Ambil Tahu Tentang ‘The Efficient Market Hypothesis’ Dan Iktibar Yang Boleh Kita Ambil

Seperti kehidupan lain di dunia ini, dunia saham juga telah berubah sejajar dengan kemajuan dunia dan teknologi maklumat. Tiga dekad yang lalu, kita tidak menyangka bahawa para pelabur dan pedagang boleh menjalankan transaksi jual beli saham dengan mudah dengan hanya menggunakan teknologi seperti talian internet.

Dan satu perkara yang telah muncul dalam dunia saham adalah berkenaan ‘The Efficient Market Hypothesis’. Pertama kali dengar kan? Jom kita ambil tahu apa yang dimaksudkan dengannya:

Burton Malkiel yang merupakan seorang profesor di University of Preston adalah merupakan orang yang telah mengemukanan idea ini. Beliau yang terkenal dengan buku bertajuk A Random Walk Down Wall Street, telah merekodkan fakta mengenai 358 dana saham (Stock Fund) pada tahun 1970 sehingga tahun 2012 seperti berikut:

  • 266 daripada 358 tidak lagi wujud (hampir 74%).
  • Baki 92 masih bertahan dalam pasaran (26%).
  • 42 daripada 92 (46%) dana tersebut memberikan pulangan sebanyak 1% daripada keseluruhan pasaran.
  • 18 dana (19%) mencatatkan pulangan melebihi 1% daripada keseluruhan pasaran.
  • Baki 32 dana (35%) pula memberikan pulangan kurang dari 1%.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa sangat sukar untuk memilih winner stock yang juga menyaksikan bahawa harga saham adalah berdasarkan maklumat yang tersedia berkenaan dengan syarikat yang tersenarai tersebut. Ianya juga membuktikan bahawa pulangan saham berada dalam keadaan rawak. Setiap saham bergerak ke atas atau ke bawah tanpa boleh diduga.

Sekarang kita dah tahu apakah maksud ‘The Efficient Market Hypothesis’, berikut merupakan pengajaran yang boleh diambil daripadanya:

Realitinya, masih ramai para pelabur dan pedagang yang tidak nampak pergerakan saham yang bersifat rawak. Mereka hanya fokus untuk mendapatkan pulangan yang tinggi dalam masa singkat dan mudah. Apabila terdapat berita mengenai kenaikan harga saham pada hari ini, semestinya hari seterusnya mereka memgimpikan harga terus naik dan naik lagi, seperti tidak akan turun.

Persepsi seperti ini jarang dapat ditafsir dengan baik oleh kebanyakan orang dan mereka gagal untuk merumus corak (Pattern) pasaran sehingga boleh menjejaskan psikologi sendiri. Psikologi yang lemah dan mudah terpengaruh sama sekali tidak akan dapat membantu membuat keputusan yang betul dalam pelaburan.

Jangan bazirkan duit untuk mengalahkan pasaran (Beat the market). Sebenarnya, tahun demi tahun kebanyakan professional Money Manager tidak dapat membuat keuntungan yang konsisten. Lebih mengejutkan, professional Money Manager yang dapat mengalahkan market pada tahun ini, agak sukar untuk mengulangi kejayaan tersebut pada masa akan datang.

Satu alasan kukuh kenapa professional Money Manager juga sukar untuk mengalahkan pasaran saham adalah kerana Persaingan. Ramai pelabur dalam waktu yang sama membuat Bidding untuk saham pada harga jual (sell) dan beli (buy). Jika harga terlalu tinggi, maka para Seller akan menekan semula harga saham untuk jatuh. Sebaliknya pula juga jika harga terlalu rendah, para Buyer akan menekan harga untuk naik. Ini bermakna harga saham tidak akan terus berada di landasan tetap, sama ada menaik atau menurun.

Adakah anda sedar jika kita tidak mengetahui bagaimana saham bergerak, maka sangat sukar untuk kita membuat keuntungan?

Sebab itulah penting untuk kita membuat Fundamental Analysis dan Technical Analysis.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend