Apa Beza Growth Investing Dengan Value Investing (Pelaburan Pertumbuhan vs Nilai)?

Rasa macam pernah dengar terma Growth Investing dengan Value Investing ni kan? Tapi apakah maksudnya dan perbezaan di antara kedua-duanya?

Jom kita ambil masa beberapa minit untuk ambil tahu berkenaan topik ini.

Pendekatan Growth Investing:

Di dalam pendekatan growth investing, yang mana dilihat melalui analisa fundamental, pelabur akan mencuba untuk mencari dan mengenalpasti syarikat yang dijangka akan meningkat naik pada masa akan datang.

Setalah berjaya menemui kriteria-kriteria saham Growth Investing, pelabur akan melabur dan mengharapkan pulangan keuntungan yang tinggi pada masa depan.

Pendekatan Value Investing:

Pelabur yang menggunapakai pendekatan Value Investing pula, mereka mencari atau mengkaji sesebuah saham syarikat yang mempunyai nilai semasa lebih rendah berbanding nilai sepatutnya dengan menggunakan analisa fundamental.

Selepas mereka menjalankan keseluruhan analisa fundamental terhadap saham sesebuah syarikat, mereka akan membandingkan nilai semasa dengan nilai sepatutnya berdasarkan kajian fundamental mereka.

Jika pelabur mendapati nilai semasa lebih rendah berbanding nilai sepatutnya, mereka akan melabur ke dalamnya dan mengharapkan pulangan keuntungan pada masa akan datang, melalui pembelian ketika harga saham berada di paras diskaun.

Perbezaan Growth Investing dan Value Investing:

Dalam Growth Investing, pelabur lebih fokus kepada peningkatan atau perkembangan positif pada masa akan datang, serta mengabaikan paras nilai semasa, dan tidak  membandingkan pada sejarah harga masa lalu. Pelabur akan membeli saham, tidak mengira apa jua paras harga saham tersebut.

Manakala bagi Value Investing, hanya membeli saham yang murah dan bernilai pada masa akan datang. Contohnya situasi perbelanjaan di pasar raya, harga seekor ayam lebih murah berbanding harga sebelum ini. Dengan perayaan yang akan muncul tiba tak lama lagi, dijangkakan harga ayam akan meningkat naik, maka pembeli akan berbelanja secara pukal dengan kuantiti yang lebih banyak. Ini kerana harga sekarang adalah murah daripada harga biasa, dan kita merancang untuk menyimpan stok ayam tersebut.

Seseorang yang menggunakan pendekatan Value Investing tidak akan sesekali berbelanja atau melabur ke dalam saham yang berada di paras tinggi.

Perbezaan Risiko

Jom kita lihat daripada sudut risiko pula. Jika tindakan pelaburan tidak menyebelahi pelabur, Growth Investing lebih terdedah kepada kerugian yang lebih besar, kerana ia tidak memberikan tumpuan kepada nilai semasa, murah atau sebaliknya.

Lebih-lebih lagi jika Growth Investing berada di luar jangkaan daripada pertumbuhan yang dijangkakan. Kejatuhan pasaran pada jangka masa yang singkat juga boleh mengakibatkan malapetaka yang besar kepada Growth Investing.

Walaubagaimanapun, jika pelabur menggunakan pendekatan Value Investing dan harga tidak sampai ke paras ‘diskaun’ yang mereka kehendaki, pasaran pula sudah berubah menjadi positif dan mereka akan terlepas peluang untuk melabur.

Bila keadaan kembali pulih secara berterusan, maka semakin banyak peluang yang akan terlepas begitu sahaja.

Walaupun perkongsian kami pada kali ini membuat perbandingan di antara kedua-dua pendekatan ini, tidak bermakna kami menyokong dan memujuk anda mengunakan pendekatan tersebut.

Anda sendiri yang kena tentukan samada ianya sesuai atau tidak dengan diri anda. Apa jua pendekatan yang digunakan, selagi ianya tertumpu kepada pulangan dalam jangka masa panjang, kita akan berasa lebih tenang.

Nak Lagi Mudah, Memperkenalkan SpeedSaham

SpeedSaham adalah screener saham berasaskan web menggunakan algorithm untuk bantu tunjukkan saham-saham berpotensi Short-Term, Mid-Term dan Long-Term.

This image has an empty alt attribute; its file name is Onpay-Prev-Banner-Home-700x350.jpg

Saham Short Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa sejam, 2 jam, 3 jam atau sehari dua.

Saham Mid Term?

Sesuai untuk pedagang yang nak buat duit dalam masa seminggu dua.

Saham Long Term?

Sesuai untuk pelabur simpan dan peram, buat duit dalam masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana SpeedSaham boleh membantu kita, tak kisah kita seorang pelabur atau pedagang; klik http://bit.ly/LanggananSpeedSaham untuk melanggan atau tempah tempat duduk anda di sesi previu SpeedSaham.

Jumpa anda di sana!

*Penafian: Sebarang tindakan atau keputusan untuk berdagang/melabur berdasarkan saham-saham yang berpotensi ini adalah keputusan anda. Kami tidak bertanggungjawab ke atas keuntungan atau kerugian anda apabila berdagang/melabur.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend