikan harga saham Wellcall secara konsisten untuk jangka masa yang panjang. Market capitalization-nya telah meningkat daripada RM154.2 juta pada tahun 2009 kepada RM621.9 juta setakat ini.

Maka, Wellcall merupakan satu contoh saham yang telah: Naik Keuntungan, Naik Nilai Saham di dalam jangka masa yang panjang.

Jadi, adakah ini masa yang sesuai untuk melabur saham Wellcall?

Jawapannya bergantung kepada kamu. Adakah kamu berasa Wellcall pada P/E Ratio sebanyak 19.65, P/B Ratio sebanyak 5.79, dan kadar dividen pada 4.36% setahun ialah penilaian yang terbaik pada masa kini?

Selamat Melabur!

Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth PersonValue Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend