Apa Itu Pecahan Saham Atau Share Split? Ketahui Juga Dua Kelebihannya

Pernah tak anda mengalami situasi di mana saham yang dibeli berubah harga menjadi lebih rendah tetapi jumlah saham anda bertambah? Ini adalah disebabkan tindakan korporat yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut, oleh itu jangan panik. Ianya dikenali sebagai pecahan saham atau share split.

Secara ringkasnya, pecahan saham seumpama anda mempunyai sekeping RM100. Kemudian, syarikat ingin menukarkan duit itu menjadi 2 keping RM50. Nilainya tetap sama iaitu RM100.

Pecahan saham merupakan satu tindakan korporat yang akan menambahkan jumlah unit saham, seterusnya menurunkan harga saham tersebut. Jadi, modal pasaran syarikat itu tetap tidak berubah. Untuk pecahan saham setiap 1-unit menjadi 2-unit, pelabur akan mendapat 1-unit tambahan untuk setiap 1-unit saham yang kita pegang, tetapi harga saham tersebut akan kurang separuh.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, kita kaji tindakan korporat yang dilaksanakan oleh JHM Consolidation Berhad. Pada asalnya, saham ini didagangkan pada harga RM3.00 dan mempunyai 250 juta saham keseluruhan di mana jumlah modal pasarannya bersamaan RM750 juta.

JHM telah  melaksanakan pecahan saham di mana setiap 1-unit menjadi 2-unit. Sekiranya pelabur memiliki 10,000-unit saham, beliau akan menerima 10,000-unit lagi saham tambahan (20,000-unit keseluruhan), tetapi harga diturunkan 50% daripada RM3.00 menjadi RM1.50. Anda akan lihat modal pasaran tidak berubah tetapi jumlah unit saham keseluruhan akan meningkat kepada 500 juta saham dan harga saham turun 50% menjadi RM1.50.

Cara paling mudah untuk mengira harga baru saham selepas pecahan saham adalah dengan membahagikan harga saham sebelumnya dengan nisbah pecahan saham tersebut. Dalam scenario JHM ianya bersamaan RM3.00 / (2/1) = RM1.50.

Jadi apa kelebihan melakukan pecahan saham jika tidak mengubah nilai modal pasaran syarikat? Dua kelebihan mengapa syarikat melaksanakan pecahan saham:

1. Psikologi

Apabila harga saham kian meningkat tinggi, pelabur mula merasakan harga terlalu tinggi untuk dibeli dan pelabur kecil-kecilan mungkin tidak mampu membeli. Dengan tindakan korporat ini, ia akan menurunkan harga ke paras yang lebih menarik.

Walaupun nilainya tidak berubah, tetapi harga saham yang rendah akan menarik perhatian pelabur. Ia juga membuat pelabur merasakan mereka memiliki lebih banyak saham untuk didagangkan.

2. Liquidity

Apabila jumlah saham bertambah dan harga berkurang, ini akan meningkatkan volume pembeli dan penjual serta menurunkan bidaan minimum saham tersebut. Sebagai contoh, saham NESTLE di mana harga mencecah ratusan ringgit, volume pembeli dan penjual amat kecil dan bidaan minimumnya adalah 10 sen berbanding saham bawah RM1.00 di mana bidaan minimumnya adalah 0.5 sen dan volume pembeli dan penjual juga lebih banyak.

Ada yang mengatakan bahawa tindakan korporat ini merupakan satu petunjuk yang baik. Ini kerana harga saham syarikat tersebut meningkat tinggi dan berada dalam prestasi yang baik. Tapi kena ingat, ianya tidak mengubah nilai sebenar saham tersebut.

Ditulis oleh : Azmi Mohd Amin Stockbroker

Ini merupakan salah satu topik yang dibincangkan di dalam Kelas Radar Saham. Sekiranya anda berminat untuk menyertai kelas tersebut, boleh lawati FB Azmi Mohd Amin Stockbroker atau hubungi 016-4469288.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA