3 Risiko Pelaburan Saham Yang Pelabur Baru Patut Tahu

Tempoh hari kami telah berkongsikan kelebihan-kelebihan pelaburan saham di Bursa Malaysia. Jika terlepas, boleh baca di sini. Memang seronok sebenarnya melabur dalam pasaran saham ni dan paling seronok apabila saham yang kita beli harganya naik meroket = untung!

Sabar. Tidak ada jaminan boleh untung jika melabur dalam pasaran saham. Manakala pelaburan tanpa risiko dan confirm untung itu skim cepat kaya. Ambil tahu dulu apa risiko-risiko yang menanti buat para pelabur:

#1 – Capital Loss

Capital Loss adalah kerugian yang diperoleh dari perbezaan harga jual dan harga beli saham. Kerugian ini berlaku bila pelabur menjual saham lebih rendah dari harga belinya.

Dalam aktiviti pelaburan atau perdagangan saham, bukannya sepanjang masa pelabur mendapatkan keuntungan (capital gain) atas saham yang dijualnya. Ada masanya pelabur terpaksa menjual sahamnya lebih rendah dari harga belinya demi mengelakkan kerugian yang lebih teruk.

Sebagai contoh:

Fattah beli 1,000 unit saham ABCD dengan harga seunit RM1 (RM1 x 1,000) kemudian selang sebulan harga saham tersebut turun menjadi RM0.80 seunit (RM0.80 x 1,000). Kerana takut harganya terus turun, Fattah mengambil keputusan untuk jual saham tersebut. Maka Fattah telah rugi sebanyak RM200.

Fahamkan?

Kenapa harga saham tu jatuh? Ada banyak sebab bro. Ketahui antara sebab-sebabnya di artikel 7 Perkara yang Mempengaruhi Harga Saham di Bursa Malaysia.

#2 – Tidak Terima Dividen

Jika terlupa, kami ingatkan semula. Dalam pelaburan saham ada 2 jenis keuntungan.

(1) Capital Gain – beli pada harga murah, bila harga naik jual –> untung.

(2) Dividen Income – beli tak kisah pada harga berapa, tak perlu tunggu harga naik, cukup masa ambil dividen –> untung.

Kebiasaannya syarikat hanya akan agihkan dividen jika peroleh keuntungan. Jika syarikat rugi macam mana nak agihkan keuntungan kan? Contoh terdekat adalah DRB-HICOM. Rujuk berita berkaitan di sini.

Maka pelabur yang mengharapkan pendapatan dividen perlu faham ianya ditentukan oleh prestasi syarikat tersebut. Selain itu, pengagihan dividen juga diputuskan oleh pemegang saham majoriti. Jika pemegang saham majoriti tidak setuju untuk agihkan dividen atas sebab tertentu walaupun syarikat untung, maka pelabur tidak akan merasalah dividen.

#3 – Syarikat Terkeluar Dari Bursa Malaysia

Risiko lain yang dihadapi oleh para pelabur adalah jika saham syarikat dikeluarkan dari Bursa Malaysia (delisting). Syarikat awam di Bursa Malaysia yang berstatus PN17 atau GN3 merupakan syarikat yang bermasalah dari sudut kewangan, pihak pengurusan yang bermasalah dan petunjuk yang paling penting adalah syarikat tersebut sedang mengalami kerugian yang teruk.

Syarikat yang tersenarai dalam kategori bermasalah ini biasanya harga saham mereka akan merudum, maka berhati-hati. Sekiranya anda masih memegang saham syarikat tersebut dan tidak sempat jual, maka duit anda akan hilang begitu sahaja.

Contoh terdekat adalah TH Heavy Engineering Bhd, syarikat dimana Tabung Haji adalah pemilik majoritinya. Rujuk berita berkaitan di sini. Senarai penuh syarikat-syarikat yang bermasalah ini boleh rujuk di laman web Bursa Malaysia.

Kesimpulan

Fahamkan betul-betul yang untung rugi itu adat resam dalam pelaburan saham. Seorang pelabur yang rasional akan mencari syarikat yang mempunyai asas perniagaan yang baik. Malangnya, ramai lebih cenderung mendengar khabar angin dan membeli saham syarikat yang mempunyai asas yang kurang baik atau bersifat spekulatif (akibat kes dengar cakap-cakap orang).

“Adoiiii, macam mana ni? Risiko macam ni yang tak syok dengar!”

Jika takutkan risiko sebegini jangan gatal-gatal nak terlibat.
Ingat, lebih tinggi risiko yang di ambil, lebih tinggi potensi keuntungan yang bakal kita dapat. Kalau takut dengan risiko, tengok saja orang lain untung beratus-ratus % dari jauh.

Terkini, saham syarikat Aluminium Company of Malaysia Bhd (ALCOM) naik sehingga 70% tak sampai sebulan.

Sebenarnya tak susah pun nak buat untung dalam pasaran saham. Tak perlu ada diploma, ijazah atau jadi best student masa universiti. Kita sebagai pelabur hanya perlu belajar memilih saham syarikat yang berpotensi boleh naik nilainya berlipat kali ganda kalau diperam!

Teringat pesan mentor saham…

Melabur tanpa ilmu umpama membaling dadu yang kalau ada nasib untung, tiada nasib rugi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA