Analisa Fundamental VS Analisa Teknikal Dalam Pasaran Saham

Para pedagang atau investor yang memasuki pasaran saham semestinya mempunyai tujuan yang sama iaitu mendapatkan keuntungan modal. Sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu saham, mereka akan membuat rujukan terlebih dahulu dan ia boleh dilakukan sama ada melalui Analisa Fundamental atau Analisa Teknikal.

Analisa Fundamental adalah satu kaedah kajian untuk mencari nilai intrinsik sesuatu saham dengan mengambil kira keadaan ekonomi, politik, sosial, industri dan seterusnya penyata-penyata kewangan sesebuah syarikat.

Secara amnya, analisa Fundamental adalah merupakan satu proses yang memakan masa yang panjang serta perlu banyak membaca. Disebabkan itu, tak ramai yang berminat untuk menjadi pelabur jangka masa panjang.

Namun begitu bagi mereka yang rajin dan sabar, kajian berdasarkan analisa Fundamental semestinya berbaloi kerana dengan peningkatan masa harga saham boleh meningkat berlipat kali ganda  serta pelabur akan dapat turut merasa pulangan dividen saham.

Analisa Teknikal pula adalah satu kaedah kajian yang mengambil kira maklumat pasaran yang lalu bagi meramal unjuran harga masa depan.  Pengguna teknik ini percaya gelagat manusia yang terlibat dengan pasaran saham dapat dikesan melalui carta.

Disebabkan itu, melalui analisa Teknikal terdapat pelabagai jenis carta yang anda boleh pelajari seperti candlestick chart, bar chart dan lain-lain lagi.

Kebanyakan orang pasti akan bertanya kaedah yang mana satu lebih baik untuk membantu menganlisa pasaran? Analisa Fundamental atau Teknikal?

Untuk menjawab persoalan ini, ia sebenarnya bergantung kepada diri anda sendiri. Seperti yang diperkatakan tadi, Analisa Fundamental lebih kerap ditekankan oleh pelabur jangka masa panjang manakala Analisa Technical lebih sesuai diamalkan oleh para trader jangka masa pendek.

Jadi sebelum anda boleh memilih strategi yang sesuai, anda perlu terlebih dahulu mengenali kategori pelaburan yang sesuai dengan risiko dan pegangan anda sendiri.

Malah tidak salah jika menggabungkan kaedah Analisa Fundamental dan Analisa Teknikal dalam membantu membuat kajian pasaran saham. Analisa Fundamental dapat membantu anda untuk menjangkakan pergerakan harga pasaran berdasarkan data-data ekonomi dan akaun syarikat manakala Analisa teknikal pula dapat membantu anda mencari set up enty dan exit price yang sesuai berdasarkan harga semasa.

Senang cerita, Analisa Fundamental untuk tentukan saham apa yang patut dibeli, Analisa Teknikal untuk tentukan bila nak beli saham tersebut.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend