Apa Itu Circuit Breaker Dalam Saham?

Circuit Breaker ataupun ‘pemutus litar’ merupakan satu langkah yang diperkenalkan oleh Bursa Malaysia pada Mac 2002 dengan tujuan untuk menstabilkan ketidaktentuan pasaran dan memutuskan sama ada dagangan digantung sementara atau pun digantung sepenuhnya. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan pelabur.

Ia akan diaktifkan secara automatik apabila rekod KLCI merosot 10, 15 dan 20 peratus daripada paras ditutup pada hari sebelumnya. Rujuk jadual dibawah untuk penerangan lanjut:

Tahap Pencetus Litar Pemutus Bursa Malaysia Peringkat/ Keadaan Dan Tempoh Renti Dagangan
Tahap PencetusPenurunan FBMKLCIDari 9:00 am – Sebelum 11:15 amDari 11:15 am – 12:30 pmDari 2:30 pm – Sebelum 3:30 pmDari 3:30 pm – 5:00 pm
1FBMKLCI jatuh ke agregat 10% atau lebih banyak tetapi kurang daripada 15% indeks penutup hari pasaran sebelumnya.1 JamSesi Dagangan Berehat1 JamSesi Dagangan Berehat
2FBMKLCI jatuh ke agregat sama atau lebih daripada 15% tetapi kurang daripada 20% indeks penutup hari pasaran sebelumnya.1 JamSesi Dagangan Berehat1 JamSesi Dagangan Berehat
3FBMKLCI jatuh ke agregat sama atau lebih daripada 20% indeks penutup hari pasaran sebelumnya9.00 a.m. – 12.30 p.m.2.30 p.m. – 5.00 p.m.
Rehat Hari DaganganRehat Hari Dagangan

Bagaimana Paras Pengaktifan Circuit Breaker Dikira?

Terdapat tiga (3) paras aktif Circuit Breaker yang berasaskan penurunan 10%, 15% dan 20% FBMKLCI daripada indeks penutupan hari pasaran sebelumnya. Contoh berikut menggambarkan bagaimana paras aktif itu dikira.

Contoh Senario:

Andaikan indeks penutupan FBMKLCI pada 30 Julai ialah 600 poin. Paras aktif Circuit Breaker pada 31 Julai akan dikira berdasarkan indeks penutupan 30 Julai dengan menggunakan paras peratusan yang ditentukan sebelumnya, iaitu 10%, 15% dan 20% bagi setiap paras aktif. Keputusan paras indeks yang diperoleh daripada kiraan akan menjadi paras aktif efektif pada hari tersebut (31 Julai).

Apabila FBMKLCI menurun akibat paras aktif masing-masing, dagangan pasaran saham akan dihentikan buat sementara.

Jadual 1: Andaikan indeks penutupan hari pasaran sebelumnya ialah 600 poin.

Paras Aktif dan PeratusanPenurunan Poin IndeksTahap Circuit Breaker FBMKLCITempoh Masa Terhenti Dagangan
Level 1 – 10%60540 poin1 jam
Level 2 – 15%90510 poin1 jam
Level 3 – 20%120480 poinSepanjang hari

Dalam contoh ini, paras pertama Circuit Breaker akan diaktifkan pada penurunan 10% daripada 60 poin dalam indeks penutupan FBMKLCI 600 poin. Bagi paras kedua Circuit Breaker (15%), penurunan akan menjadi 90 poin sementara bagi paras ketiga Circuit Breaker (20%), penurunan menjadi 120 poin.

Oleh itu, sekiranya penurunan FBMKLCI di bawah indeks penutupan hari pasaran sebelumnya atau di bawah:

  1. 540 poin – dagangan dihentikan selama satu (1) jam jika aktif pada atau sebelum 11.15 pagi atau 3.30 petang, atau sepanjang sesi dagangan jika aktif pada atau selepas 11.15 pagi atau 3.30 petang.
  2. 510 poin – dagangan dihentikan selama satu (1) jam jika aktif pada atau sebelum 11.15 pagi atau 3.30 petang, atau sepanjang sesi dagangan jika aktif pada atau sebelum 11.15 pagi atau 3.30 petang.
  3. 480 poin – dagangan dihentikan sepanjang hari.

Sejak circuit breaker diperkenalkan, sudah beberapa kali ia diaktifkan untuk pasaran KLCI. Apabila ini berlaku, pelabur sepatutnya mengambil tahu akan keadaan pasaran semasa agar dapat membuat keputusan pelaburan yang lebih tepat selepas dagangan bersambung.

Rujukan: Bursa Malaysia

Apa Kita Boleh Buat Bila Circuit Breaker Ni Diaktifkan?

Bila Circuit Breaker dicetuskan, pertama sekali kena bawa bertenang dan kawal emosi masing-masing. Cari maklumat dan ambil tahu kenapa ianya berlaku. Adakah ianya sebab spekulasi atau panik yang melampau? Apa kata pakar-pakar pelaburan pula?

Bila dah tahu apa puncanya, boleh kita buat plan yang sewajarnya. Masa inilah kita tentukan nak Cut Loss, bagi mereka yang tak sempat nak cut loss; nak pergi bercuti bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pegangan; atau nak makan popcorn sambil tengok apa yang terjadi dan reaksi pasaran.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA