Bagaimana cara nak beli saham IPO? Mohon online senang

Bagaimana beli saham ipo

IPO mempunyai nama panjang Initial Public Offering. Jika anda dah mula terlibat dalam bidang saham ni, mesti pernah dengar apa itu IPO kan?

Apa sebenarnya IPO ni? Betul ke IPO ni pasti untung? Jom kita rungkai bersama-sama.

Definisi IPO

Kalau menurut Wikipedia – Initial public offering (IPO) bermaksud pelancaran saham baru di pasaran saham. Ia biasanya dijual kepada pelabur institusi, yang kemudiannya dijual kepada pelabur umum buat pertama kalinya. Melalui proses inilah, sebuah syarikat pegangan peribadi bertukar menjadi syarikat umum.

Kenapa Syarikat Perlukan IPO?

Sebab utama sesebuah syarikat perlu kepada IPO adalah untuk penambahan modal. Selain daripada meminjam daripada institusi kewangan untuk tujual modal, IPO juga semakin mendapat tempat di Malaysia.

Beli IPO Pasti Untung?

Untuk menjawab persoalan ini, jom kita tengok jadual di bawah:

Kredit: http://www.shareinvestor.com/ipo/index.html

Jika dilihat kepada track record IPO di Malaysia, 8/10 atau 80% daripada syarikat yang ditawarkan secara IPO pada tahun 2016 mencatatkan keuntungan iaitu di paras harga IPO, manakala 2 syarikat atau 20% mencatatkan harga di bawah harga IPO masing-masing.

Ini menunjukkan bahawa jika anda membeli saham IPO, anda berpeluang cerah untuk memperolehi keuntungan. Jika dikirakan nisbah untung:rugi pula adalah 4:1 – suatu keadaan yang sangat baik.

Bagaimana Nak Beli Saham IPO?

Di sini, kami ingin berkongsi kepada cara-cara untuk memohon atau membeli IPO secara online.

  1. Cara Mohon IPO Saham melalui MITI (Ministry of International Trade and Industry)

Ya, cara pertama anda boleh membeli IPO adalah melalui MITI menerusi atas talian di http://sahamonline.miti.gov.my/

Bagi seseorang individu, berikut merupakan syarat-syaratnya:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus Bumiputera;
  • Berumur 18 tahun ke atas; dan
  • Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi

Dan dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan oleh seseorang individu adalah:

  • Mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online);
  • Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri;
  • Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank; dan
  • Salinan penyata buku ASB/Tabung Haji TERKINI (transaksi) dan disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan.
  • Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada)

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://sahamonline.miti.gov.my/site/faq

  1. Cara Mohon IPO Saham melalui Maybank2u

Bagi seseorang individu, berikut merupakan syarat-syaratnya:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, yang menetap di Malaysia
  • Pengguna Maybank2u.com yang berdaftar yang mempunyai akaun Simpanan/Semasa Maybank (individu/akaun peribadi bersama)
  • Mereka yang mempunyai akaun CDS (Central Depository System) yang berdaftar menggunakan nama sendiri

Dan ikuti 8 langkah mudah berikut:

  1. Log masuk ke Maybank2u.com dan pilih “Investment“.
  2. Kemudian, pilih “eShare“. Ini akan menunjukkan senarai IPO (Initial Public Offering).
  3. Pilih IPO yang anda mahu dan klik “Apply“.
  4. Baca Terma dan Syarat untuk Aplikasi dan Deklarasi eShare tersebut. Anda diminta untuk membaca dan memahami prospektus sebelum meneruskan.
  5. Pilih “I agree” untuk menerima terma dan syarikat Deklarasi tersebut.
  6. Isi borong permohonan.
  7. Sahkan butiran anda dan hantar permohonan anda.
  8. Cetak resit transaksi untuk permohonan anda.

maybank-ipo

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari FAQ Maybank2u

  1. Cara Mohon IPO Saham melalui CIMB Clicks

Bagi seseorang individu, berikut merupakan syarat-syaratnya:

  • Anda mesti seorang penduduk tetap Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas
  • Anda mesti merupakan seorang pengguna berdaftar untuk Perbankan Internet CIMB
  • Anda mesti mempunyai akaun CDS yang didaftarkan di atas nama anda sendiri, yang dibuka melalui mana-mana broker saham. Akaun penama tidak diterima

Ikuti beberapa langkah mudah seperti merikut:

  1. Log masuk ke akaun CIMB Clicks
  2. Klik My Investments > eIPO untuk melihat senarai IPO
  3. Baca prospektus sebelum memohon mana-mana IPO
  4. Terima terma dan syarat
  5. Pilih akaun debit anda, bangsa anda, akaun CDS anda, dan saham yang ingin dipohon

cimb-ipo

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari FAQ CIMB Bank

Ya, memang mudah untuk memohon IPO secara online. Jadi apa tunggu lagi? Jom kita beli saham IPO hari ini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend