Apa Itu Fundamental Analysis Yang Selalu Sifu Saham Sebut Tu?

Apa itu Fundamental Analysis

Diharapkan anda sudah ada sedikit ilmu tentang apa itu pelaburan saham. Kalau belum, apa kata anda baca dulu artikel Apa Itu Pelaburan di Bursa Malaysia sebelum teruskan pembacaan di bawah.

Dalam pelaburan saham, terdapat 2 ilmu penting kena tahu sebelum boleh mula jual beli saham.

  1. Apakah saham yang bagus untuk dibeli? (What to buy?)

  2. Bila masa sesuai untuk beli saham tersebut? (When to buy?)

Bagi menjawab solan (1) kita akan tengok apakah itu Fundamental Analysis.

Sumber yang terbaik untuk mendapatkannya adalah dengan membaca prospektus yang boleh diambil secara percuma di syarikat broker atau secara online di Bursa Marketplace.

Jadi bagaimana caranya untuk menentukan samada saham sesebuah syarikat itu “bagus” untuk dibeli atau pun tidak?

Bak kata pepatah lama, “tak kenal maka tak cinta”. Maka Fundamental Analysis merupakan proses suai kenal dengan syarikat yang tersenarai di pasaran saham.

Fundamental Analysis – Perkara-Perkara Yang Perlu Dikaji

Kita bahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

A. Formula 3M

  1. Management -> Tengok siapa Pengarah, CEO & Pemegang Utama Saham Syarikat. Pastikan mereka terdiri daripada orang yang berkelayakan dan berpengalaman.
  2. Model Business -> Lebih unik model perniagaannya, peluang lagi cerah untuk syarikat tersebut berjaya. Jika syarikat tersebut merupakan monopoli bagi sesuatu industri, lagi bagus. contoh paling senang MYEG Services Berhad.
  3. Market Price -> Siapa yang tak suka diskaun kan? Melalui analisa yang betul, kita boleh tengok syarikat itu undervalue atau pun tidak.

B. Analisa Prestasi Kewangan Syarikat

  1. Profit & Loss (Keuntungan & Kerugian) -> Pastikan syarikat tersebut untung, dan bukannya mengalami kerugian.
  2. Income Statement (Penyata Pendapatan) -> Syarikat yang mempunyai pendapatan yang tinggi, sudah tentunya lebih baik.
  3. Balance Sheet (Kunci Kira-Kira) -> Syarikat yang mempunyai banyak aset mengatasi liabiliti (atau tanggungan) adalah lebih kukuh.
  4. Cash Flow (Aliran Tunai) -> Aliran tunai yang positif adalah contoh syarikat yang ditadbir dengan baik.

C. Magic Number

  1. Earnings Per Share (EPS) –> pastikan syarikat tersebut mempunyai EPS yang positif sahaja, anda tidak mahu melabur ke dalam syarikat yang rugi!
  2. Returns on Equity (ROE) –> pulangan daripada keuntungan kepada pemegang saham, lagi tinggi nilai ini, lagi bagus.
  3. Net Asset Value (NAV) –> Nilai sebenar asset sebaik-baiknya lebih tinggi daripada harga semasa saham tersebut didagangkan, baru boleh tahu saham tersebut di bawah nilai atau terlebih nilai
  4. Price Earnings Ratio (P/E Ratio) -> Lagi rendah nilai ini, lagi bagus syarikat tersebut.
  5. Dividend Yield -> Sama seperti ASB, Tabung Haji dan KWSP, syarikat juga boleh beri dividen sekerap yang mungkin, tidak terhad kepada setahun sekali. Lagi tinggi nilai ini, menunjukkan prestasi syarikat dalam keadaan yang baik.

Berdasarkan kepada maklumat di atas, biasanya barulah anda boleh tentukan sesebuah syarikat tersebut mempunyai prestasi yang baik atau pun tidak.

Pening Dengan Istilah-Istilah Ini?

jangan risau, inshaAllah nanti kami akan berikan contoh-contoh yang sesuai.

Bagi menjawab kepada soalan bila masa yang sesuai untuk jual beli sesuatu saham tersebut, kita perlu tengok kepada Technical Analysis (When to buy?)  lebih kepada analisa pergerakan harga.

Atau Boleh Hadiri Seminar Asas Saham

Sila layari FB Asri Ahmad Academy untuk tengok tarikh yang bersesuaian. Bagi yang belum ada akaun CDS, anda juga berpeluang membuka akaun CDS dengan secara percuma.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend