Ambil Tahu 15 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Scientex

Ditubuhkan pada 1968, Scientex Berhad kini adalah sebuah syarikat yang menjana pendapatan daripada dua jenis perniagaan yang berbeza, iaitu pembungkusan plastik dan pembinaan hartanah.

Ia adalah salah satu saham yang digemari oleh ‘value investor’ atau pun ‘growth investor’ di Malaysia kerana Scientex telah mengaut keuntungan tahunan yang meningkat. Oleh yang demikian, market capitalization-nya telah meningkat daripada RM 135.7 juta pada tahun 2009 kepada RM 4.47 bilion pada hari ini, 28 Disember 2018.

Tak lama yang lalu, Scientex telah menerbitkan laporan tahunan 2018. Maka, di sini, saya ingin memberi ‘update’ mengenai prestasi kewangan Scientex, rancangan untuk perkembangan, dan memperkenalkan metrik penilaian untuk menilaikan saham Scientex secara objektif.

Jom kita tengok 15 perkara yang anda perlu tahu tentang Scientex sebelum nak melabur ke dalamnya.

Pembungkusan Plastik

1. Strategi Perkembangan

Dalam tempoh 10 tahun lepas, Scientex telah mencapai perkembangan secara mendadak kerana ia telah membeli anak-anak syarikat dan ambil inisiatif untuk menambah pengeluaran kapasiti kilang-kilang diperolehi daripada pembelian anak-anak syarikat tersebut. Di sini, saya akan beri senarai anak-anak syarikat utama yang dibeli oleh Scientex:

Anak Syarikat Saham Tarikh Pembelian Harga Pembelian (RM Juta)
Scientex Packaging Film Sdn Bhd 100% 14/6/2010 99.34
Scientex Tsukasa (Vietnam) Co. Ltd 75% 16/7/2010 10.85
Great Wall Plastic Industries Bhd 100% 8/1/2013 283.20
Scientex Great Wall Sdn Bhd 100% 13/2/2014 39.00
Scientex Advance Sdn Bhd 100% 11/8/2015 58.00
Klang Hock Plastic Industries Sdn Bhd 100% 2/5/2018 190.00

Sumber: Laporan Tahunan Scientex Bhd

2. Kapasiti Pengeluaran

Pada 2009, Scientex berupaya mengeluarkan sebanyak 100,000 metrik ton (MT) stretch films, custom films dan specialty films setiap tahun. Ia telah berjaya menambahkan pengeluaran kapasiti ke 450,000 MT pada 2018, 4.5 kali ganda kapasitinya 10 tahun lalu.

Sumber: Laporan Tahunan Scientex Bhd

3. Prestasi Kewangan 

Maka, segmen ini telah mencapai pertumbuhan perolehan dan keuntungan segmen secara mendadak. Perolehannya meningkat daripada RM 428.4 juta pada tahun 2009 kepada RM 1.90 bilion pada tahun 2018. Ini telah menyebabkan keuntungan segmen meningkat daripada RM 21.8 juta pada tahun 2009 kepada RM 126.9 juta pada tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan Scientex Bhd

Pembinaan Hartanah

4. Penambahan ‘Land Bank’

Scientex mula membina rumah pada 1995 untuk mempelbagaikan pendapatannya. Setakat ini, ia telah menyerahkan sebanyak 17,000 rumah di negeri Johor dan Melaka. Sejak lima tahun yang lalu, ia telah menambahkan inisiatif pembelian tanah kerana Scientex berniat untuk bina dan serah sebanyak 50,000 rumah kediaman pada 2028.

Di sini, saya beri senarai tanah-tanah utama dan terkini yang telah dibelikan oleh Scientex:

Lokasi Tanah Tahun Pembelian Saiz (Ekar) Harga Pembelian (RM Juta)
Pulai, Johor 2016 322.86 232.21
Pulai, Johor 2016 10.52 8.77
Durian Tunggal, Melaka 2017 197.40 45.70
Pulai, Johor 2017 2.89 2.01
 

Hulu Kinta, Perak

 

2017

Plot 1 – 14.38 /

Plot 2 – 55.00

 

70.27

Pulai, Johor 2018 335.57 293.80
Rawang, Selangor 2018 65.33 87.94
Kulai, Johor 2018 121.20 127.37

Sumber: Laporan Tahunan Scientex Bhd

5. Prestasi Kewangan

Sama sepertidengan pembungkusan plastik, segmen pembinaan rumah bagi Scientex juga mencatat prestasi kewangan yang cemerlang. Ia menjana peningkatan perolehan yang mendadak daripada RM 81.3 juta pada tahun 2009 kepada RM 722.2 juta pada tahun 2018. Ini telah menyumbang kepada penambahan keuntungan segmennya daripada RM 20.7 juta pada tahun 2009 kepada RM 237.5 juta pada tahun 2018.

Sumber: Laporan Tahunan Scientex Bhd

Pencapaian Keseluruhan

6. Keuntungan

Scientex telah mencapai pertumbuhan perolehan sebanyak 20.0%, daripada RM 509.7 juta pada tahun 2009 kepada RM 2.63 bilion pada tahun 2018. Dalam tempoh 10 tahun tersebut, Scientex menambahkan keuntungan bersih daripada RM 37.5 juta pada tahun 2009 kepada RM 289.8 juta pada tahun 2018. Pertumbuhan adalah sebanyak 25.5% dalam tempoh 10 tahun tersebut.

Sumber: Laporan Tahunan Scientex Bhd
Sumber: Laporan Tahunan Scientex Bhd

7. Return on Equity (ROE)

Scientex telah mencapai 10-Tahun ROE Purata sebanyak 16.58% setiap tahun. Ini bermaksud, ia menjana keuntungan bersih sejumlah RM 16.58 daripada setiap RM 100 dalam ekuiti pemegang saham di dalam masa 10 tahun tersebut.

Nota:
ROE = (Untung Bersih / Ekuiti Pemegang Saham) x 100%

8. Pengaliran Tunai

Dari tahun 2009 sehingga 2018, Scientex telah menjana sebanyak RM 1.97 bilion aliran tunai operasi. Ia telah membayar RM 784.7 juta bagi CAPEX, iaitu Capital Expenditures, RM 663.8 juta bagi pembelian anak-anak syarikat dan RM 882.5 juta bagi pembelian tanah.

Pada tempoh 10 tahun itu, ia telah memberi RM 417.1 juta dividen kepada pemegang sahamnya. Ini membuktikan bahawa Scientex adalah syarikat yang bijaksana dari segi penjanaan dan pelaburan aliran tunai untuk mengaut keuntungan yang meningkat secara konsisten.

Sumber: Laporan Tahunan Scientex Bhd

Pelan Pertumbuhan

9. Fasa 2 – Scientex Phoenix, USA

Scientex telah memulakan operasi kilang Fasa 1 – Scientex Phoenix di Amerika Syarikat pada Mac 2018. Ia mempunyai pengeluaran kapasiti sebanyak 30,000 MT setahun. Kini, Scientex sedang bina kilang Fasa 2.

Setelah ia mula berfungsi, Scientex Phoenix akan menambahkan kapasiti tahunan daripada 30,000 MT kepada 60,000 MT.

10. Penambahan Land Bank

Pada 15 Ogos 2018, Scientex telah membeli dua plot tanah terletak di Durian Tunggal, Melaka dengan harga sebanyak RM 68.2 juta. Ia akan digunakan untuk pembangunan hartanah pada masa akan datang.

11. Pelaburan 42% Saham Daibochi

Pada 11 November 2018, Scientex membeli 42.41% pegangan saham di dalam Daibochi dengan harga RM 222.5 juta. Daibochi mempunyai dua kilang pembungkusan plastik di Melaka dan 60.0% saham Daibochi Myanmar yang mempunyai satu kilang pembungkusan plastik di Myanmar.

Penilaian Saham

12. P/E Ratio

Pada 28 Disember 2018, harga saham Scientex ialah RM 9.14. Earnings per share (EPS) bagi Scientex ialah RM 0.596. Oleh itu, P/E Ratio terkini bagi Scientex ialah 15.34, berdekatan dengan P/E Ratio tertinggi dalam masa 10 tahun.

Nota: P/E Ratio = (Harga Saham / (EPS))

13. PEG Ratio

Dari Nota 6, pertumbuhan Scientex dari segi keuntungan bersih ialah 25.5%. Oleh itu, bagi Scientex, PEG Ratio terkini ialah 0.60.

Nota: PEG Ratio = ((P/E Ratio) / CAGR Keuntungan Bersih)

14. P/B Ratio

Pada 31 Julai 2018, Scientex mempunyai sebanyak RM 3.61 dalam aset bersih. Maka, P/B Ratio terkini-nya ialah 2.53, berdekatan dengan P/B  Ratio tertinggi dalam masa 10 tahun.

Nota: P/B Ratio = (Harga Saham / Aset Bersih)

15. Kadar Dividen

Pada 2018, Scientex telah memberi dividen sebanyak RM 0.20 bagi setiap unit saham. Maka, kadar dividen bagi Scientex ialah 2.19% jikalau Scientex dapat meneruskan pembayaran dividen RM 0.20 pada masa hadapan.

Sudut Pandangan

Scientex telah menyumbangkan pertumbuhan perolehan, keuntungan bersih, dan pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya dalam masa 10 tahun.

Buat masa kini, daripada segi penilaian, Scientex berdekatan rekod tertinggi P/E dan P/B Ratio tetapi mempunyai PEG Ratio bawah 1.0. Kadar dividen 2.19% adalah kurang daripada 3.0% jika saya meletak duit di dalam akaun fixed deposit pada hari ini. Maka, apakah kesimpulan saya? Beli atau lepaskan?

Saya rasa, ini bergantung pada kamu, apakah metrik penilaian yang kamu ingin pakai? Kalau kamu ingin melabur untuk dividen, terdapatlah ramai saham lagi yang berupaya memberi kadar dividen yang lebih lumayan. Tetapi, kalau kamu pakai PEG Ratio, mungkin kamu akan menimbang Scientex dengan teliti kerana PEG Ratio-nya bawah 1.0 – bermaksud saham-nya masih murah.

Kesimpulannya, pelaburan Scientex ini bukan untuk semua orang. Ini bergantung dari segi pelan pelaburan secara individu. Jikalau ‘confused’, janganlah melabur tapi lebih penting, buatlah perancangan pelaburan peribadi terlebih dahulu barulah melabur.

Selamat Melabur!

Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth PersonValue Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura.

Artikel ini pada asalnya telah diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris di The Fifth Person.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend