Ambil Tahu 12 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mula beroperasi pada 22 Julai 1985. Ia telah berkembang dan kini merupakan sebuah syarikat Takaful yang terunggul di Malaysia. Pada 19 Februari 2019, Takaful Malaysia kini mempunyai Market Capitalisation sebanyak RM3.65 bilion.

Di sini, saya ingin memberikan update mengenai prestasi kewangan yang terkini bagi Takaful Malaysia dan menilai sahamnya secara objektif. Jom kita lihat 12 perkara ini sebelum nak melabur saham Takaful Malaysia.

1. Perolehan Operasi

Takaful Malaysia telah menambahkan perolehan operasinya pada kadar CAGR sebanyak 5.88%, dari RM1.61 bilion pada tahun 2012 kepada RM2.14 bilion pada tahun 2017. Ini disumbangkan oleh perkembangan jualan yang konsisten daripada segi segmen utama: Takaful Keluarga, Takaful Am dan pendapatan yang dijanakan daripada pelaburan dalam tempoh 5 tahun tersebut.

Sumber: Laporan Tahunan Takaful Malaysia

2. Keuntungan Bersih

Dengan itu, Takaful Malaysia berjaya mencapai perkembangan daripada segi keuntungan bersih pada kadar CAGR sebanyak 15.34%. Ia telah meningkat daripada RM101.2 juta pada tahun 2012 kepada RM206.7 juta pada tahun 2018. Pencapaian ini disumbangkan oleh kenaikan perolehan operasi seperti yang dijelaskan di nota 1, dan pengawalan kos yang stabil daripada segi tuntutan (claims) dan perbelanjaan pengurusan bagi tempoh 5 tahun tersebut.

Sumber: Laporan Tahunan Takaful Malaysia

3. Return on Equity (ROE)

Takaful Malaysia telah mencapai ROE purata sebanyak 23.46% setahun bagi tempoh 6 tahun dari tahun 2012 ke 2018. Ini bermaksud Takaful Malaysia telah menjanakan keuntungan bersih sebanyak RM23.46 setahun bagi setiap RM100 dalam ekuiti pemegang saham bagi tempoh 6 tahun tersebut.

Nota:
ROE = (Untung Bersih / Ekuiti Pemegang Saham) x 100%

Sumber: Laporan Tahunan Takaful Malaysia

4. Aset Terbesar #1: Other Investments

Pada 31 Disember 2018, Takaful Malaysia telah menambah jumlah aset kepada RM 8.93 bilion daripada RM8.19 bilion setahun yang lalu. Sebanyak 60% daripada jumlah aset tersebut iaitu RM5.40 bilion, adalah ‘Other Investments’.

Kebanyakan ‘Other Investments’ terdiri daripada dua aset utama:  Malaysian Government Islamic Papers dan Islamic Debt Securities.

5. Aset Terbesar #2: Loans and Receivables

Pada 31 Disember 2018, Takaful Malaysia mempunyai RM1.35 bilion di dalam loans and receivables assets iaitu sebanyak 15% daripada jumlah asetnya. Kebanyakannya merupakan tunai yang diletakkan dalam Fixed & Call Deposit di dalam bank-bank tempatan di Malaysia. Deposits-nya mempunyai tarikh luput yang melebihi 3 bulan.

6. Aset Terbesar #3: Cash & Cash Equivalent

Pada 31 Disember 2018, Takaful Malaysia mempunyai RM1.01 bilion di dalam cash & cash equivalent iaitu sebanyak 11% daripada jumlah aset tersebut. Kebanyakannya merupakan tunai yang diletakkan dalam Fixed & Call Deposit di dalam bank-bank tempatan di Malaysia. Tetapi, tarikh luput mereka adalah kurang daripada 3 bulan.

7. Kedudukan Kewangan

Pada 31 Disember 2018, Takaful Malaysia telah merekodkan sejumlah RM7.92 bilion di dalam liabiliti. Maka, gearing ratio-nya adalah 88.7%, satu angka yang agak stabil jika dibandingkan dengan gearing ratio-nya pada tahun-tahun yang lepas.

Sumber: Laporan Tahunan Takaful Malaysia

8. Prestasi Kewangan 12 Bulan Terkini

Dari Q1 2018 ke Q4 2018, Takaful Malaysia telah menjanakan sebanyak RM2.64 bilion dalam perolehan operasi. Daripada itu, ia telah mengaut sejumlah RM294.9 juta dalam keuntungan bersih atau pun Earnings Per Share (EPS) sebanyak 35.79 sen. Maka, ia telah membuktikan bahawa Takaful Malaysia telah berjaya mengekalkan perkembangan daripada segi perolehan dan keuntungan bersih bagi tahun 2018.

 

Tempoh

Perolehan Operasi

(RM ‘000)

Keuntungan Bersih

(RM ‘000)

Earnings per Share (Sen)
Q1 2018 746,174 69,976 8.49
Q2 2018 542,433 50,420 6.12
Q3 2018 648,951 83,957 10.19
Q4 2018 701,507 90,571 10.99
Jumlah 2,639,065 294,924 35.79

Sumber: Laporan Suku Takaful Malaysia

9. Siapa Pemegang Saham Terbesar Takaful Malaysia?

Pada 5 Februari 2018, 5 pemegang saham utama bagi Takaful Malaysia adalah seperti berikut:

No. Pemegang Saham Pemegangan Saham (%)
1 BIMB Holdings Bhd 59.72%
2 Employees Provident Fund Board 12.32%
3 Islamic Development Bank 4.25%
4 Client Account: Daiwa Securities Co. Ltd. 2.97%
5 Public Islamic Select Treasures Fund 1.69%

Sumber: Laporan Tahunan 2017 Takaful Malaysia

Takaful Malaysia merupakan salah sebuah anak syarikat kepada BIMB Holdings Bhd (Bank Islam). Prestasi Takaful Malaysia akan mempengaruhi prestasi kewangan BIMB Holdings Bhd. Jadi, jika kamu berminat melabur ke dalam saham Bank Islam, kamu perlu tahu keputusan kewangan Takaful Malaysia.

Saya akan memberi update tentang Bank Islam pada artikel seterusnya.

10. P/E Ratio

Pada 19 Februari 2019, harga saham Takaful Malaysia adalah RM4.43.

Jadi, P/E Ratio terkininya ialah 12.38, lebih rendah daripada purata P/E Ratio bagi 5 tahun lepas sebanyak 15.92.

Sumber: Laporan Tahunan Takaful Malaysia

11. P/B Ratio

Pada 31 Disember 2018, Takaful Malaysia telah merekodkan aset bersih sebanyak RM1.19 sesaham. Maka, P/B Ratio terkininya ialah 3.72, satu jumlah yang lebih rendah jika dibandingkan dengan purata P/B Ratio bagi tempoh 5 tahun kebelakangan ini, iaitu sebanyak 3.85.

Sumber: Laporan Tahunan Takaful Malaysia

12. Kadar Dividen

Pada tahun 2018, Takaful Malaysia telah mengisytiharkan Dividend Per Share (DPS) sebanyak 15.0 sen. Maka, ia berjaya mengekalkan DPS bagi 2017 dan 2018. Dengan harga saham RM4.43, kadar dividennya ialah 3.39% setahun.

Sudut Pandangan

Takaful Malaysia telah berjaya mencatatkan keputusan kewangan yang mantap sejak tahun 2012. Kini, kedudukan kewangannya adalah kukuh kerana mereka mempunyai aset sejumlah RM8.93 bilion. Kebanyakannya terdiri daripada aset-aset seperti Government Securities, Debt Securities, dan Fixed Deposits.

Buat masa kini, nilai saham bagi Takaful Malaysia adalah seperti berikut:

– P/E Ratio dan P/B Ratio lebih rendah daripada Puratanya.

– Kadar Dividen Semasa sebanyak 3.39% setahun.

Jadi, wajarkah kamu melabur ke dalam saham Takaful Malaysia?

Yang itu, kamu jawablah diri sendiri.

Biodata Penulis

Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend