Apa Itu Bonus Issue, Share Split, Rights Issue & Share Consolidation?

Mungkin bagi yang baru terlibat dalam dunia pelaburan saham, perkataan di atas sedikit membingungkan. That’s ok, You Are Not Alone. Rasanya kalau tanya yang dah ada pengalaman sikit pun, masih ada yang gagal untuk menjawabnya dengan tepat.

Jom kita belajar istilah-istilah ini:

1. Bonus Issue

Sekiranya anda sedang bekerja, syarikat menawarkan anda bonus yang akan dibayar pada hujung tahun nanti. Apakah perasaan anda? Mesti seronok bukan?

Merujuk kepada definisi yang diberikan Bursa Marketplace, Bonus Issue bermaksud:

Distribution of capital funds (usually from a revaluation of assets or a share premium reserve) to shareholders in the form of shares for which payment is not required.

Dalam erti kata lain, pengagihan dana kepada pemegang-pemegang saham dalam bentuk saham di mana tiada bayaran diperlukan.

Agak-agaknya syarikat yang untung ke rugi yang akan bagi bonus ni? Syarikat yang kukuh atau yang koyak kedudukan kewangannya?

Contoh Bonus:

Choo Bee Metal Industries Berhad

Sumber: Malaysia Stock Biz

Bagi setiap 5 saham yang dipegang pemegang saham, 1 saham bonus akan diberi percuma.

Kesannya Kepada Harga Saham

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham turun pada 16 Jun disebabkan tarikh Ex-Date Bonus tersebut. Ini disebabkan oleh harga akan ‘adjusted’ bagi pemberian saham ‘percuma’ tersebut dengan harga semasa saham.

Selepas itu, harga saham kelihatan menaik sedikit sebelum menurun. Ini kerana pada keseluruhannya saham Choobee sedang dalam fasa downtrend.

2. Share Split / Subdivision

Share Split yang juga dikenali sebagai Subdivision, jika ikut definisi Bursa Marketplace bermaksud:

When a company reduces the paid or face value of its shares, and issues further shares in the same proportion i.e. 100,000 RM 2 ordinary shares would be split into 200,000 RM 1 ordinary shares.

Senang sikit nak faham kan? Jika kita mempunyai 10,000 unit saham bernilai RM2 sesaham, selepas Share Split berlaku – kini anda ada 20,000 unit saham bernilai RM1 sesaham.

Ianya biasa dilkakukan untuk merendahkan harga saham, terutamanya saham yang mahal. Ini bagi menarik lebih ramai orang untuk membeli saham tersebut.

Contoh Share Split:

Kossan Rubber Industries Berhad

Sumber: Malaysia Stock Biz

Merujuk kepada pengumuman di atas, setiap satu saham akan terbahagi kepada 2 saham.

Kesannya Kepada Harga Saham

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham yang dahulunya RM8, kini turun kepada RM4 sesaham. Kini menjadi lebih murah kepada pelabur runcit macam kita. Namun, saham kemudiannya dilihat membuat sideways walaupun ada sedikit kenaikan.

3. Rights Issue

Sekarang kita tengok pula apa itu Rights Issue, berdasarkan kepada definisi yang diberi Bursa Marketplace:

Companies raise additional capital by offering to existing shareholders the rights to subscribe for new shares, at a price usually below the current market price. These rights, while current, attract a price of their own and can be traded on any stock exchange.

Untuk mudah kita faham, biasanya syarikat yang belum tersenarai ingin kumpul modal adalah dengan melalui proses IPO. Kemudiannya syarikat tersebut akan tersenarai di Bursa Malaysia pula, dan orang ramai boleh mula beli saham syarikat.

Bagi syarikat yang dah tersenarai pula, untuk kumpul modal baru, tak boleh nak IPO lagi – maka keluarlah Rights Issue. Ini menunjukkan bahawa syarikat sedang mengalami masalah kewangan, mungkin disebabkan hutang yang tinggi atau kurangnya jualan dan pendapatan syarikat.

Contoh Rights Issue:

Pasdec Holdings Berhad

Sumber: Malaysia Stock Biz

Merujuk kepada pengumuman di atas, setiap lima unit saham yang dipegang akan dapat dua unit saham pada harga RM0.35 setiap unit Rights Issue.

Kesannya Kepada Harga Saham

Sumber: Bursa Marketplace

Disebabkan pengumuman Rights Issue ini, harga saham menurun ke paras RM0.35 iaitu harga penetapan Rights Issue tersebut. Kemudiannya harga saham naik tetapi turun semula selepas beberapa bulan. Seolah-olah RM0.35 adalah paras support yang baru pula.

4. Share Consolidation

Share Consolidation daripada segi terjemahan adalah bermaksud Penggabungan. Mungkin dua, mungkin tiga atau lebih bergabung menjadi satu.

Contoh Share Consolidation:

iDimension Consolidated Berhad

Sumber: Malaysia Stock Biz

Apa yang difahami daripada kenyataan di atas, dua unit saham bergabung menjadi seunit. Maknanya kalau ada 2,000 unit saham, ianya akan bergabung menjadi 1,000 unit.

Kesannya Kepada Harga Saham

Sumber: Bursa Marketplace

Kelihatan saham iDimension naik disebabkan oleh Consolidation ni, yalah kalau dulu satu saham berharga RM0.04 seunit, sekarang jadi RM0.08 pula seunit hasil daripada penggabungan dua unit saham menjadi seunit saham. Kemudian harga saham naik dan jatuh sepertimana yang biasa berlaku.

Bonus Issue dan Share Split Adalah Perkara Positif

Secara kesimpulannya, sesebuah syarikat akan memberikan Bonus Issue disebabkan keuntungan syarikat yang berlebihan yang ingin dikongsikan bersama-sama dengan para pemegang saham. Bukan syarikat sorang saja yang kaya, tetapi pemegang saham pun kaya sama.

Manakala Share Split pula bertujuan untuk ‘merendahkan’ harga saham, bagi menarik minat lebih ramai pelabur – terutamanya saham yang berharga RM5 dan ke atas. Maklumlah kita pelabur runcit ni takut nak beli saham mahal-mahal ni kan?

Rights Issue dan Consolidation Pula Bersifat Negatif

Manakala Rights Issue pula bertujuan untuk mendapatkan modal tambahan, terutamanya syarikat yang bermasalah. Dah tak boleh buat IPO lagi sekali, terpaksa guna cara ini pula.

Share Consolidation pula lebih kepada untuk mengurangkan jumlah saham dengan menggabungkan saham-saham yang telah terapung di pasaran. Mungkin ianya dengan harapan untuk menarik minat orang ramai untuk beli saham syarikat sebab dah menjadi Limited Edition pula.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend