Anda Wajib Ada Trading Plan Sebelum Membeli Apa-Apa Pun Saham

Selepas anda mengkaji Fundamental Analysis iaitu menjawab soalan “apa saham yang hendak dibeli”, dan Technical Analysis iaitu menjawab soalan “bila nak beli” – masanya telah tiba untuk menekan butang BELI (BUY).

Ramai orang gagal di dalam pelaburan saham, hanya kerana tidak mengamalkan ilmu asas iaitu Trading Plan. Ia boleh diibaratkan seolah-olah anda tidak tahu hala tuju selepas membeli saham sesuatu syarikat.

Wajib Ada Trading Plan Sebelum Tekang Butang Buy

Tapi jangan terburu-buru, jom kita sama-sama buat Trading Plan terlebih dahulu. Ini bagi memastikan anda tahu nisbah risk:reward, berapa keuntungan yang anda ingin capai, berapa kerugian yang anda sanggup rugi dan banyak lagi.

Dah buat analisa tadi, barulah anda tahu (1) Pada harga apa nak beli (Entry Price), (2) Sasaran keuntungan yang hendak dicapai (Target Price) dan (3) Pada harga apa anda perlu jual sebelum anda mengalami kerugian yang lebih besar jika harga saham terus menjunam jatuh (Stop Loss).

Jom kita lihat apakah elemen-elemen yang terdapat dalam Trading Plan:

1. Entry Price (Harga Beli)

Ada beberapa kriteria anda letakkan sesuatu harga sebagai Entry Price. Mungkin harga tersebut merupakan:

  • New 52 Weeks High – Harga tertinggi bagi saham tersebut sepanjang setahun yang lalu
  • Stocks Hitting New High – Harga tertinggi mungkin bukan untuk tempoh setahun, tapi untuk beberapa bulan yang lalu
  • Downtrend Line Breakout – Harga saham downtrend atau yang sedang menurun, tiba-tiba ia menaik mengatasi Resistance
  • Pullback – Harga saham yang sedang downtrend atau istilahnya ‘berehat seketika’, lalu ia mula menunjukkan seolah-olah harganya akan menaik
  • Gap – Saham yang tiba-tiba melonjak naik mengatasi Closing Price hari sebelumnya
  • Dan bermacam-macam lagi teknik yang ada

2. Support (Harga Sokongan)

Tahukah anda yang harga saham ini adalah zig-zag, sama ada ianya sedang menaik atau menurun?

Setiap saham anda kena kaji di mana nak letak harga sokongan, kerana anda perlu set alert jika ianya cecah harga tersebut; anda dah boleh bersedia untuk menjual.

3. Stop Loss (Harga Wajib Jual)

Biasanya ia jarang berlaku kalau analisa anda mantap, tetapi jika telah break support atau mencecah harga Stop Loss (iaitu 1-3 bid di bawah harga sokongan) – jual saja & jangan berharap saham tersebut akan naik.

4. Resistance (Harga Rintangan) / Target Price (Harga Sasaran Keuntungan)

Ianya adalah berlawanan support, iaitu harga saham yang sedang menaik – akan ada satu rintangan kuat yang menghalangnya daripada terus naik.

Apabila ia telah memecah resistance, maka boleh dikatakan anda telah capai target price anda. Dah cukup keuntungan, sila jual. Ramai orang juga tewas pada waktu ini kerana terlalu mengikut emosi dan berharap harganya akan naik lagi.

Kalau harganya semakin jatuh dan anda tidak sempat nak menjual bagaimana? Silap-silap anda tak untung apa-apa, sebaliknya rugi pula!

Jangan Khianati Trading Plan Anda

Kalau dah buat Trading Plan tu, ia seolah-olah anda telah berjanji dengan diri sendiri bahawa ini merupakan matlamat anda untuk saham tersebut. Tahu bila nak beli, tahu bila nak jual bila dah capai sasaran, dan tahu bila nak jual bila ia mula menurun.

Tips Yang Paling Penting Sekali – Belajar Untuk Kawal Emosi

Apa-apa pun, anda tidak boleh terlalu beremosi sewaktu memegang sesuatu saham syarikat tersebut. Kalau dah tiba masanya untuk anda ambil keuntungan setelah mencapai Target Price, teruskan. Sebaliknya juga berlaku apabila pelaburan anda tidak menjadi, tolong jual pada harga Stop Loss.

Berhenti berharap bahawa suatu hari nanti harga saham tersebut akan kembali naik, kerana banyak lagi saham syarikat lain yang anda boleh buat analisa dan seterusnya melakukan pembelian.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend