Apa Itu ‘Share Buyback’ Dan Contoh Kajian Kes

Mungkin ada yang pernah dengar, tapi pastinya ramai yang tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan Share Buyback atau juga dikenali sebagai Share Repurchase.

Untuk definisi Share Buyback, kita rujuk kepada Investopedia seperti berikut:

A share repurchase is a program by which a company buys back its own shares from the marketplace, usually because management thinks the shares are undervalued, reducing the number of outstanding shares.

Secara ringkasnya, ia bermaksud syarikat yang tersenarai di pasaran saham membeli semula saham yang diapungkan. Biasanya pihak pengurusan berasa bahawa saham syarikat adalah di bawah nilai.

Untuk perincian yang lebih mendalam, kita petik tulisan daripada Empayar Saham seperti berikut:

Kajian Kes Pentamaster Corporation (PENTA)

 

Sumber: Bursa Malaysia

Pada 19 April 2018, Pentamaster Corp. Bhd (PENTA) mengumumkan untuk membuat share buyback sebanyak 10% daripada keseluruhan issued share nya. Cadangan share buyback ini akan dibentangkan di dalam AGM nya yang ke-16 pada 8 Jun 2018 nanti.

Issued capital PENTA seperti pada 2 April 2018 ialah sebanyak RM79,303,370 dgn jumlah share sebanyak 316,585,424. Oleh itu, jumlah share buyback oleh PENTA nanti akan berjumlah 31,658,500.

316,585,424 × 10% = 31,658,500

Jumlah modal yang dibenarkan untuk PENTA membuat share buyback pula tak boleh melebihi retained profit PENTA sendiri (Bursa listing requirement Paragraph 12.10). Retained profit PENTA ialah sebanyak RM67,083,757 berdasarkan financial statement 31 Disember 2018.

Walau bagaimana pun, sumber modal boleh datang daripada internal (cash) ataupun external (loan) selagi jumlahnya tak melebihi retained profit. Setakat 31 Disember 2017, PENTA mempunyai cash sebanyak RM82,202,027.

Jika berdasarkan harga terkini saham PENTA iaitu RM2.26 pada 18 Mei 2018, 10% share buyback akan memerlukan belanja sebanyak RM71,548,210 iaitu kira2 87% dari keseluruhan jumlah cash dimiliki PENTA.

RM2.26 × 31,658,500 = RM71,548,210

Apa Itu Share Buyback?

Share buyback merujuk kepada syarikat membeli atau mendapatkan semula issued share yang terapung di dalam market. Untuk mengawal manipulasi, apabila syarikat melaksanakan share buyback, ia perlu mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti sebelum dibenarkan berbuat demikian. Sesetengah pelabur juga suka memanjangkan definisi share buyback ini kepada pengarah2 syarikat juga. Oleh itu, jika ada pengarah syarikat yang membeli share di market, ia juga dirujuk sebagai share buyback.

Apa Tujuan Share Buyback?

Pertama sekali, tujuan share buyback ialah untuk menggunakan kelemahan stock market untuk membeli share pada harga yang menurut pendapat PENTA murah. Anda semua tahu kelemahan stock market ialah ia terdedah kepada spekulasi melampau sehingga menjatuhkan harga saham hingga ke paras diskaun. Kesempatan ini diambil oleh PENTA untuk mengumpul kembali share nya.

PENTA sebelum ni pun mengalami kejatuhan share price bermula tahun 2018 akibat daripada sektor teknologi yang bearish setelah price sebelum itu berterusan bullish sejak 2016. Mungkin share price kini sudah berada dalam keadaan undervalued.

Seterusnya, share buyback akan mengurangkan issued share di dalam stock market. Ini mengurangkan spekulasi dan seterusnya menstabilkan harga saham. Ini baik untuk para shareholder.

Bagaimana Share Buyback Dilaksanakan?

Syarikat boleh melaksanakan share buyback melalui 2 cara.

  1. Tender offer – syarikat menawar kepada shareholder untuk menjual sahamnya kepada syarikat. Untuk menjayakan tender offer, kebiasaannya price yang ditawarkan adalah premium price berbanding market price.
  2. Beli dari open market.

Syarikat akan membeli share issued tersebut pada market price.

Di dalam kes PENTA, syarikat memilih untuk membeli dari open market pada harga semasa. Berdasarkan Bursa listing requirement, PENTA hanya dibenarkan membeli share dari open market tidak lebih 15% daripada 5-days VWAP.

Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan share buyback, syarikat perlu mematuhi public shareholding spread – sekurang2nya 25% daripada issued share mestilah dipegang oleh 1,000 orang shareholder. Apabila share buyback dilaksanakan, public shareholding spread boleh merosot dan jika ia merosot di bawah 25% issued share, share buyback tak boleh diteruskan.

Berdasarkan kepada record of depositors PENTA pada 2 April 2018, 75.73% share dipegang oleh public shareholder yang berjumlah 5,982 orang. Oleh itu, PENTA tidak bermasalah untuk meneruskan share buyback.

Apa Akan jadi Kepada Share Yang Dibeli Syarikat?

  1. Melupuskan share dan dengan itu mengurangkan authorized share – cancel share.
  2. Menyimpan share di dalam khazanah syarikat – treasury share.

Kelebihan Dan Kekurangan Share Buyback

Apabila syarikat melaksanakan share buyback, ia bermakna jumlah share issued yang terapung di market menjadi semakin kurang. Ini akan membuatkan share tersebut akan menjadi semakin berharga kerana setiap unit share kini akan mewakili pecahan yang lebih besar terhadap ekuiti syarikat.

Share buyback ini sebenarnya lebih kurang sama dengan dividen. Bezanya, untuk share buyback, syarikat mengedarkan wang kepada shareholder secara tidak langsung – syarikat membayar kepada shareholder untuk membeli sahamnya kembali. Manfaat kepada shareholder yang melepaskan pegangan mereka kepada syarikat ialah mereka akan mendapat tunai, manakala manfaat kepada shareholder yang terus memegang saham mereka ialah saham mereka akan menjadi semakin berharga.

Jika anda masih ingat kenapa syarikat mengeluarkan share issued, iaitu untuk diberikan kepada shareholder sebagai shared ownership dan sebagai ganti syarikat akan mendapat wang. Wang itu pula akan digunakan untuk menjana pertumbuhan syarikat. Walau bagaimana pun, akan ada satu ketika yang mana pertumbuhan syarikat menjadi perlahan. Oleh itu, syarikat berkemungkinan akan mempunyai lebihan tunai. Jika tunai tersebut tidak digunakan, ia perlu dipulangkan kembali kepada shareholder secara langsung iaitu melalui dividen atau pun secara tidak langsung iaitu melalui share buyback.

Ada ketikanya, share boleh menjadi undervalue. Ini berlaku sama ada ketika market jatuh atau ketika keluar khabar2 angin atau news yang negatif terhadap syarikat tersebut. Undervaluation itu sendiri bermaksud kegagalan investor untuk menghargai value stock lantaran terpengaruh dengan isu-isu negatif yang bersifat jangkamasa pendek.

Apabila share price undervalued, ia akan terdedah kepada spekulasi. Dengan syarikat sendiri yang membeli sahamnya dan bukan pihak spekulator, ia akan menstabilkan harga saham dan seterusnya mengembalikan keyakinan investor.

Apabila undervaluation berlaku, syarikat boleh mengambil kesempatan untuk membeli sahamnya sendiri dari open market pada harga diskaun. Lagipun, siapa lagi yang lebih tahu apakah value stock syarikat melainkan syarikat itu sendiri? Ini juga adalah salah satu cara syarikat membuat untung kerana apabila ia membeli sahamnya sendiri pada price rendah, ia boleh memperoleh untung apabila price naik kembali. Ianya seolah2 syarikat boleh mendapat modal baru tanpa perlu menambahkan share issued yang telah pun sedia ada di dalam market.

Share buyback membuatkan stock tersebut nampak menarik kerana dari beberapa segi:

  1. Mengurangkan jumlah share issued yang terapung.
  2. Ini menyebabkan EPS meningkat.
  3. Pada masa sama, dividen per share turut meningkat.
  4. Diikuti dengan return on asset meningkat – cash adalah aset.
  5. Begitu juga return on equity meningkat – share adalah equity.
  6. Akhirnya menyebabkan PE menurun.

Share buyback tidak memberi kesan kepada share capital sekiranya share tersebut kemudiannya disimpan sebagai treasury atau dijual semula ataupun diagihkan. Namun, jika share tersebut kemudiannya dilupuskan, share capital akan ikut menyusut mengikut nilai share yang dilupuskan.

Share buyback juga mengurangkan dilution terhadap stock. Ini terutamanya setelah syarikat melaksanakan ESOS (employee stock option scheme) atau pun sesudah melaksanakan waran.

Share buyback juga mengurangkan cukai. Ini kerana wang yang disimpan syarikat sudah pun diedarkan kepada shareholder melalui share buyback.

Selain itu, share buyback mengurangkan cash accumulation setelah cash tersebut tidak dapat digunakan untuk menjana pertumbuhan. Mengurangkan cash accumulation itu penting kerana ia mampu mengelakkan syarikat daripada menjadi sasaran takeover. Ini kerana jika berlaku takeover dengan cash accumulation, ia memudahkan syarikat yang baru untuk membayar kos2 yang terlibat dalam takeover.

Share buyback juga mempunyai kebaikan berbanding dividen. Ini kerana dengan share buyback, syarikat boleh mengurangkan pembayaran dividen, tetapi pada masa yang sama ia turut mendapat kembali ownership nya. Oleh itu, syarikat boleh mengasingkan lebih tunai untuk digunakan ketika kecemasan.

Melalui kelebihan-kelebihan ini, kebiasaannya share buyback dipandang secara positif oleh market. Ini menyebabkan selepas share buyback, market price akan meningkat. Adakalanya walau hanya rumors sekali pun, price masih boleh naik – jika benar ada share buyback, investor takkan lepaskan peluang untuk mendapatkan share pada price sebelum share buyback kerana menjangkakan ada kenaikan.

Walau bagaimana pun, anda masih perlu berhati-hati dengan share buyback. Seharusnya share buyback ini dilakukan ketika share dalam keadaan undervalued. Namun, jika share buyback dilakukan ketika price lebih tinggi dari value nya, tidakkah ia sesuatu yang meragukan?

Selain itu, share buyback juga boleh disalah gunakan untuk memaparkan fundamental ratio yang menarik.

Share buyback juga cantik dilaksanakan jika market mempunyai peratus retail investor yang tinggi. Ini kerana retail investor lebih mudah melepaskan pegangan mereka ketika stock undervalue dan seterusnya memudahkan untuk syarikat profit dari aktiviti ini. Tetapi, keadaan akan menjadi berbeza jika terdapat lebih ramai institutional investor yang memegang saham. Ini kerana pegangan mereka jauh lebih besar dan ini menyukarkan pergerakan price yang liquid.

Share buyback juga boleh menunjukkan bahawa syarikat sudah kehabisan future prospect. Ini kerana syarikat masih memiliki tunai, tetapi syarikat tidak mempunyai idea bagaimana untuk menyalurkan tunai tersebut selain dari dividen ataupun share buyback.

Oleh kerana share buyback dilaksanakan dgn mengorbankan retained earning, maka ia akan menyebabkan pengurangan dividen kepada shareholder2 kerana dividen dibayar daripada retained earning.

Jika modal untuk share buyback datang dari pinjaman bank, syarikat akan menerima beban kewangan tambahan kerana terpaksa menanggung faedah pinjaman.

Dan akhir sekali, share buyback mengurangkan jumlah tunai syarikat. Mengurangkan jumlah tunai syarikat adakalanya mungkin bukanlah idea yang baik terutama ketika market demam. Ini kerana tunai merupakan pelindung ketika downturn.

Sumber: Facebook Empayar Saham

Apa Reaksi Pelabur Terhadap Pengumuman Penta?

Orang kata, kita tengok pada pergerakan harga saham kalau nak tahu sesuatu News itu baik atau tidak.

Sumber: Bursa Marketplace

Harga Saham 19 April 2018 (Hari Pengumuman): RM2.08

Harga Saham 20 April 2018: RM2.01

Harga Saham 22 Mei 2018: RM2.31

Mungkin ada reaksi negatif sedikit di kalangan pelabur, ini dapat dilihat bagaimana harganya turun sebanyak RM0.07 atau 3.4% sehari selepas pengumuman share buyback dibuat. Tetapi selepas itu sehinggalah 22 Mei 2018, harga saham Penta kembali mengukuh.

Sumber: iSaham

Kalau ikut graf pertumbuhan syarikat, kita dapat lihat bagaimana Penta adalah syarikat yang baik dengan keuntungan dan perolehan yang meningkat saban tahun.

Mungkin ia alami sedikit kejutan dengan pengumuman share buyback ini, namun ia kembali beraksi dengan minat yang tinggi daripada para pelabur dan harga saham terus meningkat naik.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend